Kenduri ibu Hasmah di Melor Garden, Sungai Ramal. Ibu Hasmah ni jiran kami dan juga pengasuh anak2 kami semasa kecil.
Lepas habis kenduri kami terus gerak pula ke Sepang untuk majlis Hi Tea di Movenpick.
Majlis ni dijangka sampai pukul 4 petang. Lepas hantar Bi ke Movenpick aku gerak ke Banting konon nak tengok wayang sambil tunggu nak ambik Bi pukul 4.
Tapi rupanya wayang dah bangkrup. Las pula kerja, ingat nak ajak mengopi. Nak call Herman takut dia kerja. Jadi gerak balik semula ke Kajang.
Matahari memberi sinar kekuatan padaku walaupun pagi tadi rasa macam teruk sangat. Gigil habis. Semput tahap tertinggi juga. Tapi tak boleh berjemur lama2, pelik pulak orang nampak.
Hari ni aku order kelulut liar, mungkin dalam minggu depan baru sampai.
Pagi2 gerak ke Hospital Serdang, appointment Firas. Aku minta time off saja.
Naik kereta ke GMI dulu sebab nak apply dan submit borang time off. Jalan atas jambatan sesak. Terpaksa jibble atas jambatan dalam kereta. Dah 830 am masih jem atas jambatan.
Di Serdang pagi2 nampak ada polis traffik. Apa nak buat memang tak ada tempat parking. Kalau nak ke hospital memang kena parking tepi jalan je.
Check power Firas kena pakai la. Hari ni petang dah semput. Muka pucat dan tak larat. Keadaan agak merisaukan.
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas.
Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri.
Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold.
Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri.
Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.