Jumaat, November 24, 2023

lepas jumaat barang sampai

Barang muzik tengku dah sampai. 
Dalam pukul 3 lebih.

Antara yang paling gempak ialah mic Shure yang berharga sekitar 8k.

5 30 petang mereka masih test. Aku kena gerak dulu sebab dah janji nak balik awal. 

Khamis, November 23, 2023

melawat hj Malek

Sekitar jam 12 aku dan bro Naz keluar untuk melawat Hj Malek. 12 30 jugak baru dapat gerak ke sana sebab singgah beli buah tangan dan Naz beli sedikit barang. 

Bila kami tiba di Hospital An Nur seksyen 15, sudah ada beberapa TTO otai berada di situ, termasuk cik Zul, Hj Halim Kling dan kawan mereka. 

Kami terus masuk untuk melihat keadaan Hj Malek. Beliau masih kelihatan kuat dan ceria. Masih dapat bercerita dengan penuh semangat. 

Balik dalam pukul 2 lebih, kami singgah makan dahulu di kantin Madani. Terserempak dengan orang atasan, Sakeri yang segak berbaju kemeja.

Rabu, November 22, 2023

mana baju korporat?

Hari ni tak pakai baju korporat. Bukan sebab apa pun, tapi sebab Bi lupa kot nak gosok. 

Hari ni Cik Na bawa abah gi x ray. Katanya tak ada tulang patah. Besar kemungkinan masalah "hip". Kena buat "hip replacements" atau fisio.

Petang ada ramai datang ke bilik tech. 
Tengku, Shahdi, Chan, dan Dr Nazrin. 

Selasa, November 21, 2023

selasa kerja

Not a set given...can you do that?

A satisfactory performance albeit cannot do the initial wish. Too ambitious maybe? 

Isnin, November 20, 2023

hujan lebat di Kelate

Kelantan musim hujan sekarang. Tengok dari vtt Syahmi live. 

Keluar lewat sikit sebab tengok Tengku test amplifier guitar terbaru keluaran Orange. Mantap dan padu. 

Tengahari nak keluar makan, Sam ajak makan di dalam, tempat geng training makan. Nasib baik ada lagi lauk last kopek. 

Balik kerja terus ke bandar Kajang untuk pos buku. JNT Metro Kajang tutup. Pergi ke JNT Metro Point baru dapat pos. 

Ahad, November 19, 2023

kena sidai di Sg Tangkas

Pagi2 ke pasar dulu cari lauk. Beli daging, ayam dan sayur sikit. Daging batang pinang sekilo rm44. 

Lewat pagi baru aku start buat Lala Move. Job terakhir aku hantar makanan restoren Kelate Rich di Sungai Tangkas. Di Sungai Tangkas aku terserempak dengan Cik Su. 

Lepas buat penghantaran ke 5, aku kena sidai agak lama di Sungai Tangkas. 

Job Lala move ada je tapi banyak trip jauh, tak lalu aku nak melayan dalam keadaan perut yang kelaparan. Bila Bi kata dia dah siap masak, aku pun balik untuk makan. 

Sabtu, November 18, 2023

sabtu yang gemilang

 
Pagi pagi gerak ke Melaka. Kenduri anak kak Izan. Sama hari dengan convo. 

Balik kenduri rehat kejap, terus ke altec pula layan game. 

Juara kumpulan. Menang dengan Pali (Fadli) Mara dan Ahmad Saufi. Tewas dengan Afifi. 

Aku dan Pali layak. Afifi lagi power kalau ikutkan.



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.