Khamis, September 14, 2023

jom kerja

Pagi pagi aku singgah isi minyak moto rm 5 tapi tank dah nak penuh pun. Rm 5 ada balance lagi. Tak boleh pergi dah, limpah minyak tu. 

Dengan rakan sekerja. Makan 2 sempena hari terakhir kamu bersama secara official di Department ini. Tukar department je. 

Dapat sedikit cenderahati. Karpet dan keychain. 

Kalah 1-2 P. It's ok to lose with dignity no matter how painful it was. Nevertheless the lesson learned. 

Masa balik ada bau kurang enak kat helmet aku. Macam hancing. Bau hancing air kencing kucing. Hai kucing, tak de tempat lain ya kau nak kencing. Helmet aku kau halakan ya. 



Rabu, September 13, 2023

how is today

Mari kita bekerja demi agama, bangsa dan negara. Bekerjalah seikhlas hati. Sumbangkanlah tenaga dan daya fikiran. 

Janganlah terlalu fikirkan hal yang di luar kawalan kita. Pagi2 sebelum mulakan kerja kita jump rope dulu. 

Makan tengahari kena rm 6. Ramai juga student. Nampak Hairol macam sakit lutut. Bro. Naz kata dia kena gout.

Hari ni betulkan banyak barang2 di lab digital level 14.

Sebelum balik training dulu dengan Lan.

Esok tengahari ada jamuan sebagai tanda penghargaan kepada yang akan bertukar department.

Malam Firas minta nak makan AnW. Nak keluar malas, order Grab je la. Makan burger je. Tapi yang Bi punya salah barang. 

Hidup kena banyak berfikir dan berusaha. Positif selalu. 

Selasa, September 12, 2023

ada hutang dengan P

You should hear some Japanese motivation at Tik Tok, that's my suggestion only. 

Kerja ada banyak ni. Motivasi sedang berada pada tahap rendah.
Ayuh, bersemangat..Ha ha.

Balik awal hari ni. My sparring partner off today. 

Beli pau untuk minum petang. 

Isnin, September 11, 2023

tewas set penentu

Nampak semakin kurus kah aku. 

Petang aku dengan bro Naz periksa sttaus fire extinguisher. Memang benar, dekat lab semua tak ada FE. 

Satu set jer dengan P. tewas. Spin pun kena blok. Main taktikal la sikit kalau lawan penholder. Taruh back hand dia kau kau. 

Ahad, September 10, 2023

menunggu job delivery

Not going anywhere today. Just staying at home, hoping that money will come from the sky. It's not happening though.

Firas is not so well. He's cough quite hard and his asthma condition got worse. 

Malam lepas maghrib terus ke klinik as salam. Doktor beri nap di bilik khas dan beri ubat batuk

Sabtu, September 09, 2023

program di sekolah rendah Firas. SK KU

Mimpi malam tadi, nak pajak emas sekilo. Sekali hilang da. Panik la jugak. Rupanya aku bermimpi. 

Sarapan di kedai area sekolah agama Firas. Nak mendaki tu kereta macam sangat struggle. Enjin bunyi kuat dan ada bau semacam. 

Jumpa Faiz rakan pingpong Mara. 

Lepas sarapan terus ke sekolah Firas, ada majlis senam robik dan gotong royong. Lepas senam terus balik. Tak larat nak gotong royong. 

Kereta bau semacam. Aku buka bonet depan. Rupanya minyak gearbox melimpah keluar. Terus gi bengkel. Pomen ketatkan tuil penutup dan topup minyak gearbox. Kena rm 40.

Lepas tu ke kedai tayar pula. Ada 2 tempat bocor skru. Fuh, dua sekali. Tampal dua dua. Kena rm 14.

Tengah malam Firas terjaga dan batuk agak teruk. 
Malam second.

Jumaat, September 08, 2023

altec game internal. Target : survive group

Target tak tercapai. 

Truth is.... 
Its not easy.
Without proper training, without fully commitment, without spirit, the journey will be quite tough and painful. 

Grup C ada 5 orang. 
Menang 2 game tewas 2 game.

It's was so near, yet so far. 
Tewas dengan Zul twiddler penhold 
3 set berbalas 0.
dan Jukie or Marzuki spinner shakehand all rubber

The setting was perfect.. With 2 win, I only need to beat Marzuki and went to second round. 

But it did not happen. 

With Jukie it was duce at the end of 2 all games. So the loss was a bit painful, all because I cannot be a bit patient at the end. 

Anyway, I feel satisfied with myself. But I will always live with that memory of that ending game with Marzuki. Forever in state of regrat. 
Quarter finalist dapat beras
Zul was third, he won cash money. 

Thinking about this made me in tears. It's ok though. This game is not planned to join but last minute I did enter.

Need to stay back for a while looking for my phone and talking with Zul. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.