Selasa, Januari 17, 2023

rambut dah panjang

Raya Cina semakin hampir. Ingat nak cuti. Tapi itulah, nak berjalan bukan tak boleh cuma duit tu tak berapa nak cukup. Berjalan maka duit habis. Aku baru je selesaikan hutang. Tak mahu buat hutang baru dah.

Petang turun lawan Pie. Tewas 0-2.
Lawan Lan menang bila Lan guna Pimple. Bila licin bola menjadi laju, aku tewas. 

Isnin, Januari 16, 2023

kerja cari duit

Datang awal hari ni. Rambut pun dah panjang. Kalau trim mesti lawa. 

Tewas dengan Sam tak berbalas. Hebat hebat. Aku suka macam ni.
Bila nak ada duit sejuta ya. 

Nak jual kat shopee dah boleh. Tapi apa yang sesuai.

Ahad, Januari 08, 2023

1 kilo

Hari ni dapat peluang pegang sekilo emas. Berat dan padu emas satu kilo ni. Comel jer tapi. 
Jom siapa nak beli boleh wasap saya. Boleh buka akaun serendah rm100. Simpan sikit2 tak jadi masalah, sehingga boleh keluar sekilo. 
Inilah sekilo emas dari Public Gold.

Saya ialah dealer emas Public Gold sejak 2016.

Sabtu, Januari 07, 2023

Raja Bintik at Sarang

Kejohanan pembuka tirai 2023 di Sarang. Sarang terletak Kat Puchong belah Cyber. Tahniah semua peserta yang rata2 adalah otai ping pong. 

Apa yang aku dapat belajar, pimple bukanlah semestinya defend. Daniel juara dan raja bintik baru punya attack third ball sangat menggerunkan. Jangan ingat pimple ni defend saja.

 Begitu juga semasa Safa lawan cip polis. Attack cip polis sangat menggerunkan. 

Ok, dapatkan barang ping anda dari Mahaguru Safa di kedai beliau Kedai pingpong dot com.

Raja Bintik Dr Neubauer 2023.
Juara : Danial 
Naib Juara :  Isahak Aliamat
Ke 3 dan 4 bersama
SAFA dan Cikaro




Ahad, Januari 01, 2023

Tahun baru 2023

Alhamdulillah tahun baru 2023 aku di Kelantan. Negeri kelahiran dan tempat membesar. Tempat yang punya seribu kenangan. Ini di tingkap dapur rumah abah. 

Sempat ambil gambar selfie diri. Semakin terserlah rambut yang semakin tipis menuju botak. Aku dulu pentingkan rambut dan penampilan. Dulu la semasa zaman bujang. 

Believe me, at 44 this is a small matter. I don't even care about it. There's a lot more issues which are occupying my mind. Issues that are so big sometimes I don't know what to do other than praying to God. 

Khamis, Disember 22, 2022

sampai kelate


Balik 22 Dec. Apply cuti sampai next year.
Sebenarnya aku agak cuak balik dalam keadaan banjir melanda pantai timur terutama Terengganu dan Kelantan. 

Tapi memandangkan ada agenda penting iaitu majlis perkahwinan adik aku Cah maka memang tak boleh kata apa dah.

Syukurlah perjalananku dipermudahkan oleh Allah SWT. Sampai petang sebelum maghrib. Lepak di Gerong dan makan malam di Sabya Sabya. 

Rabu, Disember 21, 2022

convo gmi

Convo ni berlangsung pada 20 Dec 2022. Aku bertugas sebagai ushrette di area parking. Alhamdulillah segalanya lancar. Management puas hati sehingga esoknya kami diberikan cuti peristiwa secara ad hoc.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.