Ramadhan tahun 1442 Hijriah hari ke 30. Ngam ngam habis buah kurma mariami aku beli sekotak aritu. Sekotak lagi hantar ke kampung.
Sedap dan kenyal kurma mariami ni. Puas hati la. Walaupun bibi kata pahit tapi bagi aku ok jer. Rasa secukupnya saja.
Lepas habis bulan puasa ni apa kata kita makan buah teen pulak. Teen ni buah hebat juga. Dalam al quran ada surah sempena nama dia. Dalam bahasa English kita panggil teen ni fig.
Ok lah, esok dah nak raya. Malam raya aku dilanda kegatalan tahap gaban. Tak pasti la apa yang aku silap makan tapi dia punya tu kuat gila sampai rasa terbakar gak la kaki tu. Aduh, duh duh.
Tak mampu rasanya aku nak tahan tangan dari menggasaknya.
Dekat luar anak2 muda sedang bermain mercun dan rem motor sebagai tanda meraikan hari Raya. Dah pukul 11 malam lebih pun ada lagi sayup2 bunyi mercun.
Selamat Hari Raya ya kepada semua.
Tahun kedua beraya di kota. Tahun kedua beraya dalam suasana sederhana. Apapun bersyukur.
Saudara kita ada yang sedang diuji dengan ujian yang jauh lebih hebat.
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Walillahilhamd.