Khamis, November 09, 2023

tak pam tapi kahak banyak


Alhamdulillah. 
Malam tadi tak pakai pam. Boleh tidur lena. Cuma bila bangun pagi kahak agak banyak juga. 

Jom amalkan madu kelulut untuk kesihatan dan keremajaan.

Ini rahsia yang ramai tak tahu.

Hear it from me, Ahmad Sadli (pesakit asma). 

Sebelah petang belajar potong acrylic dari Sir Aseri. Baru tahu rupanya ada pisau khas untuk potong acrylic. Itulah, bila ada alat yang betul, semua perkara boleh dilaksanakan dengan lebih mudah. 

Menang "nasib" dengan P 3-2 duce agak lama last set. 

Petang balik kerja ni plan nak ambik kereta yang aku sewa. Harap berjalan lancar. 

Bro Naz hantar aku ke Seksyen 5. Tak susah sangat cari rumah. 

Malam nak ke Bangi pulak jumpa CikSu dan ambik barang CikYah.

Lepas maghrib terus ke rumah Iza. Ingatkan Azizi rupanya Irfan Pak Uda. Dah kerja di KLIA dia rupanya. Air Asia HQ

Rabu, November 08, 2023

madu kelulut, awet muda

When people ask me what is the secret of my youth, I'm not hesitate to declare that it is honey, specifically of wild kelulut bee (stingless) honey

Today I'm mostly in Lab. Level 11 doing the tinted job. Tinted done manually with sugar paper

Selasa, November 07, 2023

stand by di Lab


Pagi 2 sebelum 8 30 aku dapat wasap dari TTO minta tolong buat bilik lab, untuk tampalkan bagi gelap. 

Jadi naik sekejap ke L11 untuk tengok keadaan sebenar di Lab. Aku fikir untuk buat yang Lab. 

Alhamdulillah kerja mengecat berjaya disiapkan dengan jayanya walau aku dan beberapa orang tak turun. 

Petang aku singgah tengok. Cat macam berkualiti juga sebab hujan lebat nampak tak terjejas walaupun baru pagi tadi cat. Dengan daun rumput pun cat sekali. 

Isnin, November 06, 2023

dapat kejutan baru

Dengarnya lepas ni kena mengecat pula. This is new level. Don't know how this will go from here.

Petang Sir Aziz datang nak tengok dan repair earbud dia.

Musim hujan sekarang. Petang Petang memang gelap sungguh. Masa balik tak hujan cuma cuaca memang sejuk yang amat. 

Keadaan bilik L13 004 sudah menjadi agak teruk dengan air bergenang.

Ahad, November 05, 2023

ahad apa nak buat

Job lala ada tapi badan rasa lemau sangat. Malam tadi selsema teruk dan telan ubat juga akhirnya, sebiji yang terakhir. 

Petang keluar alter seluar di Hentian kajang. Kemudian ke metro point. Makan ramen dan beli barang dari farmasi Watson. Antaranya ialah Vitamin C Cebion, kismis dan oat. 

Hujan ada lagi.


Sabtu, November 04, 2023

ke sogo

Turun KL dengan Mrt. Maluri ke Hang Tuah, dari Hang Tuah naik monorel pula ke Medan Tengku.

Terus ke Sogo dan Jalan TAR. 
Kebetulan Bob Sentuhan ada perform di depan Sogo. Layan dulu selagu dua.

Lepas tu terus ke jalan tar cari baju melayu atau kurta untuk majlis Cik Yah 11 hb nanti. Untuk aku, beli kurta. Untuk anak2 beli baju melayu. 

Masa nak balik tak sangka jumpa Las dan Harlina QC tengah beratur nak makan nasi kandar Saddam di Jalan TAR. Las tegur dulu. Sembang la kejap sama dengan wife aku. Dari tengahari orang dah ramai beratur.

Dekat 9 lebih sampai rumah. Badan letih lesu juga la. 

Jumaat, November 03, 2023

Kelebihan madu kelulut

Madu kelulut adalah sejenis madu yang terhasil dari perut lebah kelulut. 

Beza ketara lebah kelulut berbanding lebah biasa ialah dari segi saiznya yang lebih kecil dan juga sifatnya yang tidak menyengat. Ada yang memanggilnya sebagai lebah lalat. 

Sifat madunya sedikit berbeza iaitu lebih cair dan kurang pekat. Ini menjadikan madu ini lebih senang sebenarnya untuk diamalkan secara konsisten. 

Rasanya sedikit masam manis, berbeza dari madu biasa yang manis sahaja.

Pengalaman saya sendiri selepas mengamalkan madu kelulut nampak memberikan kesan baik pada kesihatan. 

Sebagai seorang pesakit asma yang perlu mengambil pam, saya berani memberikan testimoni bahawa madu jenis kelulut ini memberikan kesan yang baik kepada kesihatan.

Banyak kajian telah dilakukan dan banyak yang menyatakan madu kelulut punya kelebihan tersendiri. 

Bahkan kebaikan madu ini diceritakan dalam rancangan National Geographic Society, antaranya selain penyelidikan akademik di universiti terkenal.

Oleh kerana sifatnya yang tidak menyengat, kelulut lebih dekat kepada manusia dan ia dipelihara serta dijadikan perusahaan ternak. 

Diceritakan bahawa madu kelulut lebih berkhasiat kerana saiz kelulut yang lebih kecil menjadikan ia mampu ke tempat yang lebah biasa tidak boleh capai. 

Bergantung pada musim dan bunga jenis apa yang kelulut itu berhampiran maka madu yang terhasil adalah pelbagai tingkat kualiti. 

Ada dakwaan megnatakan madu kelulut mampu memberikan kekuatan tenaga zahir dan batin. Boleh membantu kencing manis, jantung dan sakit sakit sendi.

Pun begitu janganlah anda cepat percaya, kerana hanya anda yang perlu merasai sendiri dan ceritakan kisah anda. 

Madu kelulut yang saya amalkan adalah jenis kelulut liar dari hutan Belum di Perak. 

Jangan risau, anda boleh dapatkan madu kelulut liar ini secara online dari shopee.

Lihat @ Beli Madu Kelulut 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.