Jumaat, Jun 09, 2023

pam lepas subuh


Sebelum subuh memang asma datang. 
Cuba berdegil tak mahu neb. Tapi tak boleh. 2 kali neb selepas subuh. 
Lepas solat jumaat kepala pening sikit. Effect neb kot. Atau effect duduk lama. 

Hanya melihat maksak game menerusi live fb je. Game maksak kali ni kat Kuantan. Semua nampak kuat. Shakirin ada wakil ATM, Bobot pun ada wakil Penang. 

Lepas asar aku memang nak turun tapi terlayan la pulak officer dari cimb. Dah sedar2 520 dah. Bila turun bawah 530 Sam pun tanya mana, bz ke. Ha ha yalah bz sangat. 

Teringin la nak pakai mini PC macam dalam gambar kat atas ni. Ada PC macam ni baru best sikit layan nasdaq stock malam malam. 


Khamis, Jun 08, 2023

belanja naz dan hairul pula


Khamis. Macam biasa, aku jaga fyp Electronic lepas makan tengahari. 

Student nak pakai bilik depan aku. Bagi jer lah.

Aku panggil hairul datang sebab beli lebih sikit sarapan. 

Rabu, Jun 07, 2023

kerja, buat ibadat


Instead of pakai baju korporat GMI pada hari rabu, aku pakai baju dari JPT. Ok la sebab ada juga tulisan GMI. 

Kerja pun ibadah juga kan. Jadi apa salahnya kalau kita buat kebaikan. 

Order grab. Makan tosai, roti canai. Di Level 3. Panggil Mai sekali. Saiful, Asri dan Naz. Shamsul Mazli tak ada, dia keluar. 

Pakai neb pencegah, so malam tadi tak asma tapi siang kepala macam pening sikit. 

Selasa, Jun 06, 2023

kerja, buat muka comel la


Hari ni start kerja. Malam tadi pakai neb pencegah warna kuning 2 pam. So malam tadi tidur ok la tak ada gangguan asma.

Petang turun waktu asar. 
Dengan Lan masih agak sukar nak menang. 



Isnin, Jun 05, 2023

hidung pedih juga


Cuti Birthday YDP Agong

Dinihari neb 2 kali. Terpaksa buka neb baru dari kotak yang biru sebab firas dah bawa bersama ke rumah sepupu dia.
Bergambar dalam IKEA
Petang keluar cari makan di Mytown Cheras. Makan di Boat Noodle. Lepas makan pusing2 IKEA. 

Balik dari KL terus ke Sungai Tangkas ambil Firas di rumah sepupu dia. 
Azizi ada. Lepas balik Sungai Tangkas singgah makan malam di Bangi Avenue. 

Ahad, Jun 04, 2023

mengantuk nak balik ke kajang


Semalam neb 2 sebelum subuh. 2 selepas Subuh.

Dari Gambang nak drive balik ke Kajang, melalui highway. Semasa datang ikut jalan lama, kuala pilah. 

Bergerak pagi lepas sarapan. Sebenarnya Kak Tini suruh tunggu lepas makan tengahari tapi aku pilih bergerak pagi sebab kesuntukan masa, lagipun malam nak kena hantar Irfan pulak. 

Bawa kereta nak balik Kajang agak mengantuk dan sakit kepala. Beberapa kali juga terpaksa berhenti rehat. Kat rnr Temerloh berhenti. Rnr Gombak pun berhenti. 

Kereta pula tak berapa sedap. Bunyi enjin agak kuat dan tayar pula tak berapa cun. Lebih 90 je bergegar kuat kat steering. Potong lori sikit kena cucuk.

Malam pulak bill dari go daddy sampai 
1333 lebih. Rasa nak marah, tapi kena sabar. 

Sabtu, Jun 03, 2023

ke Pulau Serai, Pekan Pahang


Ke rumah my sister in law di Pekan Pahang. 

Ikut jalan belakang. Singgah di Terachi beli itik salai. RM 45 seekor. Dulu RM 30 lebih je. 

Dalam pukul 3 sampai. 

Makan t hari, ada sambal nyet viral Khairul Aming. Pedasnya boleh tahan. 
Petang keluar ke pantai area Pekan ni ada beberapa pantai yag cantik. 




Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.