Ahad, November 05, 2023

ahad apa nak buat

Job lala ada tapi badan rasa lemau sangat. Malam tadi selsema teruk dan telan ubat juga akhirnya, sebiji yang terakhir. 

Petang keluar alter seluar di Hentian kajang. Kemudian ke metro point. Makan ramen dan beli barang dari farmasi Watson. Antaranya ialah Vitamin C Cebion, kismis dan oat. 

Hujan ada lagi.


Sabtu, November 04, 2023

ke sogo

Turun KL dengan Mrt. Maluri ke Hang Tuah, dari Hang Tuah naik monorel pula ke Medan Tengku.

Terus ke Sogo dan Jalan TAR. 
Kebetulan Bob Sentuhan ada perform di depan Sogo. Layan dulu selagu dua.

Lepas tu terus ke jalan tar cari baju melayu atau kurta untuk majlis Cik Yah 11 hb nanti. Untuk aku, beli kurta. Untuk anak2 beli baju melayu. 

Masa nak balik tak sangka jumpa Las dan Harlina QC tengah beratur nak makan nasi kandar Saddam di Jalan TAR. Las tegur dulu. Sembang la kejap sama dengan wife aku. Dari tengahari orang dah ramai beratur.

Dekat 9 lebih sampai rumah. Badan letih lesu juga la. 

Jumaat, November 03, 2023

Kelebihan madu kelulut

Madu kelulut adalah sejenis madu yang terhasil dari perut lebah kelulut. 

Beza ketara lebah kelulut berbanding lebah biasa ialah dari segi saiznya yang lebih kecil dan juga sifatnya yang tidak menyengat. Ada yang memanggilnya sebagai lebah lalat. 

Sifat madunya sedikit berbeza iaitu lebih cair dan kurang pekat. Ini menjadikan madu ini lebih senang sebenarnya untuk diamalkan secara konsisten. 

Rasanya sedikit masam manis, berbeza dari madu biasa yang manis sahaja.

Pengalaman saya sendiri selepas mengamalkan madu kelulut nampak memberikan kesan baik pada kesihatan. 

Sebagai seorang pesakit asma yang perlu mengambil pam, saya berani memberikan testimoni bahawa madu jenis kelulut ini memberikan kesan yang baik kepada kesihatan.

Banyak kajian telah dilakukan dan banyak yang menyatakan madu kelulut punya kelebihan tersendiri. 

Bahkan kebaikan madu ini diceritakan dalam rancangan National Geographic Society, antaranya selain penyelidikan akademik di universiti terkenal.

Oleh kerana sifatnya yang tidak menyengat, kelulut lebih dekat kepada manusia dan ia dipelihara serta dijadikan perusahaan ternak. 

Diceritakan bahawa madu kelulut lebih berkhasiat kerana saiz kelulut yang lebih kecil menjadikan ia mampu ke tempat yang lebah biasa tidak boleh capai. 

Bergantung pada musim dan bunga jenis apa yang kelulut itu berhampiran maka madu yang terhasil adalah pelbagai tingkat kualiti. 

Ada dakwaan megnatakan madu kelulut mampu memberikan kekuatan tenaga zahir dan batin. Boleh membantu kencing manis, jantung dan sakit sakit sendi.

Pun begitu janganlah anda cepat percaya, kerana hanya anda yang perlu merasai sendiri dan ceritakan kisah anda. 

Madu kelulut yang saya amalkan adalah jenis kelulut liar dari hutan Belum di Perak. 

Jangan risau, anda boleh dapatkan madu kelulut liar ini secara online dari shopee.

Lihat @ Beli Madu Kelulut 

Khamis, November 02, 2023

Kembali bersemangat

Yes. Shopee affiliate dah open semula.

Hari ni repair bench di lab L10. Lab Tengku. Minggu depan dia ada short course, ajar geng polis bab komunikasi radio. Jadi kena setup lab sikit kasi cun.

Aku dan bro Naz buat dan bersihkan kawasan bench dari pagi walaupun Tengku ada kelas. Tengku suruh buat je macam biasa walaupun dia dengan kelas teori sedang berjalan. 

Plan nak apply cuti tapi tak sempat nak ke office sebab siapkan bench sampai 5 lebih. 

Sempat buat booking kereta dengan trevo. 

Sebelum balik layan dengan Lan. Balik hujan. 


Rabu, November 01, 2023

welcome november aka 11

Tugasan pagi mengangkat dan menyusun kerusi meja. Walaupun hari ni aku tak dalam jadual bertugas namun tetap turun membantu. 

Risau juga tengok Saiful hempas macam nak marah. Harap semua ok la.

Lepas siap di dewan aku terus gerak balik ke Lab. 

Selasa, Oktober 31, 2023

Isnin, Oktober 30, 2023

baju bi beli

Hari ni tolong Taufik angkat meja dari L14. Hantar ke bilik dia. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.