Sabtu, April 19, 2025

hidung pedih

Hanya yang lalui akan faham. 
Sakitnya. 
Seksanya.
Aku telan ubat selsema yang mengantuk.
Lepas zuhur keluar open house shima di sekamat. 
Dari sekamat terus ke evo. 
Sampai evo lepas asar semput. 

Jumaat, April 18, 2025

semput selepas subuh

Terbalik pulak. Biasa sebelum subuh semput. Ini selepas la pulak. Ubat semalam bertahan lama, tapi itulah waktu asma aku kacau pulak timing dia. 

Hari ni kerja logistik di L 11 lab akan launching next week. Mujur lah larat juga walaupun agak berat kerusi. 

Petang gelap nak hujan. Masa nak gerak balik hujan dah reda. 

Khamis, April 17, 2025

semput teruk

Malam sampai dinihari, membawa ke pagi.
Suspek utama : Yogurt Anlene. Aku beli lepas hantar B ke klinik. Kenapa aku tak pernah serik? Kali ni aku insaf. Tapi aku selalu lupa. 

Rabu, April 16, 2025

jamuan raya technician

Jamuan Raya sesama kita. Kecil kecilan saja. Semua ada kecuali Amad saja. Anaknya tak sihat.
Kak M ada walaupun puasa. Topek ada. Saiful ada. Kak Lin pun ada, siap ambikkan gambar kami. 
Makanan sederhana tapi baik.
Petang turun gelanggan, P ada L ada. 

Selasa, April 15, 2025

malam batuk teruk

Batuk teruk malam tadi. Tak boleh tidur dah dari dinihari.

Siapkan e filing 2024. Berasingan antara aku dengan B. Aku 0. B lebihan dalam 50 lebih sebab dia beri sumbangan kepada MAKNA.

Last time ye beli Tao Bin.

Singgah beli air untuk jamuan esok. 

Isnin, April 14, 2025

batuk pula

Pagi hujan gerimis.
Buat kerja ganti diode. Banyak lagi kena buat. Sambung esok la. 
Petang batuk melanda. Semput juga. Boleh layan sikit2 la game. 

Ahad, April 13, 2025

fail as ever

Gagal waktu pagi. Gagal bangun dan move on.
Reason: malam tadi aku batuk teruk waktu dinihari. Dan tak dapat tidur.

Jadi lepas subuh aku memang kepenatan yang amat dan tak larat nak menapak ke KL awal pagi. Walaupun dah bayar 25 untuk boot camp. 
Redup sampai ke petang. 
Hidung pedih teramat. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.