Khamis, November 28, 2024

gerak ke Bukit Mertajam

Ngam ngam sebelum gerak sempat dapat getah yang aku order. Mulanya risau juga sebab hujan renyai2 dan update dari Shopee agak slow. 

Aku siap dah turun bawah baru rider sampai. Simpan dalam beg dan terus gerak naik grab ke Kajang MRT.

Naik ets ke BM pukul 815 malam di KL central.  

Makan dalam tren kena bayar pakai tunai, nasib baik lagi, ada juga bawa duit cash sikit. Panas betul nasinya sampai nak meletup lidah. Sampai stesen KTM Bukit Mertajam sekitar 12 am lebih.

Naik grab pula untuk ke hotel. Bilik single di 7 hotel. 

Rabu, November 27, 2024

mendung tak bereti hujan

Kelantan dah mula banjir. Kat sini selalu mendung. Pagi pagi dah mendung gelap. Hujan ada la sikit. Sempat lagi aku sampai sebelum basah.
Tapi petang memang lebat, basah habis. Mee pun basah. Mujur tak demam je. Tapi pedih gak la hidung. 

Selasa, November 26, 2024

mission complete

Alhamdulillah hari ni segala urusan selesai dengan jaya. 
Aku dah tak mau fikir lagi. Penat sudah beberapa minggu ni berfikir secara mendalam. Aku mahu berehat seketika. 
Hanya bersyukur ke hadrat Ilahi. 
Segalanya ku terima.
Next misi cari getah DHS pula. 

Isnin, November 25, 2024

hasrat tercapai

Wish granted. Early in the morning I got e-mail which I did not dare to open.

At 10 went for tesla ride with bro Naz. 

Still some task need to be completed. Went to office to get the official stamp. Need to wait for some more time. 

Ahad, November 24, 2024

jom balik

Selesai sudah satu perjuangan. Dapat satu game saja terus KO. Round of 16.
Nama pun KO stage kan. 

Kalah dengan Afiq yang seiras legend ZUL p8. Dia kata kerja se ofis dengan Zul. Wow pelik benar kan kebetulan ni. Apapun aku belajar sesuatu. Variasi serve dan standby 3rd ball. Create not wait. 

Lepas layan milo puas puas, kami gerak ke Pavillion Bukit Jalil.

Bi belanja nasi di sukiya. 

Sabtu, November 23, 2024

kbs masters

Perjuangan bermula.

Grup 5 orang tapi 2 tak hadir. 
Menang 2 game terus jadi juara grup. 
Esok pulak KO stage.

Ok lah, dapat juga stroke dengan kapten aku dan bergambar dengan manager TTAM. 

Jumaat, November 22, 2024

datang lagi

Sangka ku jumaat mungkin ada. Pun tak ada juga. Aku hampir putus asa. Tinggal satu lagi cara terakhir. Terpaksa tulis email nampaknya. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.