Rabu, Januari 19, 2022

3 hari 9 bulan 6 tahun ( ke usia persaraan)


Sekarang ni aku rasa mengantuk dan tak ada motivasi. Penat kot sebab ride petang tadi dalam keadaan hujan yang boleh tahan. Keadaan jalan pula jem teruk kalau naik kereta la. 

Sama lah macam pagi tadi, pun kurang juga motivasi hingga tak jadi masuk awal buat live. Ntah la. 

Balik kerja aku pergi buat lala sekejap. Hantar pizza. US Pizza ada staff baru wei. Moi. Lama tak pergi. 

Lepas pizza ada barang farmasi dari bandar kajang ke kajang utama. 

Big pharmacy kepada LH pharmacy kajang utama. Barang tak la berat pun. Tapi bungkus tu boleh tahan la lambat. 

Cantik. Boleh aku balik dengan bergaya, sebab ada job.

Isnin, Januari 17, 2022

5 hari 9 bulan 6 tahun

Abang Naz turun kol 3 lebih hantar kereta dia ke bengkel Aie.

Aku turun kol 4 lepas ajak Pie. 

Malam ada seminar oleh tuan muda Abdul Rahman. Bagus la man, kau dah berjaya. 


Ahad, Januari 16, 2022

Sabtu, Januari 15, 2022

7 hari 9 bulan 6 tahun


Apa nak buat. Kerja melala kat luar rasa perit juga. 
Tak tahan panas membara membakar kulit. Serius, aku pernah cium bau kulit terbakar. Hangit dowh. 
Duduk rumah jer la... Bdk 2.

Sepatutnya pergi rumah azizah anak mok ngoh. Tapi aku tak pergi. Entahlah. 
Jemputan tak ada dari jijah. Mak dia jer bersungguh. 

Petang gi rumah Iza. Ambik lauk yang mak ngah bekalkan. Iza sampai lambat juga sebab dia singgah ioi. Dia kata jiji sampai awal sangat 11am. Aku dah bagitau jiji aku tak gi. 

Jumaat, Januari 14, 2022

8 hari 9 bulan 6 tahun

Muka fresh lagi baru masuk kerja. Tapi nampak jelas kesan parut tu. 
Hari ni buat power supply. 
Tengahari lepas jumaat terus ke serdang.

Kebetulan diaorang tengah hi tea farewell Ngan. Aku kena follow up firas kat spital. Kulit lengan masih kering tapi kerja perlu diteruskan demi kelangsungan hidup. 

Nasib baik la ada parking, misi garang jeling jer kereta dia nak keluar. Harap sempat la masuk sebelum 530.

Rabu, Januari 12, 2022

10 days 9 months 6 years to pertengahan hidup 50



Masuk kerja lewat sebab cari mesin cdm. Kat Petronas jalan Reko tak ok lagi sejak semalam. 

Nak tak nak, kena gi unikeb juga. 
Sempat la juga buat transaksi asb pada waktu pagi. Masuk kerja lambat la tapi.. akibatnya. Singgit punya hal jer pun..adoyai

So ini je pose yang mampu. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.