Jumaat, Februari 16, 2024

herman datang ke gmi, selepas hampir 10 tahun

Sebelum jumaat Herman sampai depan GMI. Aku bawa dia hantar tv nya yang rosak ke kedai Zainy.

Lepas jumaat, aku ajak Herman lepak di office aku. 

Pukul 4 lebih kami turun test power. Kebetulan Bayu ada jadi Herman sempat test dan merasa bola Bayu. Aku sempat blok2 je. 

Sebelum balik kami lepak layan kopi dulu di cafe GMI. Tak beritahu pun Herman aku nak fly ke Korea hujung minggu ni. 

Khamis, Februari 15, 2024

semoga tuhan melindungi kita

Hanya tinggal beberapa hari saja. Dah tak lama dah aku akan berangkat ke Busan, Korea. 

Hanya pada Allah aku berserah. 

Semoga perjalanan dipermudahkan dan dilindungi, diberkati, di rahmati, memberi manfaat kepada sekalian manusia dan alam ini sebanyak banyaknya.......Amin.

Nak ke bilik Saiful sebab dia nak belanja dan jumpa aku sebelum aku gerak ke Korea. Siap offer nak hantar lauk ke rumah, huhu.

Petang terserempak dengan Bayu yang dah mula bekerja kembali di GMI. 

Rabu, Februari 14, 2024

kita cuba

Asma datang sebelah petang. Aku cuba bertahan tanpa ambil nap. Agak perit juga. Skip training dan balik awal. 

Selasa, Februari 13, 2024

kerja

Muka baru lepas sakit. 
Sakit teruk tahap nak mati. Perit masih terasa di tekak. Cuma waktu siang ni aku tak semput sangat. 
Walau apapun syukurlah aku masih boleh dan mampu bekerja. 
Petang aku jumpa Yah (adik aku) pinjam kereta Bezza suaminya untuk bawa Firas bersunat malam ni. 

Isnin, Februari 12, 2024

dia langsung tak gerak dah

Kereta aku. Masuk gear langsung dah tak gerak. Masa nak gerak ke Telok Panglima Garang rumah kak Ma.

Apapun Alhamdulillah berlaku di rumah. Sekurang-kurangnya semua selamat sampai di rumah.

Ahad, Februari 11, 2024

lelah ada sikit lagi

Lebihan kesan semalam yang mana aku lelah dengan teruk. Hari ni aku bertahan 

Sabtu, Februari 10, 2024

jom bersemangat

Selamat tahun baru Cina. Tahun naga kali ini. Kat kampung ada family day tapi aku tak balik sebab nak uruskan bersunat Firas. Aku habiskan waktu pagi dengan melayan kebun.

Petang keluar ke mytown. Layan kedai boat noodle. 

Lewat petang semasa nak ke IKEA aku kena asma. Tak bawak ubat pula tu. Memang teruk juga. Nyaris2 nak mati.

Setiap nafasku adalah dengan izin Allah. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.