Khamis, Julai 16, 2020

Harapanku Sabtu ni

Aku mahu lepas group dan kalau boleh paling paling pun sampai semi. Aku tak akan kalah, ok. Dah banyak kali aku try, harap kali ni tak lah hampa sangat ya. 

Selasa, Julai 14, 2020

Berkarat habis

Aku peratikan jer tayar kereta aku. Sejak isnin aku dah cabut sambungan bateri. Sampai jumaat ni kot aku akan  biar dia tersadai. Maklumlah, aku gi kerja naik motor jer. Tapi tu lah, tayar dia berkarat tak ingat dunia punya. Lantak pi lah. 

Hari ni abg Naz cuti MC selama 3 hari. Dia suruh aku repair power supply yang tersadai tu. Sampai terbakar power supply tu aku kerjakan hu hu 😂.

Balik lewat jugak hari ni sebab Mai dan Sam teruja nak main sampai lewat 530. Balik aku kepenatan dan kelaparan. Ada jeruk 2 botol Bi belikan, boleh la buat pengubat hatiku yang duka lara 😂.

Rambut pun dah panjang dan serabai. Anak2 pun dah nak start sekolah. Banyak gak benda nak kena fikir, hmm. Semoga aku tabah dan bertindak dengan matang.

Sedih jugak dengan kes Naya Rivera. Dia meninggal kes lemas dalam tasik. Sebelum meninggal dia selamatkan anak lelaki dia. 

Emas edisi istimewa Marvel

Emas Public Gold edisi Marvel bakal keluar tak lama lagi. Untuk edisi khas ini Public Gold perlu diberikan kebenaran secara istimewa dan khusus oleh pemilik asal hakcipta Marvel iaitu Walt Disney. 

Jadi edisi ini pastilah sangat istimewa dan harga pun mestilah lebih daripada harga satu gram yang biasa-biasa. 

Sesiapa yang berminat bolehlah booking awal awal ya. Tempaan emas ini adalah terhad kepada 20 ribu keping sahaja.
 

Isnin, Julai 13, 2020

Gerimis pagi namun tetap kebasahan

Aku menanti hujan teduh di bawah jambatan. Beginilah nasib mat motor. Ada masa dia mencelah, ada masa dia terpaksa berhenti seketika.

Semoga hujan ini cepat reda, aku perlu bergerak segera menuju ke tempat kerja.

Akhirnya aku terpaksa bergerak juga walaupun hujan belum reda. Sampai kat tempat kerja boleh tahan lenjun jugak. Sejuk aku dalam bilik. Air cond macam peti sejuk dah. 

Petang aku kena selsema tahap Gaban. Telan ubat pun tak jadi apa.

Aku singgah kejap rumah Iza hantar raket Wan. Tak masuk pun, mata aku dah merah gila dan hidung gatal tahap nak koyak. Mai nampak aku pun perasan yang aku tak sihat, walaupun aku cuba cover.

Aduh sakit.

Malam layan lagi PPH. Lawan Pie aku tewas 3-4. Lawan Mai menang 4-1. Main beregu menang 2 kali. 

Ahad, Julai 12, 2020

Jom berusaha

Mari berusaha mencari rezeki. Jangan cepat putus asa. Walau ada pelbagai rintangan.

Ke hulu dan ke hilir. Ada juga hamba Allah yang memberi aku tips. Semalam akak di Taman Tenaga dan hari ni akak di Taman Bukit Mewah. Mereka tak berkira sangat seringgit dua. Aku doakan mereka dilimpahkan rezeki yang tak putus dari yang Maha Pencipta.

Ada juga yang "buli" aku, memberikan alamat yang kurang tepat, dan yang lagi sakit, expect aku untuk return semula bawa balik bekas dia yang kosong. 

Aku rasa ni first time kena macam ni dan aku tak sure macam mana nak react. Aku buat keputusan untuk pulangkan jugak barang dia. Akibatnya beg aku dah tak boleh isi barang dan aku terpaksa return semula tanpa ambil job. 

Petang aku hanya lepak dan dah hilang semangat nak ride walaupun ada lagi beberapa job masuk. Badan dah lemau, lagipun esok dah start kerja dah. 

Sabtu, Julai 11, 2020

Niat hati nak kerja

Aku kerja part time buat runner dengan Lala Move. Esok Sabtu boleh jugak try buat sikit kalau badan tak penat. Ni dah 12 lebih tak tidur lagi. Badan kepenatan main ping pong siang dan malam.

Tapi malam ni harap boleh tidur lena la sebab dah menang tadi, huhu. Menang dengan C jalan Reko. Single dan double partner aku Mai saja. C partner Lokman. 

Malam malam aku sendiri. Masih punya semangat gagah. 

Tadi baca mayor Seoul bunuh diri sebab bekas staff dakwa dia melakukan pencerobohan seksual. Begitulah bahaya seksual pada lelaki atas sifatnya yang sukar dikawal. 

Kerja sampai lewat Zuhur saja. Lepas makan terus tidur macam orang pengsan. Jom belajar belajar agar hidup jadi insan berguna. 


Jumaat, Julai 10, 2020

Sejuta Impian

Semua orang pasti ada impian. Impian dan pengharapan dalam hidup adalah lumrah kita insan di alam fana.

Impian saya ialah nak memiliki sebuah banglo sederhana mewah dengan kawasan yang lapang sedikit untuk berkebun dan bersukan. Tak perlu terlalu gah. Cukup untuk hidup dengan sedikit rasa gembira. Ada kawasan lapang untuk saya letakkan sebiji meja ping pong. Mungkin ada sikit ruang untuk anak bermain badminton. Mudah saja impian saya kan.

Tapi untuk merealisasikan impian mudah itu mungkin agak sukar juga dengan faktor harga rumah zaman sekarang. Kalau di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan untuk mendapatkan apa yang saya impikan itu kos yang diperlukan adalah sekitar sejuta Ringgit Malaysia.

Mampukah saya mengumpulkan duit sebanyak sejuta sedangkan nak kumpul 100 ribu pun saya hingga saat ini masih belum dapat. Masa pun bukan ada banyak sangat.

Jumaat mulia ini sangat indah dalam dakapan kesejukan saya berkongsi impian saya dengan anda. Bermimpilah apa jua impian. Mimpi boleh jadi realiti andai kita berusaha dengan sehabis daya.

Jom kejar mimpi itu sama-sama. 😍😘

Tambah satu lagi nak mimpi, boleh? Toyota Cross new SUV. Thailand dulu sampai. Harga 120k boss. 

#apaceritahariini
1. Majlis ringkas sempena persaraan Dr Zubi, aku jadi emcee. 
2. Malam melayan PPH. Menang dengan C dan C partner  Lokman (kali pertama turun lepas PKP) aku partner Mai. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.