Khamis, Mei 25, 2023

Tahniah Irfan

Irfan dapat anugerah pengetua MRSM. Aku tengok live fb je. Abah (atuk Irfan) yang pergi ke sana.
Siap ada performance nyanyi tu. Cuma kesian student kena tengok lirik susah benar sebab tak ada skrin depan. 

Lepas zuhur turun level4. Ada student ambil barang. Kemudian terus sambung ko ko pukul 5. 

Lan sampai pukul 6. 

Rabu, Mei 24, 2023

Bekerja kuat seperti Korea


Di negara sebelah Asia, kita memang tahu bahawa rakyat Jepun dan Korea sememangnya terkenal dengan budaya kuat bekerja. 

Kali ini kita fokuskan pada Korea. 

Di Korea, suasana dan tekanan kehidupan itu sendiri menyebabkan keadaan tempat kerja seolah olah menjadi sebuah medan pertarungan siapa yang paling hebat, kreatif dan produktif. 

Pemenangnya pasti akan meraih kekayaan dan kemasyhuran. 

Secara tak langsung keadaan ini memberi tekanan kepada mental. Ya kita faham material, wang dan kebendaan itu penting, tapi mental yang sihat juga penting.

Korea adalah antara negara yang mencatat angka kematian akibat bunuh diri yang tinggi. Mereka yang membunuh diri adalah golongan muda yang masih panjang perjalan kehidupan. 

Mereka juga kadang kadang adalah artis popular yang sedang sukses dalam kerjaya. Kenapa ini boleh berlaku?

Satu hakikat yang kita perlu faham. Semakin banyak duit yang kita kumpul bukan berarti semakin gembira kehidupan kita. 

Kerana gembira itu adalah keputusan diri kita sendiri. Gembira adalah pilihan. Maka, kita harus belajar untuk sentiasa memilih untuk gembira. 

Kaya pun gembira. Tak kaya sangat pun gembira. Menang gembira, kalah cuba lagi, atau jangan putus asa. Permainan ciptaan manusia tapi perasaan kita yang kawal. 

Ada orang yang fikir untuk menjadi kaya harus bekerja kuat. Ya, itu mungkin ada betulnya. 

Tetapi untuk kaya kita perlu tahu bahawa kaya itu terletak pada nilai. Kalau pada kerja kuat semata, kerbau juga kerja kuat.  

Jadi nilai apa yang boleh kita tawarkan. Semakin banyak nilai yang kita boleh tawarkan maka semakin kayalah kita. 

Nilai tawaran itu termasuklah nilai khidmat yang baik, nilai produk yang bermutu tinggi, nilai ilmu yang bermanfaat bahkan apa saja nilai yang orang mahu atau perlu dalam kehidupan. 

Itulah kefahaman sebenar bagaimana mahu menjadi kaya.  

Saya beri contoh nilai tawaran negara seperti Korea. 

Mereka tawarkan nilai teknologi tinggi pada produk mereka seperti Samsung, LG dan sebagainya.

Mereka tawarkan nilai kreatif yang tinggi melalui drama drama Korea. Mereka tawarkan nilai hiburan yang hebat melalui artis K Pop. 

Mereka tawarkan kualiti pada pembuatan pesawat tempur mereka. Mereka tawarkan kepercayaan pada jenama buatan Korea. 

Itulah nilai  yang membuat Korea sebagai negara kuasa ekonomi ke 11 dunia. Hingga negara Malaysia pun membeli pesawat tempur dari Korea. 

Dengan kepercayaan sebegini maka tak hairanlah bila syarikat seperti Casio dari Jepun telah melantik artis Korea, Itzy sebagai duta syarikat mereka. 

Tamat. 

==================================

Turun level 3 belanja Sepul yang tolong aku semalam grill kan mangga rumah. 
5 keping roti tampal untuk 5 orang tech. 

Alhamdulillah. 

Selasa, Mei 23, 2023

bi hilang kunci

Aku turun bawah minta tolong Saiful.
Dia datang rumah grill terus. 

Saiful siap singgah kedai DIY, suruh aku beli mangga. 

Lepas grill, buang terus mangga lama. Harga mangga baru ni dekat Rm 10 juga.

Sebenarnya aku nak cari mangga yang jenis numbering padlock. Tapi kat diy tu tak ada. Dah habis agaknya.

Balik aku nak topup minyak kereta Saiful tapi dia tak mau. 

Isnin, Mei 22, 2023

Itzy, famous K Pop from Korea


Jika anda mahu beli jam jenama casio di shopee pastikan anda ke kedai CASIO official store. Ini untuk mengelakkan anda daripada terbeli jenama Casio tiruan. 


Tahukah anda ini lah Casio Ambassador. Kumpulan k pop dari Korea. Itzy. Itzy menjadi model bagi jenama Baby g. 

Lawa je jam ni. 

Ahad, Mei 21, 2023

ahad kena ceramah

Kena tahan telinga la.

Pagi pagi aku penat nak bergerak. 
Terlampau tak ada motivasi. Hanya nak duduk. Hanya nak menikmati pagi. Nak bermalas malas kata orang. 

Nak gerak keluar pergi beli nasi yang dekat pun malas. Apatah lagi nak pergi ke  Raub, Pahang. Ya, aku dah janji nak pergi ke Raub hari ni. Tapi bila hari ni tiba, aku jadi malas. Tak tahu kenapa. Tak boleh kata apa. 

Pagi kena tahan telinga, kena dengar ceramah. Ya, salah sendiri. Tak mampu tunai janji. 

Petang keluar ke ioi. 


Sabtu, Mei 20, 2023

sabtu yang produktif

Sabtu gais. Jom jalan layan movie ke apa ke. Buat apa yang patut. 

Tengahari lepas zuhur kami ke ioi Putrajaya. Ramai orang keluar, sebab kerajaan dah gaji. Cuma aku swasta merana la sikit. Duit dah kering. Gaji lagi seminggu. 
CASIO official store. 
Kat ioi makan di restoren portugis. 
Boleh nampak tahun portugis datang ke Melaka. 







Jumaat, Mei 19, 2023

jumaat nan suci


Hari ni abg Naz nampak kepenatan sebab semalam perform dan balik lewat malam ke Semenyih. 

Walaupun aku berada di sana juga, tapi tugas aku sebagai camera holder tak la terlalu tertekan berbanding abg Naz yang kena menyanyi. Apatah lagi dengan kehadiran yang ramai kali ni. Juga vip seperti MD, DMD semua ada. 

Lepas rehat jumaat abg Naz terus balik sebab dia dah apply half day. 

So petang aku sorang sorang je. 

Tengahari order nasi cik Ani macam semalam. So dah dua kali order grab dari kedai cik Ani. Ok jer, cuma mahal la. 

Gaji belum masuk lagi, duit tinggal rm 50.


Ini pula semalam punya cerita. 
18 May 2024 birthday Firas. 
Sempat beli kek Secret Recipe dan sup cendawan, makan favourite Firas. 

Lawa jugak. CASIO ni. Warna Casio biru muda ni stailo jugak. 






Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.