Ngam ngam sebelum gerak sempat dapat getah yang aku order. Mulanya risau juga sebab hujan renyai2 dan update dari Shopee agak slow.
Aku siap dah turun bawah baru rider sampai. Simpan dalam beg dan terus gerak naik grab ke Kajang MRT.
Naik ets ke BM pukul 815 malam di KL central.
Makan dalam tren kena bayar pakai tunai, nasib baik lagi, ada juga bawa duit cash sikit. Panas betul nasinya sampai nak meletup lidah. Sampai stesen KTM Bukit Mertajam sekitar 12 am lebih.
Naik grab pula untuk ke hotel. Bilik single di 7 hotel.
Selesai sudah satu perjuangan. Dapat satu game saja terus KO. Round of 16.
Nama pun KO stage kan.
Kalah dengan Afiq yang seiras legend ZUL p8. Dia kata kerja se ofis dengan Zul. Wow pelik benar kan kebetulan ni. Apapun aku belajar sesuatu. Variasi serve dan standby 3rd ball. Create not wait.
Lepas layan milo puas puas, kami gerak ke Pavillion Bukit Jalil.
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas.
Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri.
Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold.
Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri.
Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.