Khamis, April 15, 2021

Day 3 Ramadhan 1442

Penat sikit tapi Alhmadulillah. Naik L14 ambik projektor yang lamp dia habis cycle. 

1230 pm turun lawan Pie. Best of 7 menang. Best of 5 kalah. Sam dan Mai pun ada hari ni selepas sekian lama. Sam dah kurus sikit. 

Balik kol 4 petang cepat2 takut hujan tapi hujan gak sikit. Cuma tak la kebasahan sangat. 

Cerita El menarik sekali. 👉

Kisah benar. Sangat memberi inspirasi. Kisah hari ni tentang kawan saya di tempat kerja.

Mak dia nak gi buat umrah di Mekah. Mak dia suruh dia pegang sekotak barang yang mana dalam kotak tu ada barang kemas berupa koleksi emas mak dia berharga anggaran rm300 ribu.

Masa mak dia balik dan berada di Airport kotak tu kawan saya pesan kat adik dia letak dalam bonet kereta. Nak jadikan cerita kotak tu tertinggal dan mereka lambat sedar.

Masuk seminggu mak dia dah tarik muka. Diam seribu bahasa. Diam mak lain macam ya. Diam marah mak ni bahaya tak leh cerita. Kawan saya hulur tangan mak dia tak mau sambut!

Mujur la si ayah dia yang pujuk. Menangis tu jangan cerita lah. 

Tapi ayah ni punya la yakin luar biasa dia kata dia amat yakin Allah akan pulangkan kotak tu. 

Kata ayahnya dia beli emas tu guna duit bersih. Dia tak pernah lupa berzakat. Dia yakin pada pertolongan tuhan.

Lepas sebulan anak kawan saya ni (cucu) bermain di peti surat, dia boleh terjumpa surat tulisan tangan alamat pada nama emak!

Dalam surat tu suruh call dia. Rupanya orang tu yang jumpa kotak, dia tanya nombor IC mak untuk pengesahan sebab dalam kotak tu ada IC mak dia. 

Bercucuran air mata mereka bila dapat balik kotak tu. Si ayah ni nak bagi 5 ribu kat orang tu tapi dia tolak. Katanya lebih baik bagi dekat sekolah tahfiz saja. 

Ayah akur, lalu dihulur pulak 5 keping duit 100. Dia akhirnya akur, tapi ambik sekeping saja. Itupun sebab katanya kos pos, dan dia mintak halal bakinya! Dia minta maaf sebab buka kotak tu, itupun katanya sebab nak periksa kalau ada tanda milik sesiapa.

Orang tu adalah ustaz biasa sahaja di Klang. Tapi ternyata dalam dunia ini masih ada insan jujur. 

Pengajaran: rajin sedekah dan bayar zakat. InshaAllah ada pertolongan dari langit!


Rabu, April 14, 2021

Day 2 Ramadhan 1442

Lemaunya aku hari ni. Badan penat, mata mengantuk. Bangun lewat kot. Malam pun kena nap. Sahur nap lagi kot. Nak main pipom pun tak berapa fresh rasa badan tak sedap. Layan mata pagi pagi jadi macam ni la. 

Tewas best of 7 dengan Pie walaupun leading 3 set. Akhir crita tetap kena 3-4. 
Tewas best of 3 straight set. Aduhai dah la Pie pakai selipar jer pun. Aku siap pakai PUMA. Pagi2 Aseri da tegur, lawa kasut. Tapi tu lah. 

Turun level 5 lepas melayan Jamie dengan 2 student. Lepas rehat abg Naz kata auditor nak jumpa. Info last minute. 
Audit berjalan dengan lancar cuma ada part tak bole jawab dia tanya kenapa tak ada sain.

Sam datang level 5 pukul 2 lebih dah tak ada orang. Esok2 la ya Sam.

Mata dah mintak kejam ni. Ya Allah mengantuk gila rasa. Pukul 4 jer aku terus cau sebab takut hujan, macam biasa petang dah nampak gelap.

Pukul 6 hujan mula lebat. Firas tak sampai lagi. Ibu dia dah risau tahap gaban. Aku pun panik jugak. Siap call mak Lang tanya. Mak Lang kata Van lambat sebab jem teruk.

Buka puasa dengan kerabu sotong Bi beli. Malam rehat la harap esok segar semula. 

Selasa, April 13, 2021

Ahad yang penat : 1 Ramadhan 1442

Penat juga tapi gembira dan positive. Mimpi indah ke kdai Z I. 
Quarter Finalist saja, ok je. Tak expect pun. Walaupun target semi, huhu. 

Dina pun boleh tahan power tengok dia stroke. First time tengok dia bertudung. 

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat.
Nasib aku dapat grup dapat yang kecik. Menang dengan Terry, Kak Jamilah, dan anak Syawal. Dengan Hakeem aku tewas la. Dia siap coaching dari Aimal. Aimal ok jer lepas game tegur. 

Dapat ke quarter jumpa Azhar Knight. 

Tak sangka pun boleh sejauh ni sebab lawan aku kat second round lagi kuat serba serbi. Spin dan segala attack lengkap pakej pipom. Cuma pakej mental jer dia koyak bila bola kena tangan aku dia dah tak boleh fokus. Aku menang tipis jer. 

Jumpa Azhar di quarter. Azhar back hand pimple Azhar laju dan aku hanya biarkan dia attack dulu sebab tergamam tak sangka bola dia laju begitu, macam peluru. Tak sempat la nak kejar. Ikutkan boleh tu. 

Juara adik Hakeem kita baru 17 tahun. Mantap la Hakeem boleh layan otai penhold jolok jolok. Adui kalau aku mampus la tak larat nak counter spin separuh mati, dia relaks jer blok. 

Hari ni selasa sudah masuk 1 ramadhan. 
Masih belum sempat nak call kampung. 
Malam tadi try 2 kali call Aisyah.

Kredit gambar oleh Edzanie. 

Tengahari Pie ajak. Best of 7 menang. Best of 5 kalah. Tak fit kot. Ha ha alasan. 

Petang balik ada hujan sikit. Terpaksa singgah jap kat Hentian Kajang. Jumpa Saiful kat kedai hardware. Lepak sekejap jer. 

Lepas hujan reda aku sambung perjalanan. Singgah kedai beli beras dan barang baby. Habis dekat 50 juga. Duit kat tangan tinggal 100.

Selamat berpuasa ya semua. 

Malam. CAH telepon aku balik sebab semalam aku call dua kali. Sembang kejap je dengan ma, swmbang lama gak dengan Cah. Bersyarah jer la sebagai abang membebel jer kan tugas dia, pesan pada adik, hu hu. 

Sabtu, April 10, 2021

kejar impian

Bulan ni punya goal: April 2021

Saya nak close seorang lagi customer stranger. Banyak customer saya adalah dari kenalan dan family saja. 

Plan.
Akan buat live fb setiap pagi sebelum kerja start 8 am. Bina lubuk. Mantapkan tool seperti ebook. 

Aduh, hidung masih pedih. Hidup masih gelabah. 

Jumaat, April 02, 2021

Cerita

Dato X yang baru baru ini diburu polis memiliki harta lebih 30 juta dalam akaun bank. Tetapi bila dia menjadi pelarian, apa yang berlaku? 

Polis telah membekukan akaun bank beliau. 

Khabarnya beliau lari dengan membawa 8 beg penuh dengan wang. Beliau bawa hanya apa yang mampu di bawa sahaja. Kalau semua duit simpan dalam bank macam mana? 

Mentor saya encik Zulkifli juga pernah ditahan oleh pihak berkuasa atas akta SOSMA pada 2018. Akaun bank milik beliau juga di bekukan. 

Nasib baiklah beliau ada simpan emas. Itulah yang digunakan oleh isteri beliau menyara 8 anak (ada yang OKU) selama 2 tahun beliau di tahan di penjara. 

Nampak tak risiko simpan duit di bank?
Itulah risiko yang orang tak nampak. Akaun bank boleh dibeku hanya dengan satu arahan mudah dari pihak berkuasa. 

Tapi ada lagi yang saya nak ceritakan. Wang anda di bank nampak selamat dari segi zahir sahaja. Tapi nilai duit sentiasa dirompak secara terhormat.

Dulu saya pergi ke sekolah bawa duit 2 ringgit sahaja. Hari ni adakah kita beri anak kita jumlah yang sama, 2 ringgit? 

2 ringgit dulu tak sama kuasa beli dengan 2 ringgit hari ini. Kuasa belinya sudah merosot. Nilainya telah dirompak, secara terhormat. 

Kerajaan selalu berhutang kan. Kenapa? 

Kerana kita sistem demokrasi kerajaan wajib berbelanja, barulah popular. Rakyat akan pilih pemimpin yang bawa pembangunan, yang tak kedekut. 

Tapi pembangunan bukan percuma. Ada harga yang perlu dibayar. Nak percepatkan ini semua kerajaan berhutang. 

Kenapa kerajaan pinjam duit tanpa risau?Pertama dia kerajaan. Siapa nak marah? 

Sebab kedua bila kerajaan bankrap tiada sesiapa akan bankrup secara individu. Sebab itu kerajaan banyak macam mana pun hutang tak ada sesiapa ambik pot. 

Semasa TUN M menjadi PM kali kedua beliau beritahu kerajaan Malaysia berhutang sudah hampir 1 Trillion. 
1 Trillion = 1 juta, sejuta kali. Kalau tulis ia ialah 1,000,000,000,000,000,000 atau 1018. 

Kalau hutang itu sebagai individu memang dah panik tahap terjun bangunan 13 tingkat tempat kerja saya. 

Tapi sebagai kerajaan tak ada sesiapa pun panik hatta sekelumit pun. Kenapa? Sebab tak ada siapa akan bankrup secara individu. Kenapa perlu panik, ia cuma kertas. 

Sebab keadaan semacam itulah kita boleh lihat negara seperti USA dulu hutang dia 17 trillion. Kini selepas covid melanda dari 17 trillion dah jadi 28 Trillion. Data hutang US ini ada di internet laman usdebtclock.org 

Malaysia pun berada di landasan sama ya puan puan. Sebab kita negara demokrasi. Demokrasi maksud dia popular. Nak popular? Kena beli hati, kena beli jiwa. Beli semua tu guna apa? 

Sejak kecil dan remaja saya lihat harga rumah semakin naik dan naik dan naik dan naik. Semua orang panik dan cepat2 nak beli rumah, betul? 

Apa maksud itu? 

Maksud dia nilai duit semakin jatuh dan jatuh dan jatuh. 

Itu belum masuk bab beli rumah dengan duit bank. Itu cerita lain pulak, bab riba. 

Semua ini menuju ke arah inflasi. Harga barang keperluan meningkat, hidup semakin melarat. 

Dulu bapa saya bekerja seorang cukup sara 10 anak. Hari ini saya dan isteri kerja dua orang nak sara 2 orang anak saja, tapi masih level cukup2 makan saja. 

Inflasi bukanlah joke. Its real. 

Simpanlah emas sebagai perlindungan. Emas adalah harta sebenar. Harta dunia, dan harta dalam syurga. 

Salam sayang, terima kasih kerana membaca. 




Rabu, Mac 31, 2021

Benda baik kena paksa

Alhamdulillah. Selesai pagi tadi 2 lap keliling tasik Chempaka, Bangi. Benda mudah saja iaitu jogging awal pagi. Tapi......

Selepas solat subuh, pagi nan dingin dan mata masih sedap dilayan apa jadi kalau saya masih berfikir, masih melamun? 

Saya terus sarung tracksuit, ajak wife pergi jogging tanpa fikir panjang. See, kalau asyik berfikir dan tak paksa, apa benda pun tak akan jadi sedangkan kan masa terus berlalu. 

Pagi akan bertukar tengahari, tengahari bertukar petang dan kemudian malam pula. Begitu putaran waktu tak menunggu kita. 

Dulu baru je kerja, sekarang sedar2 dah nak pencen pula. Seorang penulis The Star beritahu umur 60 tahun dia rasa macam "sekelip mata". See... 

Benda baik wajib paksa, tak paksa tak jadi. Bukti? Kalau kerajaan tak paksa buat simpanan EPF agak2 ada tak duit simpanan EPF banyak tu?

Sembahyang? Bukankah ada hadis nabi SAW suruh bapa pukul kalau anak umur 7 tahun tak sembahyang? Itu kan paksa, tak paksa tak jadi punya. 

Begitu juga simpanan. Saya belajar dari Azizi Ali tips nak simpan duit. Mudah saja. Dapat gaji terus potong 10 peratus letak dalam simpanan. Baki baru belanja. Buat saja. Jangan fikir2. 

Tapi banyak orang kita buat ialah dapat gaji bayar hutang, bayar bill api air. Baki (kalau ada) baru fikir nak simpan atau tak. Akhir sekali tak simpan. See.. 

Alhamdulillah saya ikut tips Azizi Ali itu dan duit simpanan saya ada lah walaupun tak banyak cukup la kalau emergency tak perlu telepon adik 2 pinjam duit. 

Duit bocor sebab ada 3 benda sahaja. 
1. Seronok belanja
2. Salah melabur
3. Kawan pinjam 

Duit i sinar kalau tak jaga2, akan jadi salah satu dari 3 benda kat atas. Tak percaya boleh try.

Simpanlah untuk masa depan. Duit bukan segala-galanya tapi duit boleh legakan keadaan yang sulit. Bagi saya itu dah memadai.

Salam sayang dari saya. Saya doakan anda yang baca ini akan dilimpahkan rezeki dan kegembiraan agar kita dapat sebarkan kebaikan pada orang2 sekeliling kita dan pada seluruh dunia. 

Selasa, Mac 30, 2021

BIL pinjam 1k

Semalam balik kerja wife dapat call dari abang dia aka bil aku. Lama dah jugak bil tak telefon kami. 

Bil minta bantuan sebab anak sekolah kena bayar yuran, bil dah pakai duit surau dulu. Bil kata lepas raya baru bayar balik.
Bil minta tolong 2 k.

Wife bagitau 2 k saja yang mampu, itupun atas cadangan aku. 

Dalam kereta aku agak melampau tak mampu kawal diri so, 😳 jadilah sedikit perselisihan, isu dia kami dah lama tak balik kampung sejak PKP. Aku kena kawal diri ok, yalah kadang2 aku ni tak sensitif pada perasaan isteri. 

So kali ni aku kongsi lah ya. 
Duit bocor ni sebab 3 saja.
1. seronok belanja
2. salah melabur
3. Kawan pinjam. 


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.