Selasa, November 14, 2023

Selamat sampai di Kajang

Pagi2 nak gerak selipar kakak Ulya tak jumpa. Ma cari pun tak jumpa. Sekali kasut aku pun tak ada. Selipar Firas pun tak ada. Misteri sungguh.

Apa nak buat. Kami terpaksa gerak je lah. Perjalanan yang agak jauh. Dalam pukul 8 am ke rumah Su. Tapi tak berkesempatan jumpa.

Gerak ke Pekan. Sampai zuhur. Lepas solat makan di rumah Kak Tini. Kak Tini masak sotong masak pedas yang sedap. 

Dalam pukul 330 gerak naik ke Kajang. Lalu jalan Kuala Pilah. 

Sebelum hantar Kakak, kami makan dulu di Suhaila Tomyam.

950 sampai Sungai Tangkas. 

1030 sampai Kajang Utama. 

Isnin, November 13, 2023

sarapan dan mendobi

Lepas sarapan di Alibaba terus ke dobi.
Pukul 1 nak ke rumah abe Pis pula.
Petang hantar Irfan, esok kami dah nak gerak ke Pekan.

Sempat pasang penutup pagar jaring plastik. Beli dekat hardware kawasan situ. RM7 juga semeter. Kalau beli kat Shopee jauh murah dapat.

Sampai dalam pukul 1 rumah abe Pis. Terus dia ajak makan nasi. 

Dari Kok Majid terus gerak Telaga Bata. Sunyi dah. Yang ada anak anak saudara.

Ahad, November 12, 2023

ke KB Mall

Pagi sarapan dulu di Alibaba. Kemudian mendobi kejap. Lepas tu terus ke Kota Bharu. 

Pergi cari barber tak jumpa, jadi terus lajak ke Jaafar Rawas cari madu kelulut

Kat Jaafar Rawas ni banyak buku2 agama dan produk2 sunnah. Macam macam jugalah. Ada gam arab lah, buah buah pelbagai jenis dan minyak wangi yang mahal jenis oud yang disebut oleh Ustaz Azhar Idrus. 

Lepas tu ke KB Mall. 

Cuba banana bro. Meriah benar. Nasi dan lauk banyak. Kena 100 lebih.

Potong rambut je belum. Kalau ada mesin kan senang.

Balik KB Mall singgah poting rambut Irfan. Lepas siap Irfan mengamuk tak puas hati. Hmm.

Esok dah nak masuk sekolah.

Malam terus minum madu kelulut. Alhamdulillah dinihari tak semput. 

Sabtu, November 11, 2023

selamat diijab kabul

Selamat dan sempurna. 

Abah cuba gagahkan diri walau bertongkat. Duduk di pintu pagar depan. 
Ramai saudara mara dekat dan jauh datang.

Pok Su datang berpapah. Aku papah Pok Su, adik Ji papah abah. Mereka usaha nak berjumpa mata. Air mataku bergenang tak dapat ditahan. 

Jumaat, November 10, 2023

gerak balik kelantan

Adik ku Che Yah bakal melangsungkan perkahwinannya pada 11/11/23. Semoga urusan dia dan kami sekeluarga dipermudahkan. Amin.

Alhamdulillah, kami sampai di Telaga Bata dalam pukul 4 petang. 

Perjalanan lancar dan tiada jem teruk sangat walaupun cuti Deepavali sedang berlangsung. Kami naik kereta Perodua Bezza auto yang aku booking dari apps trevo

Majlis akad nikah esok dibuat kat rumah saja, bukan di masjid seperti adik2 lain sebab abah masih sakit lutut. 

Doa ku, semoga abah cepat sembuh.

Dan 

Semoga majlis berjalan baik, Amin. 

Khamis, November 09, 2023

tak pam tapi kahak banyak


Alhamdulillah. 
Malam tadi tak pakai pam. Boleh tidur lena. Cuma bila bangun pagi kahak agak banyak juga. 

Jom amalkan madu kelulut untuk kesihatan dan keremajaan.

Ini rahsia yang ramai tak tahu.

Hear it from me, Ahmad Sadli (pesakit asma). 

Sebelah petang belajar potong acrylic dari Sir Aseri. Baru tahu rupanya ada pisau khas untuk potong acrylic. Itulah, bila ada alat yang betul, semua perkara boleh dilaksanakan dengan lebih mudah. 

Menang "nasib" dengan P 3-2 duce agak lama last set. 

Petang balik kerja ni plan nak ambik kereta yang aku sewa. Harap berjalan lancar. 

Bro Naz hantar aku ke Seksyen 5. Tak susah sangat cari rumah. 

Malam nak ke Bangi pulak jumpa CikSu dan ambik barang CikYah.

Lepas maghrib terus ke rumah Iza. Ingatkan Azizi rupanya Irfan Pak Uda. Dah kerja di KLIA dia rupanya. Air Asia HQ

Rabu, November 08, 2023

madu kelulut, awet muda

When people ask me what is the secret of my youth, I'm not hesitate to declare that it is honey, specifically of wild kelulut bee (stingless) honey

Today I'm mostly in Lab. Level 11 doing the tinted job. Tinted done manually with sugar paper

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.