Angkat dan simpan balik kerusi ada sikit sahaja, cuma kerusi hitam agak berat, kena 2 orang angkat.
Rabu, Mac 06, 2024
Selasa, Mac 05, 2024
bertugas event iac
Sempat sampai sebelum 7 am jibble. Solat subuh di surau GMI.
Lepas solat pagi2 lepak dulu dengan Asri.
Ada nasi lemak tanpa sambal, sebab awal lagi. Lepas makan bawa Asri ke admin, kemudian terus gerak ke check point aku di sport complex.
Kasihan pula tengok keadaan sport complex tak terjaga. Bocor sana sini air.
Ada job pula pukul 3. Lepas di panggil aku terus gerak kejap ke dewan. Keadaan masih huru hara dengan polis dan pegawai bersepah sepah. Aku pusing dewan nak tengok keadaan.
Pukul 3 lebih aku ajak rakan sparring. Sampai pukul 6 lebih juga baru aku balik.
Malam semput sikit.
Isnin, Mac 04, 2024
start kerja
Selepas 2 minggu yang agak lama cuti. Aku kembali bekerja.
Sebelah petang ada meeting dan rehearsal untuk event esok.
Lepak dan borak dengan Popoi, suami K Mai.
Meeting dengan boss untuk esok, masing2 diberikan tugas dan lokasi check point.
Esok kena masuk seawal jam 7 am.
Ahad, Mac 03, 2024
gerak balik Kajang
630 pm sampai, agak awal juga sebab kami bertolak pun awal.
Naik kereta Axia tahun 2020 plate Malaysia 127 boleh juga pecut walaupun tak laju sangat. Nasib baik cuaca tak panas sangat, sebab air cond dia dah agak kureng.
Dekat karak nak ke gombak agak tersumbat dengan kenderaan, patut la Google suruh ikut jalan lama.
Harap dapat buat bawah 1200 km tapi dalam 1300 km lebih juga. Jadi kena la juga bayar km tambahan sebab aku punya peruntukan cuma 1200 km.
Sabtu, Mac 02, 2024
ke kb aeon mall
Jalan jalan sambil cari makan di Aeon Mall Kota Bharu.
Lepas pusing aeon masuk ke Lotus pula.
solat di masjid bunohan
Solat jumaat. Bawa anak2 buah sekali.
Di masjid mukim Bunohan, aku nampak Lib, kawan lama sekampung dahulu. Dia masih bujang dan hidup berbakti pada ibunya dan menjaga madrasah.
Lepas jumaat ma masak sup.
Pagi sebelum jumaat aku buatkan akaun PG untuk Fattah Yi.
Petang pula jumpa kawan sekolah, Solah di Chabang 4 untuk terangkan lagi pasal PG. Solah sekarang berniaga jual nasi pada sebelah pagi.
Khamis, Februari 29, 2024
gerak ke Kelantan
Sempat ke red blue sekejap sebelum gerak balik Kelate. Alhamdulillah sekitar lewat petang selamat sampai di Telaga Bata.
Perjalanan lancar dan tiada jem. Badan pun tak la letih sangat.
Bi belanja minum kopi di stesen minyak sebelum masuk LPT.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.