Rabu, Februari 22, 2023

mimpi iza pulak

Test buat mode auto smile dengan phone Honor x7

Dekat waktu subuh aku sesak nafas, asma. Teruk tak teruk tapi tak boleh tidur la. Kena 2 kali pum. Lepas pum macam biasa mimpi ngeri...deep sleep.

Iza adik ku.
Mimpi kami berada di kampung. 

Selasa, Februari 21, 2023

mimpi Long sepupu aku


Aku diserang asma lagi malam tadi. Neb sampai 4 kali. Wife aku kata kena 4 kali saja paling banyak. 

Kalau lebih dah kira emergency dan kena pergi hospital. Alhamdulillah lepas 4 kali dia reda. 

Pagi mampu lagi jump rope. Petang layan Mai dan Lan. Dengan Lann tewas game akhir. 

Isnin, Februari 20, 2023

mimpi aneh bila lelah

Ya malam tadi agak teruk juga asma aku. 
Terpaksa pakai neb. 

Lepas pakai neb macam biasa, aku akan alami mimpi yang aneh2. Tidur pun sambil tegak je sekejap sampai penat barulah aku tertidur. 

Mimpi anak. 
Mimpi berkait emosi yang mendalam. 

Aku hanya bersyukur. Masih di panjangkan usia. 
Bosan la main fb tak boleh cari makan. Pelik apa yang tak kena. Semua orang buat apa ya. 

Kereta masuk bengkel lagi, semput. Sebenarnya malas aku nak ke bengkel. Emosi tak kuat. 

Balik naik basikal. Nasib baik la boleh lagi angin dah kurang, pam basikal pulak jiran dah rembat. 

Dalam pukul 5 turun. Lan dengan Mai ada. 
Petang mendung macam nak hujan. Balik kena gak hujan sikit.

Bila malam menghampiri aku mulai takut. 

Ahad, Februari 19, 2023

pokok lada

Lada hasil tanam sendiri.
Pameran keris di muzium kesenian Islam
Kalau gayat tak boleh. 
Lukisan yang berharga 6k.



Sabtu, Februari 18, 2023

mga event


MGA ialah singkatan Malaysia Gold Association. Pada hari jumaat mereka buat Malaysia Gold Conference di Pavillion KL. Event ni bukan free ya. Kena bayar 200 dan aku dapat diskaun jadi 100 sebab PGBO. 

Kelam kabut juga aku nak ke sana. Nasib baik sempat dengan semua key speaker. Tak dapat minum pagi hotel pun tak apa. Aku minum kat rumah. 

Boleh tahan la juga menapak dari stesen mrt Bukit Bintang . Kalau ada scooter electric mesti best sikit. Sini ramai je orang pakai. 

Dengan otai aku selfie. Abg Long menasihatkan aku supaya cepat naik. 

Apapun aku dan Abg Long naik atas sama2 cari tempat makan. Hu hu. Makan OK jugak la. Cuma masa makan tu kami dah berpisah. Aku nak makan cepat cepat sebab nak menapak pergi solat jumaat pula. Dah habis makan aku terus belah. 


Kad tanda hadir. 

Aku sembahyang Jumaat kat kawasan bank islam jalan perak. Surau jumaat. Menapak ke sana. Nasib baik la tak jauh sangat cuma aku pertama kali jadi tak tahu jalan terbaik. Kiranya dekat jer dengan Pavillion. 

Sempat juga jumpa dan salam dengan sifu Syukor Hashim. Cuma tak sempat bergambar. Syukor hanya menepuk aku memberikan semangat. OK la dia kenal aku. 

Khamis, Februari 16, 2023

bokeh


Try bokeh effect sekali.

Hari ni baru 16 hb gaji lagi 10 hari.
Duit dah kering ni.

Apa kata, tengahari tak payah makan.
Sabar. Biar kenal erti kepayahan. Aku tak mahu guna kredit. 

Rabu, Februari 15, 2023

sukaneka gmi



Acara ativiti staff diteruskan dengan sukaneka. Aku masuk acara membaling bola ping pong. 

Layankan aje. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.