Isnin, Disember 25, 2023

dari KT ke Tumpat

Lepas check out terus je gerak balik. Tak tunggu makan tengahari dah. Balik lalu jambatan angkat Kuala Terengganu. 

Jalan balik mulanya ikut jalan tepi pantai pesisir Terengganu. Air agak tinggi dan hujan renyai2 sepanjang jalan. 

Sampai rumah abah dalam pukul 5 petang. Berhenti makan di Bachok, selepas Tok Bali sikit, Bi dah tak tahan lapar katanya. 

Ahad, Disember 24, 2023

Pekan ke Kay Tee


Dari rumah kak Tini, kami sampai KT sebelah petang dalam pukul 3 pm lebih. Terus check in di J Suite. Hotel di tengah bandar KT. 

Esoknya meninjau ombak yang agak tinggi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 

Di Pasar Payang kami terserempak dengan Cikgu Shukor sekeluarga yang sedang mencari sarapan. 

Sabtu, Disember 23, 2023

gerak ke Pekan

Ikut jalan Ampangan - Kuala Pilah. 
Kat Kuala Pilah berenti beli itik salai

Sampai di Pekan hujan renyai renyai. Terpaksa batalkan hasrat ke Pulau kucing walaupun dah hampir sampai. 

Sempat juga singgah beli cempedak dan goreng pisang sebelum ke rumah Kak Tini. Waktu pun masih awal juga.

Jumaat, Disember 22, 2023

last day hj Halim

Sempat bergambar dengan Tn Hj Halim Kling selepas saja habis sessi town hall bersama CEO.

Sempat juga jumpa Tengku yang nak balik kampung bila dia singgah bilik sekejap selepas jumaat.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.

Azam tahun baru semoga suksess semua. Diari dah beli ke atau nak beli basikal elektrik, hu hu.

Apapun tahun 2024 kena kerja keras lagi.

Khamis, Disember 21, 2023

kelas C tamat harini

Tamat kelas selepas 3 hari menadah. Tak sempat nak ke dewan membantu urusan kerusi meja. 

Rabu, Disember 20, 2023

skip kelas

Petang skip kelas sebab bantu bawa naik barang Tengku yang berkotak kotak dari bawah ke studio.

Padu juga barang yang Tengku beli. Subwoofer 3000 Amp yang dibeli dari Music Bliss. 

Petang kena gerak awal sebab Bi dah ajak keluar lagi tukar seluar Irfan di Ali Store. Lepas ke Ali Store kami makan di Sate Samuri. 

Selasa, Disember 19, 2023

panjang rambut

Semput petang petang ni. Muka tak cukup oksigen. Keluar ke Kajang Metro Point. Batuk yang agak teruk. Hidung pedih. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.