Masih di Gerong. Pagi ni tak keluar macam selalu. Pagi beli nasi bungkus bawa makan di rumah.
Pak Muda datang nak sambung kerja
meracun rumput yang tergendala disebabkan hujan.
Aktiviti kami tidur je sampai zuhur atas tilam
mobi.
Petang baru keluar ke KB, ke kedai viral di Kuala Besar. Bi yang rekomen, aku bawa je. Boleh tahan kedai ni orang ramai dan makanan sedap juga. Berbaloi la tunggu.
Lepas asar singgah dobi di depan dewan cakna. Plan nak join pingpong tapi badan lemau dan semangat nak main jadi kendur bila dewan seakan berkunci. Sebenarnya mereka memang tutup sebab tak mau gangguan je. Tak kunci pun.
Lepas maghrib terus ke Telaga Bata jumpa ma dan abah yang baru sampai Sungai Buloh.