Selasa, Mac 21, 2023

nafas berbunyi


Tanpa menggunakan statescope pun aku boleh dengar sendiri nafasku berbunyi.

Malam tadi 4 kali dan sekali sebelum pergi kerja. Hampir separuh malam tak tidur atau tidur sambil duduk. 

Singgah Petronas nak guna CDM Cimb. Tapi dia buat hal pagi pagi. Ada dua mesin kot, dua dua kong mahu aku tak angin. 

Petang turun. Tewas dengan Sam game 1 set. Power. 

Draw dengan Pie. 2 2. 
 

Isnin, Mac 20, 2023

terima kasih matahari


Dalam pukul 4 lebih aku terjaga. Semput dan dada rasa sempit. Terpaksa pakai neb 2 kali pam. 

Malam sebelum tu aku pakai neb pencegah. Bila tak pakai neb pencegah jadi la semput awal pagi.

Apapun masih gagah pergi kerja. Cuma tak larat nak jump rope 100 kali. Boleh buat sikit sikit je. 

Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia. Masih ketakutan dalam hidup. 

Ahad, Mac 19, 2023

nak melala tapi

Tapi apa... Ha ha.

Plan aku sebenarnya sama ada nak kayuh LalaMove atau, nak buat Dash, salah satu. Semua tak jalan. 

Ok lah, aku mengaku. Itulah, aku sebenarnya malas dan penat bercampur takut. Ada customer suruh hantar kerusi la. Takut aku tak larat angkat. Dash pulak, takut sebab kali pertama dan kawasan pun takut bukan bukan. 

Pagi pagi aku ke pasar Kajang cari lauk. Mujur sempat lagi beli daging batang pinang. RM 40 juga sekilo. Kalau peha RM 36 sekilo. 

Sebelah petang kami pergi ke Metro Point Kajang. Pergi kedai kopi je aku pandai. Beli vitamin dan cherry. Puasa dah dekat. 

Sabtu, Mac 18, 2023

sabtu yang sunyi

Kerja pun susah. Lepak rumah pun susah. 
Anak dah masuk asrama. 
Yang kecik pula tak lekat rumah. Tengahari baru balik. Sunyi. 

Petang keluar ke Cyberjaya. Pergi cari makan di Depulze. Kononnya nak makan ramen Jepun atau Korea. Tak banyak pilihan kat sini. Kalau IOI banyak la. 

Lepas makan tengok cerita. Shazam je yang boleh. Aku bukan tengok sangat pun, lebih kepada layan mata. Lepas tu makan lagi. 

Nak balik kena topup touch n go dulu sebab nak bayar parking Depulze. Baki dah tinggal 2 ringgit je. 

Nasib baik ada kedai mynews yang boleh topup. Susah juga pakai kad touch n go fesyen lama ni. 

Sekarang sudah ada kad sistem baru yang boleh topup secara online. Memang sangat berguna dan membantu jimat masa kalau ada benda ni. 

Kalau emergency tak cukup duit pun masih boleh sebab online, boleh pakai kredit dulu. Kad touch n go nfc nama dia. 

Sabtu yang tidak produktif bagi aku. 

Jumaat, Mac 17, 2023

semoga matahari membantu

2 pam malam tadi dalam pukul 3am. Tarik nafas rasa tersekat dan otot paru paru struggle.
Tiba awal di tempat kerja. Matahari memancar indah. 
Malam hantar Irfan ke Kelantan bas jam 9 pm. 
Kali ni tak kena tinggal bas. Nasib baik sempat beli tiket. Ramai juga rupanya balik Kelantan bila sekolah buka balik.

Sesak dengan manusia dan kenderaan. 

Khamis, Mac 16, 2023

semput dan bersin

Pagi pagi agak semput dan bersin. Cuba elak guna neb. Otot yang kawal paru paru rasa penat dan perit.
cubit cubit sayang oleh Bi.
4 lebih turun. 
Ajak Pie. 
Tewas 3 4.
Kena berlatih lagi. Dapatkan meja ping pong.

Rabu, Mac 15, 2023

jom kerja

Start kerja.
Malam pam 2 nak tidur. 
2 pam bangun tidur. Risau aku, dah betul bergantung pada neb je ni kalau nak bernafas dengan lancar. 
Bergantung pada neb, sejenis dadah. 
Baru boleh bernafas. 
Asma patient je faham.

Ada internal audit hari ni. Aku layankan. 

Pukul 500 aku turun. Dah tak boleh layan kerja. 
Layan dengan quartet biasa. 
After office layan dengan Lan. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.