Ahad, Februari 27, 2022

ke pasar dulu sebelum ke sungai buloh



Gambar sebelum gunting rambut, lepak tepi parit Kajang kat pasar. Nampaknya tak adalah botak sangat kepala aku. Tapi barber tu kata botak tengah? 

Siap suruh beli tonik rambut lagi. 
Akhirnya aku terbeli juga. Harga mahal nak mampus tu. 89 siap offer bagi 85. Boleh jadi ke? Entahlah, aku bukan kisah sangat kalau botak pun. Seriusly, dah usia agak tua ni looks are not everything. 


Sabtu, Februari 26, 2022

ke mana

Hidung mula pedih. Tekak sakit juga. 

Bersin. Pedih hidung. Gatal.

Nak buat apa hujung minggu macam ni.

Pergi ke cyberjaya kayuh basikal keliling tasik. Agak besar juga tasik nya. 

Lepas tu ke depulze layan cerita syahdan. Cerita seni persilatan melayu. Tak ada orang tengok. Serius, hanya kami sekeluarga 4 orang sahaja yang layan. Begitu nasib cerita melayu yang tiada pelakon bintang. Cerita ni bagi aku sedap juga. 

Jumaat, Februari 25, 2022

hari gaji..


Nak balik hujan lebat la pulak. Sini duduk sesorang pun seram beb. Asyik nampak putih jerr..

630 hujan tak berenti lagi nak tak nak kena gerak jugak. Masuk plastik semua benda penting.. settle

Sampai rumah kebasahan. Mandi dan panaskan badan. Lepas maghrib keluar pulak beli sup ekor suhaila. 

Khamis, Februari 24, 2022

emas naik mencanak russia masuk Ukraine


Aku settle kan SEMUA hutang kredit kad. Guna duit agro bank. Pagi2 cucuk 3k. Baki ada 1k jer, esok plan nak ambik. 

RM0 CIMB: 3rd Party Transfer RM2360.00 to ****8040/AHMAD SADLI on 24-Feb-2022, 08:07:18. Call the no at the back of your card for queries.

Hari ni dalam sejarah: russia military mula masuk ke ukraine.


Rabu, Februari 23, 2022

ke agro bank jalan reko

Special betul la bila kau ada emas. Bilik ar rahnu special tu. 
Aku letak 20gram.



Selasa, Februari 22, 2022

menteri datang today

petang hujan macam lebat... Aku redah sebab dah janji nak jumpa kawan di Fat Cat Bangi..siap pakai baju hujan bagai. Nasib baik tak basah teruk. 

Dari kol 6 sampai 630 jugak la aku menunggu.

Siap cucuk duit kredit kad rm 200 la sebab kawan punya pasal.


Isnin, Februari 21, 2022

kembalikan hak pada yang hak


Bergegas jugak pagi2 aku hantar Bi ke Bandar Teknologi Kajang. SPM dah start ujian awal untuk pendengaran. Bi pergi dengan cikgu Yus. Tekan habis. 

Sempat singgah juga rumah Iza hantar kunci kereta wira. Ketuk jer Azizi ada rupanya.

Kat tempat kerja aku sambung lagi upload video ke telegram Tengku Band. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.