Khamis, November 07, 2024

asma terkawal

Malam tadi 2 kali neb sebelum tidur dan 2 kali waktu dinihari.

Petang ada sedikit semput tapi masih terkawal. Nafas ada bunyi sikit. Kepala sakit sikit. 

Harap alat bantuan senaman nafas cepat dapat. 

Balik agak lewat harini, dengan sedikit pertambahan pemain iaitu suami Mai. 

German dilanda krisis. Menteri Kewangan dipecat. Sokongan terhadap kerajaan ditarik.

 

Rabu, November 06, 2024

kehujanan basah lencun

Hujan lebat dari rumah lagi. Pakai baju bujan dan redah. 

Sampai tempat kerja habis phone basah, dan jem. Kasut, seluar semua basah kau kau. Nasib baik ada seluar trek boleh buat salin. 

Jibble lewat juga sebab dia jem dan aku ingat data yang pagi 830 jibble dah masuk, rupanya jem.

Petang Bi ajak ke Evo. Semput on the way ke Evo. Bi beli neb di Farmasi baru dalam Evo.

Hari ni juga sah Donald Trump di pilih semula sebagai POTUS ke 47.

Selasa, November 05, 2024

layan nasi lemak dengan Saiful n co

Pagi ada lagi sisa semput malam tadi. Muka sembam dan serabai tak sempat nak shave.

Dekat kol 10 aku turun layan nasi lemak dengan Saiful dan rakan2. 

Neb malam tadi pakai inhaler lama. Pagi2 kepala weng sikit la. Memang sakit kepala. Kesan ambil neb. 

Kena pula espresso double shot. 

Tengahari Rahmat datang pun aku lentok je nak terlelap. Dia ajak Naz makan t hari.

Bi wasap beritahu dia sudah berjaya lulus lesen kereta hari ni.

Dengan Lan tewas banyak kali, cuma last je ada sikit ubat. 

Balik singgah rumah Iza untuk berikan barang yang ma kirim kepada Cah. 

Isnin, November 04, 2024

masa pantas berlalu

Kerja isnin selepas bercuti. Masa serasa berlalu begitu pantas. Mungkin kerana fikiranku yang belum begitu jelas. 

Bi pergi belajar kereta sebelum test esok.

Petang turun dekat 530 layan pingpong dengan Lan. Agak seimbang. 

Tak sempat lagi nak beri kurma dekat Cah. 

Ahad, November 03, 2024

Gerak balik ke Kajang

Pagi 2 lepas makan sikit, kami terus gerak. Aku makan sikit sebab semalam aku semput tak jumpa neb, pagi baru jumpa neb dalam kereta rupanya. Penat sikit badan dan tak kuat nak makan banyak. 

Dalam 8 15 sampai di Petronas Rantau Panjang. Isi sekali je, dah ada 2 bar. 

Lepas layan beratur lampu isyarat, dalam 2 15 petang sampai Raub, rumah adik ipar aku B. 
Lepak Raub dulu sampai asar. 
Berenti lagi sekali di Genting Sempah. 
Berenti jap di Gua Musang, makan dan minum sikit. Firas macam biasa order tealive

Sabtu, November 02, 2024

ke Sri Tanjung, pulau di Tumpat

Berbaloi naik bot dari jeti Kok Majid ke Pulau Sri Tanjung. Ni hasil dia. Nasi kerabu with a view. 


Jumaat, November 01, 2024

Solat jumaat di masjid sultan Mansor, KB

Sarapan pagi di Din Tokyo. Nasi berlauk dan roti titab. Lepas sarapan terus ke medan ilmu. Ma kirim beli buah kurma ajwa. Sebotol rm 71 yang dalam botol. 
Kuliah sessi ke 2 disampaikan oleh Dato Dr Zulkifli Al Bakri. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.