Selasa, Jun 08, 2021

tafsir mimpi

Sampai ke laman yamg ada hedge cantik

Isnin, Jun 07, 2021

day 7 lockdown

tafsir mimpi

Aku kerja semuala di toshiba. Masalah sama. Mesin sama. Tiba2 masalah besar muncul. Nak cepat. Senior lama kau mr yusoff noor muncul untuk selamatkan keadaan. Macam biasa. Walaupun dia macam aku, dah kerja tempat lain. 

Sabtu, Jun 05, 2021

Asas membina kekayaan dan kebebasan kewangan

Jika anda mahu kaya, anda wajib ada simpanan, dalam bentuk duit dan harta. Duit kena ada banyak. Harta kena bertimbun. "There's no other way round" and "no beating around the bush". Its plain as daylight. Kita akan bercakap sebagai dewasa yang matang. 

Jika anda rasa menjadi kaya adalah salah dan berdosa maka sila berhenti membaca setakat ini. Saya akan menulis perkongsian tentang cara menjadi kaya. Menjadi kaya bermula dengan impian yang membara. Dari impian mula kena buat. Buat apa? Menyimpan. 

Semua orang mesti sudah tahu bahawa asas paling utama bagi membina kekayaan ialah dengan memiliki simpanan samada duit atau harta lain dalam bentuk aset bernilai. Kalau tanya budak kecil pun dia pasti tahu, kalau nak kaya kena banyak duit! 

Kalau nak duit banyak, kena simpan duit. Tanpa tabiat menyimpan (yang konsisten) maka gagal itu jawapan yang pasti. Anda tak akan kaya dan tak akan bebas kewangan. 

Ya ia semudah dan sejelas itu. Tak kira berapa banyak pendapatan kamu, kalau anda TIDAK membuat simpanan = anda TIDAK akan kaya. 

Gagal menyimpan = Gagal bina kekayaan.

Menyimpan lebihan belanja. Dapat gaji wajib simpan sikit, bukan habiskan semua. Sama ada anda makan gaji atau berniaga, ia tetap sama. 

Sifirnya jelas
๐Ÿ‘‰pendapatan - belanja = lebihan, maka simpan. Saya belajar sifir mudah ini sejak lama dahulu daripada Azizi Ali. 

Walaupun begitu ramai yang gagal. Gagal menjadi kaya. Betulkan saya kalau saya silap. Ramai orang gagal membina kekayaan kerana tidak menyimpan. 

Kenapa tidak menyimpan? Barangkali sebab tak faham sifir? Mustahil, sifirnya terlalu jelas. 
Mungkin belanja banyak sangat sampai tak ada lebih? Pun boleh jadi. 

Izinkan saya berkongsi jawapan kepada persoalan ini. 

Sebenarnya ia berkait naluri. Naluri manusia suka berbelanja. Seronok shopping. Seronok sekarang. Seronok melihat keluarga senang hati. Seronok melihat pasangan gembira. Ya lah kan kerja kuat kuat kenapa nak tunggu mahu seronok? Sukar kan nak melawan naluri. Ia terjadi pada saya sendiri pun. 

Maka dengan naluri sebegitu maka ramai yang tak menyimpan. Tapi ada juga yang sedar lalu dia menyimpan. Dia menyimpan juga dan suksess. Tapi bila duit sudah banyak apa jadi?

Biasanya bila duit banyak maka akan ada godaan datang. Pasti? Cubalah try. Dan dalam banyak kes yang biasa berlaku, duit akan habis. Simpan kemudian dia habis. 

Maka gagal lagi. Duit sudah berjaya simpan, tapi akhirnya bocor. 

Kenapa duit bocor?
1.Seronok belanja
2.Salah melabur
3.Kawan pinjam

Selain itu, nilai duit kertas juga saban tahun akan dimamah oleh inflasi. Oleh itu kalau nak kaya kena simpan emas. 

Kenapa emas? Berbalik pada topik naluri. Duit (duit kertas) kita mahu habiskan. Emas kita mahu simpan. 

Naluri manusia pada emas berbeza. Naluri pada emas ialah kita mahu simpan, mahu banyak. Dengan naluri begini maka harta akan bertambah.

Maka, cara menjadi kaya ialah dengan menyimpan sebahagian duit dalam bentuk emas. Emas ialah magnet kekayaan. Bila kita simpan emas ia lebih sukar untuk bocor berbanding simpan duit kertas. 

Orang yang ada ilmu pasti dia akan merasa takut kalau TIDAK simpan emas. Tetapi orang yang tidak ada ilmu tentang emas, dia takut nak simpan emas. 

Jumaat, Jun 04, 2021

Day 4 Lockdown

Semalam. 

Boleh tahan panjang jenuh saya beratur tadi kat Mydin. Beli ciput jer pun. 
Walaupun hanya bahagian essential sahaja yang buka, orang ramai sebab kaunter bayaran tak banyak. 

Baju, Elektrik dan segala bagai yang tak penting semua dia seal, tadi nak naik pun tak boleh, sebenarnya (elektrik kat atas). 

Tapi jangan risau nak habaq ni.

Mydin dah bergabung jual secara online dengan PG Mall. So boleh la order setakat nak beli tisu atau plastik sampah tak payah la turun buat sesak lagi keadaan. Silap haribulan boleh menaikkan statistik. 

Yang customer PG boleh terus login pgmall.my guna password sama macam beli Public Gold. 

Yang rakyat biasa boleh la register dulu, free saja kalau shopping bayar la, apa cer. Install apps dia PG Mall, ada kat Google Apps.

Ok sign up bawah ni dulu, free jer. 

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Ps: saya beras pun beli online.

Selasa, Jun 01, 2021

Lockdown Day 1


Sebenarnya lock down ini kali ini, iaitu lockdown 3. 0 full lockdown
telah memberikan beberapa tekanan juga kepada aku dari aspek mental. Iaitu aku tak tahu apa yang paling produktif yang boleh aku buat. 
Sama ada aku nak hustle. Keluar atau fokus buat kerja secara online di rumah. Tekanan itu membuatkan aku hilang arah juga. Akibatnya aku tak buat dengan bagus keduanya. Hustle pun tak. Duduk rumah pun tak buat apa. Nak pergi jogging pun hanya sekadar impian saja. Bangun pagi saja terus nak makan lepas makan nak tidur. Petang mengantuk malam pun tidur. Apa jer benda berfaedah yang aku buat, baca buku kot. 

Sabtu, Mei 29, 2021

Aku masih di sini

Selasa ini mula full lockdown.

Aku masih di sini.
Mencari erti.
Membuai mimpi.
Yang tak pasti.
Mahu jadi.
Adi. 

Gigi. 
Gusi. 
Besi. 

Aku ada kerja tapi.... 

Kat luar bahaya. 

Kedai online. 

Sila daftar kedai online maka anda boleh berniaga. Boleh menjual dan boleh membeli. 

Impian saya sebenarnya nak beli motorsikal Yamaha Zuma. Dijangka keluar tahun depan. Harga sekitar 15 ribu. Boleh tahan. Mana nak dapat duit. 

Kena berniaga. Main saham boleh juga tapi tu lah, ada risiko. Kena berani lah. 

Jom daftar kedai online. 



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.