Ahad, Jun 25, 2023

ping pong balakong jom

Dalam perjalanan ke Balakong hari ni tersesat masuk jalan motorsikal. Tak perasan kot Google map dalam mode motorsikal

Nasib baik ada brade yang tolong undurkan kereta aku. Dalam keadaan agak panik memang aku agak lambat. Dah nampak jalan dia lain macam, sempit semakin kecil. Tak sangka mode salah rupanya, tapi percaya juga kat google kan. 

Grup stage menang 2 kali kalah sekali.

Pusingan kedua tewas walaupun lawan hanya lambung lambung. Aku ok jer. Tak perlu nak terlalu fikir. Aku pun sebenarnya nak habiskan game grup je. 

Sabtu, Jun 24, 2023

makan ramen

Petang keluar ke Bangi Gateway makan ramen. 

Firas di rumah iza, aku hantar pagi2. Makan nasi goreng di rumah Iza. 

Malam lepas solat maghrib di masjid UKM singgah rumah iza.

Beli durian kampung. 4 biji rm 50. Isi dia ala kadar je. 

Kakak Ulya ada.

Masa berlalu pantas. 

Jumaat, Jun 23, 2023

salam jumaat


Bawa abah gi solat jumaat di surau GMI. 
Lepas solat isi angin kereta Iza. Balik singgah hantar kereta. 

Aku cakap kat bro. Naz kereta orang. 

Masa sentiasa bergerak. 

Khamis, Jun 22, 2023

Cah comes back from UK


Sedikit terkejut sebab Bulan June income PG banyak la juga. Tak jangka. 

Hari ni aku ambik cuti AL sebab nak gi ambik adik ku Cah pula kat airport. Cah balik dari UK untuk buat kenduri kahwin. 

Syukur urusan dipermudahkan.
Agak lama juga tunggu Cah. Kapal terbang mendarat dalam 11 09 am, dapat jumpa Cah, akhirnya keluar terminal hampir jam 12.
 
Balance cuti tinggal 12 hari.

Begitulah, masa berlalu setiap masa. 

Rabu, Jun 21, 2023

but still, money is important


Petang singgah rumah iza. Beli goreng pisang dan goreng ubi. Rm2 setiap satu. Nasib baik abah makan juga.

Tengah hari tukar plan asal nak keluar, tak sempat keluar sebab training.

Ada sesi perjumpaan lagi sekali dengan CEO. Hari tu semua staff, kali ni dengan department pula.

Masa berlalu pantas. 

Selasa, Jun 20, 2023

money is not everything


I hope I'm doing fine. I tried the best I could. Yeah, sometimes it's difficult and sometimes it's easy.

Money is not everything. You want to know what is more important? The one thing more important than money is time

Tengahari ke rumah Iza. Beli nasi hujan panas. Ma dan abah belum makan. Ma kata ada lauk. 

Ma siap nak masak, tapi aku kata dah ada nasi aku beli. Ma nampak macam tak sedap perut. Asyik ke tandas. 

Isnin, Jun 19, 2023

hantar iza ke movenpick


Iza dan suaminya Azizi selamat berangkat ke Tanah Suci pada sebelah petang. Pagi2 mereka check in dulu dan berkumpul di hotel movenpick. 

Aku terus minta cuti sebab ahad bertugas open day. 

Semasa nak balik, aku mencari sesuatu yang tak dapat ku jumpa. 

Makanya hari ni aku belajar sesuatu. Hand brake toyota estima terletak di kaki. 
Maaf kan ku atas khilaf ku. 

Alarm bunyi dari KLIA hingga hampir sampai ke depan UKM. 

Tanya Sabri, Azizi dan Kamal.
Kamal explain baru aku dapat faham.

Abah siap keluar periksa suhu disk tayar.

Begitulah, masa berlalu pantas. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.