Rabu, Mei 12, 2021

Day 30 Ramadhan 1442


Ramadhan tahun 1442 Hijriah hari ke 30. Ngam ngam habis buah kurma mariami aku beli sekotak aritu. Sekotak lagi hantar ke kampung. 

Sedap dan kenyal kurma mariami ni. Puas hati la. Walaupun bibi kata pahit tapi bagi aku ok jer. Rasa secukupnya saja. 

Lepas habis bulan puasa ni apa kata kita makan buah teen pulak. Teen ni buah hebat juga. Dalam al quran ada surah sempena nama dia. Dalam bahasa English kita panggil teen ni fig.

Ok lah, esok dah nak raya. Malam raya aku dilanda kegatalan tahap gaban. Tak pasti la apa yang aku silap makan tapi dia punya tu kuat gila sampai rasa terbakar gak la kaki tu. Aduh, duh duh.

Tak mampu rasanya aku nak tahan tangan dari menggasaknya.

Dekat luar anak2 muda sedang bermain mercun dan rem motor sebagai tanda meraikan hari Raya. Dah pukul 11 malam lebih pun ada lagi sayup2 bunyi mercun. 

Selamat Hari Raya ya kepada semua.
Tahun kedua beraya di kota. Tahun kedua beraya dalam suasana sederhana. Apapun bersyukur.

Saudara kita ada yang sedang diuji dengan ujian yang jauh lebih hebat. 

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Walillahilhamd. 


Selasa, Mei 11, 2021

Day 29 Ramadhan 1442


Esok akan bermula PKP seluruh negara. PKP 3.0 start pada 12 Mei 2021- 7 June 2021. 

Macam ni lah work from home. Muka sedikit serabai. 

Ini emas 5 gram edisi bunga emas. Ada 2 cara nak dapatkan ia. 


Sebelah petang aku gerak ke pekan Kajang ambik gambar passpport Irfan. Gambar sekolah dia kena ambik dalam 12 keping. 

Kalau nak beli emas seperti dalam gambo boleh la klik link bawah ni terus ke 


Esok inshaAllah hari last kita berpuasa, malam ni pun last bertarawih. Rasa agak sayu juga di hati ini. 

Walau apa pun kita mesti banyak2 bersyukur kepada Allah. 

Isnin, Mei 10, 2021

Day 28 Ramadhan 1442


Adakah anda mahu join dan buat e commerce?
Ya e commerce ialah bidang yang mampu memberikan pendapatan sampingan kepada anda.


Banyak kelebihan anda menyertai PG Mall. Anda boleh shopping dan mendapat buy back. Jika anda share dengan rakan maka anda akan mendapat buyback juga.

Jom sertai PG Mall.

Kini PG Mall sedang meningkat naik dan bakal menjadi platform e dagang yang
paling terkemuka dan terbaik di malaysia.

Jadilah pelanggan PG Mall hari ini dengan pendaftaran secara percuma sahaja. 

Ahad, Mei 09, 2021

Day 27 Ramadhan 1442

Kat luar hujan dengan agak lebat juga. Bibi suruh beli lidi camne nak keluar ni. 

Pagi tadi dah keluar Pasar Kajang tapi lupa la pulak. Pergi pasar agak lewat sampai daging biasa semua dah habis. Terpaksa beli hati. Ayam bahagian best pun dah hanus juga. Beli ikan tongkol kecil saja. Balik pasar singgah Acheh cari ayam, Bibi beli separuh saja. 

Jom singgah dan register jadi ahli berdaftar di kedai saya. Tiada bayaran apa2 ya, cuma bayar semasa membeli barang sahaja. 

PG Mall adalah kedai online sama sahaja seperti shopee atau Lazada. Yang penting PG Mall ialah platform ecommerce lokal. Jom support lokal.

Mei goal:
Nak close 3 orang strangers. Ok ke. 

Sabtu, Mei 08, 2021

Day 26 Ramadhan 1442


Walaupun ioi ni kawasan panas, tapi sebab nak juga pergi. Maka kami ke ioi, aku dengan Bi. Bibi beli subang dan aku pulak nak cari sedikit makanan. 

Mengidam nak makan roti the loaf. Hari tu beli sedap jadi ni kena la beli lagi. Chess dia tu kot yang buat teringat. 

Aku punya la gabra takut Herman datang, siap bawak sekali minyak zaitun palestine, huhu. 

Ioi ni kira masuk zon panas jugak tapi nasib baik la. Orang tak ramai sangat. 
Waktu balik hujan renyai2.

Jom singgah ke kedai saya. Boleh tengok emas edisi hari raya dan edisi2 lain juga.

Takziah kepada Dato Louis Ng atas kematian bapa beliau pada 5 Mei 2021. Dato Louis ni ialah founder aka boss Public Gold. 

Jumaat, Mei 07, 2021

Day 25 Ramadhan 1442

Hari ni start work from home. Ha ha gini lah rupa dia bila work from home. Ni lepas aku bertapa lepas makam sahur. Dengan rambut serabai, misai janggut semua lengkap pakej dia, hu hu. 

Jom singgah kedai saya

Hirman wasap katanya nak singgah amik minyak zaitun yang dia nak aritu, tapi tak jadi sebab macam nak hujan. Kat Kajang ni gelap saja tapi hujan tak turun pun. Memang semenjak dua ni petang je hujan. 

Khamis, Mei 06, 2021

Day 24 Ramadhan 1442


Pagi pagi aku layan ganti komponent jer. Kalau duduk melangut jer mati kering la jawabnya. Dengan aircond sejuknya lagi. 

Tengahari ada Pie jer. First round kalah. Second round menang. 

Petang dapat mesej wasap dari boss mengatakan esok kena start kerja WFH. Work From Home. Bermula 7-17 Mei 2021. 

Dekat nak balik dapat surat official. Kalut jugak la aku ambik barang mana yang boleh. 

Nampak gaya lemau jugak la. Paling sedih sebab tak boleh main ping pong la. 

Barang mama belum sampai lagi. Bibi dah mengamuk sakan, adoi la. Silap sebab tak minta awal tracking number. 

Jom singgah Kedai saya

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.