Khamis, Disember 07, 2023
tak nap
Sampai 5 sudu madu kelulut aku telan. Madu jenis liar hutan Belum. Kebayikan kelulut ni ialah memberi panas pada dada. Jadi aku sebagai pesakit asma dapat la lega sikit pada waktu dinihari.
Rabu, Disember 06, 2023
Saiful beli sarapan
Aku beli roti telur 4 dan teh tarik 4.
Sekali tengok Saiful pun beli juga air dan kuih untuk sarapan. Jadi la pagi ni cukup untuk ramai juga.
Selasa, Disember 05, 2023
dah masa bercukur
Dinihari tadi pam 2 kali juga.
Berkahak juga awal pagi.
Serabai teruk juga hari ni.
Lega rasanya, bila Cosplay kakashii firas dah sampai. Tapi itulah, tak pasti dia boleh pergi ke tak sekolah esok.
Isnin, Disember 04, 2023
tak cukup tidur
Tidur lewat dan bangun pun agak lewat. Itu pun terjaga sekitar 6 45 bila Bi buka lampu, langsung tak perasan orang azan Subuh yang selalu aku akan bangun. Tak sempat buat air. Beli je dari cafe.
Pagi2 Sin dah panggil buat kerja.
Ahad, Disember 03, 2023
tournament JPN
Pergi dengan Bi je. Firas ada kat rumah.
Seharian juga kat sini. Sampaikan anchor JPN pun kenal.
Apapun tahniah kepada JPN yang bukan sahaja menjadi tuan rumah yang baik, malah menjadi juara kejohanan juga. Team yang mantap dengan pemain utama Hakeem d Kebun. Zul P8 bergabung dengan Safri Don. Pemain single kedua juga tak kurang hebatnya.
Tahniah semua.
Team Dynamic pun hebat dengan Aimal sebagai anchor. Padu.
Hadir sebagai penonton saja, muka lepas semput teruk.
Sabtu, Disember 02, 2023
hari ni lemau semalam lewat
Lemau sebab tidur lewat semalam. Muka pun serabai tak sempat nak shave lagi.
Petang lepas zuhur baru gerak keluar ke ioi.
Bi order nasinkat Shorukya tapi rupanya nasi tak ada. Terus dia merajuk tak nak makan.
Lepas makan kami beli tiket wayang. Sementara tu Bi dan Firas pergi kedai buku dulu.
Sampai nak masuk ke dalam wayang pun Bi masih munung lagi. Adoi. Pening.
Jumaat, Disember 01, 2023
sweet 40 +
Tugas ANF. Turun level 3 dulu. Saiful belanja air dan ewallet.
Harini team leader ada kursus, so kerja tak hustle sangat.
Jumaat di masjid hijau. Beli 1 gram di PG Bangi untuk hadiah birthday Bi.
Malam tournament street fighter di tempat Safa.
Grouping menang 1 je. Ok la buat ubat kata orang. Tewas straight set dengan Coisox, Ryan jr (naib juara) dan Naim, bro rambut ikat.
Malam minggu ni pukul 12 di 7 E masih meriah dengan manusia.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.