Selasa, April 08, 2025

hari pertama kerja, pelik juga

Sepanjang di Kelantan aku bebas dari asma. Serius aku tak sentuh langsung ventolin (ubat asma). 

Kat sini terus dia jadi. Terpaksa juga aku ambik neb

Dalam pukul 11 lebih Bos panggil susun kerusi meja di Level 7. Dalam 12 lebih juga baru siap. 

Menang 2 1 dengan P

Isnin, April 07, 2025

rehat di rumah

Rehat tu maknanya tidur la.

Bangun tido aku try start motor tak boleh. Terlampau sejuk seminggu lebih tersadai. Cuba banyak kali kepenatan. Terpaksa tolak ke bengkel. Nasib baik ada budak2 tolong tunda. 

Tengahari baru gi GMI. TTO terkejut sebab aku cuti tapi datang.

Kebetulan jumpa Syed Mizi dia nak suruh ajar cara beli emas. Terus beli 2 gram.

Ahad, April 06, 2025

2 47 pm approaching Raub

Lepas sarapan kami gerak. Ma belikan nasi berlauk. Aku bawa 1 lagi buat bekal. Aku habiskan di RNR Gua Musang. 

Dari situ gerak ke Raub. 

Berenti solat dulu di masjid Tengku Abdullah, Kg Gali Raub. Lepas solat dah dekat nak masuk highway. Aku risau minyak sebab jalan depan ni akan mula jem. 

Berenti di BP selepas tol Karak. Ikut kiraan minyak masih cukup tapi cuak juga sebab dah nampak jem ke depan nanti. 

Lepas tol Karak memang bersusun kereta. Nasib baik la masih gerak walau pun perlahan. 

Lepas tu terus je sampai Metro Point Kajang. Lepas Gombak dah ok sikit. 

Makan dan solat dulu di Metro Point Kajang. Baru balik rumah. 

Sabtu, April 05, 2025

hantar Fan ke sekolah

Hari ni tak keluar sarapan macam selalu, aku sorang je keluar cari sarapan tapau. Kedai biasa belum buka. Lajak sampai Palekbang juga cari nasi. Tapi ok la, nasi sedap. 

Lepas makan pagi tu tidur sampai zuhur.

Balik rumah ma lepas singgah rumah abg Pi di Kok Majid. Dah sunyi rumah ma bila semua adik adik ku dah balik ke sarang masing2.

Jumaat, April 04, 2025

jom dengar ceramah di medan ilmu

Pertama kali sarapan di Kopitiam Seri Cemerlang Kota Bharu. Agak cemerlang juga sarapan sini. Vibe dia ok je, orang tak ramai macam Kita kopitiam jadi cool je. Makanan pun not bad la.

Medan ilmu cuti hari ni, sempena minggu Raya.

Lepas sarapan berdobi dan lepas dobi ke Mydin Tunjong. Ada dealer buat PG kat kawasan ATM, nampak ok gak. Aku kena buat macam mereka. 
Layan kopi saigon di Mydin. 

Solat Jumaat di masjid Sultan Mansor Lembah Sireh. Lepas jumaat terus balik ke rumah abah.

Cik ti dan Jiji dah gerak balik. Tinggal kama je. 

Khamis, April 03, 2025

masih beraya lagi ke

Semua dah jumpa semalam, kecuali Nizam sebab dia keluar. 

Sarapan pagi di Kita Kopitiam. Kita kopitiam ni ramai orang tapi kami layan je beratur. Dapat meja depan sekali pulak tu. Terlebih meriah la.
Rupanya dia tutup setiap hari rabu.
Plan hari ni nak raya rumah Cikgu Naimah tapi Cikgu Naimah dah naik Semenyih. 

Rabu, April 02, 2025

raya ke 3

Jalan2 cari makan di Kota Bharu. Hujan renyai2 pagi ni.

Kedai ada tapi biasala baru raya ke 3, staff tak ramai lagi masuk.

Nasken Coffee Pengkalan Chepa buka lewat. 
White house, tutup. 
Din Tokyo, tutup. 
White Coffee, tutup. 
Kopitiam kita, tutup. 

Ayang Cafe buka, tapi overcrowded. Air hujan pun siap masuk dalam kedai la. Kami beli bungkus je.

Singgah dobi dulu sebelum makan. Hujan semakin lebat. Lebat juga sampai risau air dah meninggi. 

Pergi aeon KB makan kat sana. Lepas tu ke Ketereh rumah kawan B, ekin. Jauh juga dalam 20 km.

Dari Ketereh balik ke rumah ma, makan nasi dulu. Semua dah sampai. Kama, Jiji dan Ti. Nizam je keluar tak balik2 lagi. 

Malam gerak balik Gerong. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.