Selasa, Julai 28, 2020

Tarikh keramat

Hari ni banyak benda berlaku. Aku tak mau cerita pasal hal orang. Tapi pasal harga emas. Hari ni rekod lagi.

Harga GAP bergerak 3 kali. Dalam keadaan normal harga GAP bergerak sekali saja setiap sehari. Ini sampai 3 kali dia bergerak. Panas sangat harga emas. 

Mungkin sebab suasana politik juga turut panas. Dengan kes bekas PM yang mana hari ini keluar keputusan mahkamah. 

Cik Syukor aku rasa buat sales dahsyat hari ni berdasarkan fb live dia yang meletup dengan lebih 1k tontonan. Aku pun teringin gak nak beli tapi rasanya aku kena selesaikan dulu hutang aku dengan kad plastik. 

Abang Naz hari ni last sebelum cuti raya Haji esok. Aku akan kerja macam biasa sebab aku tak ambil cuti. Ada lagi 2 power supply yang perlu dibaiki. Aku tadi berjaya kesan semua kontak board power supply yang Abg Naz pening semalam. Kena bertenang baru boleh repair rupanya, hu hu. 

Esok kalau ada masa sekejap sebelum kerja 830 aku akan try buat video penerangan tentang Public Gold. Sila layari laman you tube aku untuk melihat video tersebut dan video video lain. 

Ok lah, jom tidur awal, esok aku kerja lagi walaupun staff lain ramai juga yang dah start cuti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha, yang bakal disambut jumaat ini. 

Begitulah.. 


aku mahu bermula cemerlang dari sekarang.

Jom jadi manusia cemerlang, yang mempunyai kawalan terbaik. Yang membuat kebaikan, yang senantiasa positif. Kaya dengan senyuman dan budi bahasa. 

apa nak dikata

Harga emas rekod tertinggi. Emas akan naik ke 2000 USD kata analisa. Ada juga yang kata akan naik ke 10000 USD. 
Harga emas dalam USD disebut setiap Oz. 

Di Malaysia kita tukarkan ia kepada RM setiap gram. 

Inilah rekod tertinggi emas setakat ini. Sangat mahal namun ia bakal menjadi bertambah mahal, berdasarkan analisa semasa. 

Kita tidak tahu masa depan benar, tetapi kita ada data yang kukuh. Maka kita boleh membuat telahan yang terhampir. 

Begitulah. 

Balik main ping pong jam 12. Aku kepenatan macam biasa dan agak sukar untuk tidur. Esok aku ada misi dengan bankers. 

Ahad, Julai 26, 2020

Dekat mana jual buku Azizi Ali

Kenalkah anda dengan penulis kewangan tersohor di Malaysia yang bernama Azizi Ali?

Saya yakin pastinya ramai yang pernah mendengar nama beliau. Beliau adalah antara nama besar dalam bidang penulisan buku kewangan dengan buku pertama yang mempopularkan beliau sehingga kini yang bertajuk "Jutawan dari Planet Jupiter". Buku ini menceritakan bahawa untuk menjadi jutawan kita mestilah menjadi  "lain" dan jangan ikut arus ramai. 

Saya sendiri dahulu pernah membaca buku tulisan beliau. Buku beliau telah banyak mencorak bagaimana saya bertindak dan berfikir dalam bidang kewangan peribadi. Berani saya katakan antara punca saya kini mempunyai kewangan yang agak baik adalah hasil membaca buku tulisan Azizi Ali.

Kini kalau anda berminat untuk membeli buku-buku tulisan Azizi Ali anda boleh dapatkan secara online di platform PG Mall. Kalau anda masih belum mendaftar sebagai ahli PG Mall maka anda bolehlah mendaftarkan diri secara percuma sahaja di link berikut. 👇

Bila sudah daftar bolehlah anda ke laman web PG Mall dan cari saja kata kunci "Azizi Ali" InshaAllah anda akan ketemu dengan koleksi buku-buku jualan Azizi Ali. PG Mall juga boleh di aksess melalui applikasi Google Apps. 

Misteri Hidup

Peluang untuk bertaubat dan membaiki diri sentiasa terbuka. Tuhan selalu saja memberi peluang itu berkali kali. Memberi peluang kita untuk sedar betapa kerdilnya diri ini.

Itulah misteri kehidupan. Ada kitaran roda kehidupan yang kadang kala sukar untuk kita fahami. Hanya masa yang akan kadang kadang mampu memberikan sedikit tanda untuk kita belajar dari sejarah.

Dua hari ni aku tak mampu keluar buat kerja. Entahlah, kesan kerja dulu masih berbekas. Tanganku, masih belum hilang kesan panahan mentari yang pijar itu. Yang peliknya ia bukan sekadar menjadi hitam tapi siap menggelupas kulit tu. 

Khamis, Julai 23, 2020

Perut Lapar

Ingat tak nak makan, tapi perutku lapar. So kena la keluar cari nasik. Kebetulan aku ajak Mahid main ping pong dia tak ada. 

Petang Tengku naik sekejap. Lepak dan sembang sambil aku dan Abang Naz membaiki power supply. 

Pagi tadi aku repair 7 Segment nasib baik OK. Mula mula tu susah jugak nak bukak IC. Tapi kali ke dua buat aku dah expert dah. Siap suck dan solder lagi kemas level kilang dah, hu hu. 

Petang macam gelap semacam, tapi tak hujan. Dah banyak petang dah aku tak main ping pong, hu hu. Asyik kerja jer sebab banyak benar barang nak kena repair. 

Hidup ini adalah satu perjuangan. Antara yang hak dan yang batil. Kadang ada masanya kita tewas. Tewas pada desakan dan tewas dengan cabaran. Kekuatan haruslah datang dari dalam diri sendiri. Yang kuat sebenarnya datang dari dalam.

Aku ini sentiasa mudah mengalah pada keadaan. Sebenarnya diriku sendiri yang lemah. Aku suka salahkan keadaan. Aku suka beri alasan.

Positif
Positif
Positif

Jom jadi positif. 

Rabu, Julai 22, 2020

Repair tak dapat dapat

Jenuh aku mencari dan membelek power supply tu tapi tak dapat jugak mencari punca kerosakan. Lagi parah ada la. 

Dah hampir nak surrender dah. 

Abang Naz selamba jer repair. Lepas satu satu. Sambil rileks menyanyi nyanyi lagi. 

Aku punya la fokus apa pun tak jadi. Agaknya aku memang tak ada bakat kot dalam bab repair merepair ni. 

Nak melayan ping pong petang-petang pun tak sempat. Mujur tengahari dah sempat juga sepukul dua dengan Mahid. Boleh lepas gian nak backhand dengan Mahid si Backhand power. 

Petang aku sambung habiskan lagi repair Digital 7 segment pulak. Repair benda yang mudah jer aku mampu. Esok sambung sikit lagi, ada dua unit. Lepas siap aku akan buat testing IC programmable pulak.

Harga perak hari ni naik mencanak sampai 3200 sekilo. Aduhai aku jual hari tu baru 2700. Aku rugi dekat 500. Bertahun tahun harga dia duduk main 2500 saja. Alih alih bila naik 2700 dan aku jual, dia mencanak sampai lebih 3000 pulak. 

Emas pun tengah mencanak naik ni. Hmm ini semua bukanlah berita gembira bagi para ahli ekonomi. Semua ni adalah tanda bahawa wang kertas sedang menyusut nilai atau dengan kata lain hilang kuasa beli. Less buying power for the same amount of money compared with years ago.

Hmm... aku digoda 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.