Isnin, Ogos 11, 2025
Ahad, Ogos 10, 2025
penat
Plan asal nak ke pasar karat Tokyo. Tapi hujan lebat juga. Sampai sana tapi tak ada orang. Jaket windbteaker Mizuno sangat function.
Rasanya tak jadi buka pasar karat dalam hujan lebat begitu. Otak penat sampai aku pergi lepas phone.
Terus aku plan ke Masjid Yokohama. Sampai dari stesen area Yokohama, aku agak kaget sebab pertama kali.
Berjalan dekat 2 km dalam hujan, kemudian 1 km lebih dalam hutan taman pulak lepas Zuhur aku plan nak ke Buntai pula kot ada tiket.
Tapi betul la, semua tiket sold out.
Sabtu, Ogos 09, 2025
sampai di buntai Yokohama
Layan WTT Yokohama sampai muntah. Sampai awal tapi beratur panjang juga.
Nasib baik proses dia smooth jer.
Agak sukar awalnya tapi dapat juga cari kerusi, sebelah budak solo juga.
Time nak balik aku boleh nampak stadium Yokohama, stadium legend tu kat Yokohama.
Jaket Mizuno sangat function.
Jumaat, Ogos 08, 2025
jumaat di shinkoiwa
Mandi dan solat subuh dalam cabin. Lepas subuh terus pack barang.
Dah siap pack dan nak gerak keluar, nampak ada kopi free. Jadi layan dulu minum kopi percuma First Cabin. Ok gak.
Lepas check out dari First Cabin aku terus menuju ke Masjid Shinkoiwa. Kena pula hari ni jumaat aku memang niat nak solat jumaat kat masjid Shinkoiwa.
Alhamdulillah sempat sampai awal sebelum khutbah. Walaupun ada sedikit masalah nak cari stesen sebab dah lama tak datang Tokyo dan baru nak catch up balik sistem keretapi kat sini.
Imam menyeru supaya menderma sebab esok mereka nak beli tanah dan rumah kawasan sebelah masjid untuk membolehkan mereka besarkan masjid. Mampu derma 1000 yen, Alhamdulillah
Baju kimono ada offer pula 999 yen. Terus pasang niat nak beli.
Khamis, Ogos 07, 2025
gerak pagi ni
Aku ke sekolah dahulu beritahu Bi aku nak berangkat. Betul2 short notice ni. Macam on the spot notice je.
Bertolak dari KLIA 2.
Flight berstatus "on time". Aku terpaksa masuk awal ke gate dalam 1 10 dengan belum zuhur walaupun sikit lagi nak masuk. Rasa terkilan juga sebab surau dekat juga dengan gate.
Flight bergerak ke Tokyo dan di jangka sampai malam. Aku tak ada tempat nak solat. Ruang dalam flight juga terlalu sempit dan aku berada paling tengah. Baris tengah dan kerusi tengah.
Di apit pula oleh dua budak Jepun yang buat hal mereka sendiri. Aku hanya bangun sekali saja untuk ke toilet.
Seorang pramugara India tegur aku, "datang dengan group ke?" Dia terkejut bila aku beritahu datang seorang je.
Sampai di Tokyo check out berlaku lancar dengan sedikit saja masalah.
Dari terminal 3 aku beli suica card dan terus ke terminal 1 dengan monorail. Aku menginap dulu di First Cabin untuk merehatkan badan.
Sebenarnya nak gerak malam ni rasa cuak dan penat juga. First Cabin agak kecil dan aku terpaksa solat di atas katil saja. Dalam kos perjalanan aku, first cabin antara yang paling banyak makan duit.
Rabu, Ogos 06, 2025
Selasa, Ogos 05, 2025
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.