Sabtu, September 30, 2023

keluar jap, ioi


Pagi bawa Irfan ke tempat kerja. Kat squash pagi2 tak ada orang, jadi boleh la pakai sekejap. Train dia ping pong. Layan stroke slow slow. Multi ball dah boleh dah cuma masalah dia bola training tak berapa cukup. 

Tengahari keluar merelease tension.
Mental koyak teruk.
Still in a state of confusion.

Makan di Shorukya. 

Malam Irfan dah gerak balik. Alhamdulillah bas sampai ikut masa. 
Jam 9 gerak. Rasa sangat sekejap bersama Irfan. 

Jumaat, September 29, 2023

kerja general


Pagi pagi jump rope dulu. Sampai dewan terus nampak Lan dah buat. Baru aku semangat sikit. 

Mengemas kerusi meja exam. Angggaran dalam 500. Kalau buat ramai2 ok la. Dulu kerja ni general workers yang buat. Sekarang kami yang buat. 

Khamis, September 28, 2023

cuti maulidur rasul

Irfan nak balik tapi bas lewat.
Masalah juga.

Sebenarnya sebelah pagi aku plan nak buat Lala. Tapi keadaan mental tak kuat bila malam tadi aku semput. Fizikal tak kuat. Mental pun terkesan. 


Bi ajak keluar beli barang di ioi.

Lepas tu terus ambik Irfan. 

Esok tech kena angkat kerusi meja. Dept ramai yang cuti. 

Rabu, September 27, 2023

dunia penuh masalah, aku tak ada masalah

Pagi beli tosai banyak gak, tapi Saiful MC pulak. Demam teruk dia. Aku faham sebab aku tengok sendiri dia kerja macam

Tapi Ok la ada je tech lain yang habiskan. 

Petang turun kejap. Tewas lagi dengan penholder utama GMi. His rpb is almost perfect. Apa lagi yang perlu aku buat? 
Multiball perhaps. 


Selasa, September 26, 2023

rambut kusut, hati tak kusut


Salary day. Nak cucuk atm dalam kawasan pun rasa malas. Tapi teruskan. 

Lepas cucuk lari sekejap ke Pos Bangi. 
Pajak tinggal sikit lagi nak settle. InshaAllah hujung bulan 10 boleh settle. 

Sebelah malam dapat berita sedih. 
Rakan dealer Public Gold Abdur Rahman Al-Amin Ismail telah pergi pada jam 5 PM. Usianya muda lagi, baru 24 tahun. 

Minggu ni sparring partner tak dapat turun sebab jaga world skill. 

Isnin, September 25, 2023

kerja raya


Adakah ini bermaksud semua kerja kena buat? Kerja orang dan kerja sendiri. 


Bab kerja tak kisah sangat. Bab perangai manusia atasan ni susah sikit.

Apakah cabaran ini terlalu berat? Kita tunggu dan lihat. 

Ahad, September 24, 2023

buat buat comel jom

Ke pasar Kajang cari lauk.
Ayam size biasa saja, harga 21.70
Boleh tahan la sebab kalau kat shopee boleh dapat lagi murah. 

Kat rumah B bising sebab potong 4 saja. Kurang pengalaman beli ayam ni.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.