Ahad, Oktober 13, 2024

hasrat ke gunung tak tercapai

Dah lama sebenarnya aku berangan nak panjat gunung Angsi di Negri Sembilan. Tapi tulah, anganku belum kesampaian. 

Sudahnya kami hanya keluar ke Metro Point Kajang. Minum petang di Secret Recipe. 

Lepas maghrib ke Level atas. Bi berlatih bowling. Lepas habis main bowling aku dan Firas layan billiard pula.

Lepas tu shopping sikit sebelum balik. 

Selasa, Oktober 08, 2024

Mencari rezeki

Aku wasap Lan di Mekah, tanya keputusannya untuk game networking Penang. Dia kata "On". 

Jadi aku sebagai manager kena susun team pingpong. Ya, kadang bukan mudah. Ada ujian, onak dan duri. Apapun, kita cuba yang terbaik, sebaik mungkin. 

Hari ni Bi test JPJ. Dia pergi sendiri dengan agen sekolah memandu. Siap ambil cuti lagi. 

Keputusan agak mengecewakan, dia gagal untuk jalanraya.


Isnin, Oktober 07, 2024

lagi 3 weeks

Apa yang aku kira ni.
Sebenarnya aku kira duit gaji yang akan sampai pada hujung bulan 10.

Ahad, Oktober 06, 2024

Arwah Izzat

Sempat sampai dalam pukul 11 pagi. Arwah Izzat dah selamat bersemadi. Di perkuburan Islam Precinct 20.

Pakcik sepupu ku, arwah Izzat. 
Anak bongsu PokSu Kedah. Arwah baru mencecah 32 tahun usia dan masih belum berumah tangga. Datuk saudara ku PokSu, aku terikut panggilan ma. Kena panggil tok su sepatutnya.

Sempat sampai dengan Nadiah dan Rafiq ketika bacaan doa talkin. 

PokSu menangis semasa doa talkin, MokSu pula memang sugul.

Lepas hantar Nad dan Rafiq, singgah jap tengok Maryam. Lepas tu kami gerak ke kenduri Puan Intan di sekolah. 

Lepas kenduri ke Mantin pulak, Bi belajar memandu sampai petang. 

Balik terus singgah makan dan solat maghrib di Metro Point. 

Sabtu, Oktober 05, 2024

healing

Kalau ikutkan, sakit rasanya. Tapi aku ok je.
Dah lead 2 set. 
Set ke 3 pula 5-1.

Tetapi akhirnya tetap kalah.
Begitulah dunia ping pong yang kejam dan tanpa belas kasihan. Yang lemah akan diratah. Expect no mercy from your opponents. 

Khamis, Ogos 22, 2024

khamis

Petang aku ke JPJ di Seksyen 7.
Bi nak hidupkan lesen L

Rabu, Ogos 21, 2024

rabu

Pagi2 sempat aku buat video. 
Abang Naz MC.
Aku turun dewan. Training dengan team takraw pulak. 
Penat juga main takraw di usia lewat ni. 
Tapi killer seorang ni (kapten) memang seorang ahli takraw yang sejati. Umur lewat juga tapi dia punya tenaga kalah orang muda. 

Semuanya adalah mind set. 

Petang Firas ajak keluar, makan. Lepas maghrib kami keluar ke metro point Kajang. Makan ramen di kedai Korea. 


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.