Selasa, Jun 01, 2021

Lockdown Day 1


Sebenarnya lock down ini kali ini, iaitu lockdown 3. 0 full lockdown
telah memberikan beberapa tekanan juga kepada aku dari aspek mental. Iaitu aku tak tahu apa yang paling produktif yang boleh aku buat. 
Sama ada aku nak hustle. Keluar atau fokus buat kerja secara online di rumah. Tekanan itu membuatkan aku hilang arah juga. Akibatnya aku tak buat dengan bagus keduanya. Hustle pun tak. Duduk rumah pun tak buat apa. Nak pergi jogging pun hanya sekadar impian saja. Bangun pagi saja terus nak makan lepas makan nak tidur. Petang mengantuk malam pun tidur. Apa jer benda berfaedah yang aku buat, baca buku kot. 

Sabtu, Mei 29, 2021

Aku masih di sini

Selasa ini mula full lockdown.

Aku masih di sini.
Mencari erti.
Membuai mimpi.
Yang tak pasti.
Mahu jadi.
Adi. 

Gigi. 
Gusi. 
Besi. 

Aku ada kerja tapi.... 

Kat luar bahaya. 

Kedai online. 

Sila daftar kedai online maka anda boleh berniaga. Boleh menjual dan boleh membeli. 

Impian saya sebenarnya nak beli motorsikal Yamaha Zuma. Dijangka keluar tahun depan. Harga sekitar 15 ribu. Boleh tahan. Mana nak dapat duit. 

Kena berniaga. Main saham boleh juga tapi tu lah, ada risiko. Kena berani lah. 

Jom daftar kedai online. 



Jumaat, Mei 28, 2021

Rabu, Mei 26, 2021

Hari ni cuti sempena hari wesak.


Dua tiga ari lepas. Bil. Call nak bayar

Cuti maksud dia tak payah report kat cik Ta. 

Selasa, Mei 25, 2021

15 hari yang seksa

Hari ni baru dia settle. Adoi. Syukurlah. Nyaris aku nak mengamuk kat website diaorang, 😬. Hampir 2 kali sehari aku dok log in log out. 

Tafsir mimpi.

Bernikah dengan isteri orang? Seorang MILF seakan doctor. Disebabkan tekanan melampau aku seperti mempertimbangkan untuk lepaskan dia.

Lepas tu ada terjumpa ayoh Su linda kat majlis kahwin di kampung. Seakan rumah arwah cik. Ayoh Su nampak baik dan nak ambil hati aku?

Pelik macam dalam Fb? 

Kad Touch N Go

Kepada yang masih mencari kad Touch n Go boleh dapatkan secara online. 


Sila klik gambar di bawah untuk terus membuat pembelian.


Penggunaan kad Touch n Go kini sudah begitu meluas. Ia bukan sekadar untuk bayar tol sahaja seperti pada awal kegunaannya. 

Plaza tol pun sekarang dah tak ada yang terima duit tunai saya rasa. Semua pakai cashless. 

Untuk bayar pelbagai urusan kini sudah meluas, nak tak nak mesti kena pakai kad Touch n Go. Kalau pergi shopping complek, macam Evo di Bangi, Metro Point Kajang, Kompleks Metro kajang, kalau nak parking kena ada kad touch n go juga. 

Kalau nak beli secara terus boleh cari di farmasi Watsons. Kalau nak beli secara online boleh cari di PG Mall, Shopee dan Lazada. Kalau susah sangat boleh pakai IC yang ada simbol Touch n Go, cuma kena topup nilainya dahulu. 

Tahukah anda, kad Touch N Go mula dilancarkan pada

18 March 1997 

Jom dapatkan kad Touch N Go. 
Kalau sekarang belum ada tu kiranya anda masih terlekat pada tahun 1997 😁


 

Isnin, Mei 24, 2021

klinik kajang bandar tek medical check up

Lepas siap buat pemeriksaan kesihatan Irfan, kami kandas sebab hujan lebat juga. 

Silap aku sebab parking jauh satu hal, tak bawak payung satu hal. Maklum sajalah hari tu kelam kabut juga takut terlewat sampai appointment pukul 2, lepas solat zuhur makan lagi, dan terhegeh hegeh nak gerak. Walaupun dekat tapi dengan jem boleh tahan. 

Pun begitu syukurlah proses tu agak lancar juga walaupun mulanya agak kekok. Syukurlah semua dokumen penting Irfan dan bawak.

Kena beringat sediakan payung sebelum hujan lain kali. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.