Ahad, November 03, 2024

Gerak balik ke Kajang

Pagi 2 lepas makan sikit, kami terus gerak. Aku makan sikit sebab semalam aku semput tak jumpa neb, pagi baru jumpa neb dalam kereta rupanya. Penat sikit badan dan tak kuat nak makan banyak. 

Dalam 8 15 sampai di Petronas Rantau Panjang. Isi sekali je, dah ada 2 bar. 

Lepas layan beratur lampu isyarat, dalam 2 15 petang sampai Raub, rumah adik ipar aku B. 
Lepak Raub dulu sampai asar. 
Berenti lagi sekali di Genting Sempah. 
Berenti jap di Gua Musang, makan dan minum sikit. Firas macam biasa order tealive

Sabtu, November 02, 2024

ke Sri Tanjung, pulau di Tumpat

Berbaloi naik bot dari jeti Kok Majid ke Pulau Sri Tanjung. Ni hasil dia. Nasi kerabu with a view. 


Jumaat, November 01, 2024

Solat jumaat di masjid sultan Mansor, KB

Sarapan pagi di Din Tokyo. Nasi berlauk dan roti titab. Lepas sarapan terus ke medan ilmu. Ma kirim beli buah kurma ajwa. Sebotol rm 71 yang dalam botol. 
Kuliah sessi ke 2 disampaikan oleh Dato Dr Zulkifli Al Bakri. 

Khamis, Oktober 31, 2024

mampu ke aku tukar kepala paip

Di Telaga Bata pagi ni. 

Kepala paip patah, air memancut keluar. Ma tanya aku, boleh ke repair. Sebenarnya oleh je aku tukar kalau cukup peralatan. 

Aku cuba tukar, namun gagal kerana sambungan paip yang terlalu pendek. Akhirnya kerja disiapkan oleh abah. Agak kepenatan.

Rabu, Oktober 30, 2024

Gerak balik ke Kelantan

Sempena cuti Deepavali, balik kampung sekejap jenguk orang tuaku. Lama tak balik. 

Dalam 8 lebih baru keluar dari rumah. 9 lebih juga gerak lepas sarapan lagi. 

Yang bestnya hari ni tol free. Mujur gak highway tak jem. Ramai kerja lagi kot, dan tak sambung cuti. 

GMI hari ni kerja half day jadi aku apply je la cuti.
By the way, pewangi kereta oleh X Men ni memang stylo dan best.

Sampai di Machang aku cuba masuk ke jalan dalam untuk ke rumah Kak Ti, jiran lama aku dulu. Rupanya dia belum balik lagi dan masih di sekolah. Kami pun pergi cari sekolah tersebut iaitu SK Hamzah 1.

Selasa, Oktober 29, 2024

kurang sihat


Bro Naz cuti lagi hari ni. 

Masih ada sisa serangan asma sebelah malam tadi membawa ke siang. Bersin dan batuk. Aku cuba merehatkan diri. Nak naik satu level pun tak berapa larat. Tunggu lift je la. 

Lepas makan tengahari aku layan ubat tekak yang berangin. Sedap juga tapi tak jalan sangat la, sebab aku bukan batuk biasa. 

Keadaan agak teruk dan ketara hingga merisaukan rakan seperlatihan Mai dan Sam.

5 30 aku terus gerak balik. Tak larat nak sparring dengan Lan.

Singgah ambik barang shopee dan beli susu pekat manis di speedmart. 

Isnin, Oktober 28, 2024

masih asma

Bro N cuti hari ni sebab hantar KAk Z ke KPJ. 
Petang aku training macam biasa, walaupun ada sedikit semput. 

Malam lelah. Siang lelah.

Masih mampu melayan game dengan Lan sehingga 7 ke 8 set. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.