Khamis, Januari 26, 2023

jom kerja


Ok ke rambut macam ni di usia 44.
Jom kumpul duit. Semasa masih ada kederat kita cuba usaha. 

Divident epf dah dekat ni. Kalau boleh semua orang nak merasa divident yang banyak kan. Tahukah anda epf kita boleh topup sendiri. Ha topup la kalau nak merasa divident lebih. 

Petang melayan dengan Lan.. Melawan dari ketinggalan 2 - 8 dan 8 - 10. 

Dengan Pie tewas 3-4. Menang atau tewas semuanya ada pelajaran tersendiri. 

Balik dari evo tak boleh lepas pulak sebab kad touch n go dah nak habis balance. Kena masuk semula ke dalam mall untuk cari mesin top up. Mesin pulak rosak. Adoi. Kena ke management office level 4.

Leceh yang amat bila kad touch n go tak boleh topup secara online. Banyak masa terbuang begitu saja. Lepas ni kena cari kad touch n go versi terkini NFC. Jenis ni dia boleh topup secara online. 



Rabu, Januari 25, 2023

jangan makan buah waktu malam.

Hari ahad sempat layan filem duan nago bogho. Sebuah filem arahan Sabri Yunus. Sangat best filem ni. Tak terasa masa berlalu pantas. 

Ingatan untuk diri sendiri. 

Jangan makan buah pada waktu malam. sangat merbahaya. Jangan degil. Kesan ialah aku lelah waktu pagi. 

Ini pula semasa melayan wandering earth 2 pada hari selasa.

Ahad, nago bogho
Selasa, wandering earth.

Rabu masuk kerja lelah. 

Itulah aktiviti cuti raya cina aku.
Set Kelate tu, demo keno tengok tu filem duan nago bogho. Hebat terlajak filem ni. 

Khamis, Januari 19, 2023

Appointment lagi di Hospital Serdang


Bawa Firas jumpa doktor mata. 
Minta cuti AL tahun ini kali ke 2.
Macam biasa, nak jumpa doktor memang ramai orang dan jenuh menunggu. Biasanya sampai nak ke petang baru siap. 

Rabu, Januari 18, 2023

jom kumpul duit

Cuba gagahkan diri tanpa guna inhaler asma. Kebiasaan aku akan kena asma dekat waktu dinihari atau subuh. 

Pagi tadi pun sama. Aku tak mau guna inhaler. Kebiasaan guna inhaler aku dapat tidur semula tapi dalam banyak keadaan aku akan mengalami mimpi mimpi yang begitu mendalam dan pelik. Seperti inhaler ni kacau otak aku. 

Pagi ada bacaan Yaasin. Lepas tu sarapan ada hamba Allah yang baik hati sponsor. Alhamdulillah semoga murah rezeki beliau.


Selasa, Januari 17, 2023

rambut dah panjang

Raya Cina semakin hampir. Ingat nak cuti. Tapi itulah, nak berjalan bukan tak boleh cuma duit tu tak berapa nak cukup. Berjalan maka duit habis. Aku baru je selesaikan hutang. Tak mahu buat hutang baru dah.

Petang turun lawan Pie. Tewas 0-2.
Lawan Lan menang bila Lan guna Pimple. Bila licin bola menjadi laju, aku tewas. 

Isnin, Januari 16, 2023

kerja cari duit

Datang awal hari ni. Rambut pun dah panjang. Kalau trim mesti lawa. 

Tewas dengan Sam tak berbalas. Hebat hebat. Aku suka macam ni.
Bila nak ada duit sejuta ya. 

Nak jual kat shopee dah boleh. Tapi apa yang sesuai.

Ahad, Januari 08, 2023

1 kilo

Hari ni dapat peluang pegang sekilo emas. Berat dan padu emas satu kilo ni. Comel jer tapi. 
Jom siapa nak beli boleh wasap saya. Boleh buka akaun serendah rm100. Simpan sikit2 tak jadi masalah, sehingga boleh keluar sekilo. 
Inilah sekilo emas dari Public Gold.

Saya ialah dealer emas Public Gold sejak 2016.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.