Ahad, Ogos 27, 2023

to Tumpat this morning

Malam. Tadi kena juga asma. Lepas subuh pam 2 kali.

Sampai di Tumpat sekitar jam 5 pm. Lepas makan nasi terus ke rumah Yik di Bunohan.

Kat rumah Yik makan buah manggis agak banyak, maklumlah dah lama tak balik kampung dan jumpa manggis. Semput la.

Sabtu, Ogos 26, 2023

Going to Pekan, Pahang.

We planned to move at about 830 am. Getting prepared now. Eventually, at about 9 am we started to move. 
At noon we took a rest and break. Taking lunch here at Muadzam Shah. After zuhr we moved again to our destination, Pekan. 
Arrived at Pekan around 330 pm. We visited museum for about 1 hours. Lots of old stuff such as keris and cucuk sanggul are displayed. 
Arrived at my sister in law in Pulau Serai around 6 pm. She's a bit worried of the lateness. 
Terima Kasih penaja, Skechers

Jumaat, Ogos 25, 2023

me after 5 days of not shaving

Boleh tahan kusut wajahku, hu hu. Tapi still presentable. Cuma nampak ketara la dah nak menuju kearah botak. Harap dapat diselamatkan. Hu hu. 

Sebelum solat jumaat ke Pos Bangi untuk selesaikan sikit baki hutang. 

Niat nak solat di masjid UKM. Tapi urusan selesai awal maka terus balik solat jumaat di GMI. Lagipun Dr Nazrin nak jumpa pulak pukul 3 petang. 

Rupanya Dr Nazrin nak periksa keadaan komponen dalam lab digital. Siap dia sendiri buat checking.

Apa pun petang cukupkan korum. Balik awal 530. Isi minyak sikit dan topup kad touch n go.

Malam keluar lagi ke dobi, nak keringkan kain. Esok nak gerak ke Pekan.

Terima kasih penaja, Skechers

Khamis, Ogos 24, 2023

hari khamis camni la

Keluar t hari dekat 12 30 pm. Boleh tahan panas merelip jugak. Beli nasi kat villa seafood, kedai favourite bro Naz. Berpinar gak la mata bila sampai office. Badan pun semacam nak demam je. 

Nasi dan lauk sedap juga, cuma pedas dan bercuka, pedih sikit la perut kalau layan sambal. Kalau saja makan kuah baru ok. Meragam gak la perut aku. 

Macam sekejap je. Bro Naz akan balik pada 28 Ogos ni dengan flight Emirates.

Petang lepas zuhur turun bawah jaga store fyp. Macam macam ada. Aku bagi VRLA batteri pada student. Harap2 ok la. 

Terima Kasih penaja: Skechers

Rabu, Ogos 23, 2023

trying my best

Hari ni ramai gak student. Pagi2 aku pergi susun component dulu, mana yang boleh di L14. 

Lepas tu jumpa Dr Nazrin. Tanya pasal extension tu. Jadi ke nak beli. Dia kata proceed.
Petang tu juga terus buat PR.

Barang komponen belum sampai lagi. Lambatnya. Sampai aku rasa nak order sendiri pulak dari shopee.

Sebelum balik layan dengan Lan. 

Petang makan nasi air. Panas menjadikan keadaan juga panas.


Selasa, Ogos 22, 2023

minta cuti

Pagi2 aku ke office untuk isi borang cuti. Kiranya minggu depan seminggu tak kerja. Harap2 ok la sebab tech dah tak ada. Naz pun belum balik.

Petang Bidin turun, macam nak join. Nampak macam bergurau tapi betul. Cuma main je tak serius. 

Terima kasih skechers


Isnin, Ogos 21, 2023

waiting for deal

Isnin gais. Kerja. Kerja berfikir. Stubble masih muda, maklumlah baru isnin kan. Nak tengok yang betul tunggu jumaat, InshaAllah. 

Finance dept minta baki stok barang yang nak order tu. Petang Jumaat lepas dia dah minta dalam email rupanya, aku je yang tak baca. Cepat je aku check dan reply. Maklumlah dah lewat ni. 

Kalau barang lambat sampai kesian pulak kat student.

Terima Kasih Skechers

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.