Isnin, Ogos 10, 2026

last day @sumiyoshi

Hari ni tak buat apa. Kemas2 nak balik saja. Pagi berdobi. Lepas dobi minum kopi. 

Plan nak spend masa di Library Toyosu sebelum gerak ke airport petang nanti. Dari library aku terus ke airport. 
Sampai awal sempat lagi solat maghrib dan Isyak. Malam aku habiskan duit Yen dalam kad suica. 
Alhamdulillah dalam flight dapat tidur lena. 


Ahad, Ogos 09, 2026

ahad.

Lepak minum kopi. Hari ni tak ada apa aktiviti rasmi dah, acara bebas.

Jadi aku ke Pasar Karat Tokyo di kawasan Lumba Kuda Oi. Kali ni sampai dalam keadaan ok dan ia buka. Tahun lepas hujan dan tak ada orang.

Memang besar dan tak larat layan semua. Apatah lagi aku sampai dah nak tengahari. Dia tutup pukul 2 lebih. 

Dapat kasut Nike dan jam cincin untuk Bi. 

Sabtu, Ogos 08, 2026

ke Yokohama second itenary

Lepas habis di Buntai aku ke World Porters sebab situ ada tempat solat di Level 6. Kena minta code dari kaunter informasi.

Ada perpustakaan juga dekat bangunan JICA berdekatan World Porters.

Kawasan pelabuhan Yokohama ni menarik juga kalau datang bersama keluarga. 

Jumaat, Ogos 07, 2026

jumaat di Masjid Kinsico

Pagi aku ke Toyosu, naik bas cari library. Cantik tempat dia tapi tak sempat lepak lama sebab nak ke masjid jauh juga ni. 

Dari Toyosu naik tren ke Kinsicho. 
Mulanya ingat tak ada orang, rupanya aku awal. Sekali nak solat jumaat hampir tak muat masjidnya. 

Lepas jumaat ingat nak menapak cari kedai makan, sekali jemaah siap beri nasi briyani siap lauk lagi. 

Aku makan dekat perpustakaan Koto di Toyo, sebelum membaca dan duduk sampai petang. Perpustakaan ni kecil sikit berbanding yang di Toyosu. Tapi dia punya koleksi Agatha Christie memang gila ah. 

Khamis, Ogos 06, 2026

nasi lemak depan sungai Kanda

Sebelum ke Yokohama, singgah di Malay Village versi tepi sungai Kanda. Tak macam tahun lepas bawah hotel APA. 
Ini laidback sikit dengan makcik2 ramai lepak. 
Ok juga sarapan sini. 

Rabu, Ogos 05, 2026

di masjid Shinkoiwa

Tetap ke Shinkoiwa macam biasa walaupun bukan hari jumaat. 

Cari masjid Shinkoiwa dan layan pasar Shinkoiwa. 

Lepas solat jamak aku lepak je masjid. Tak ada orang pun, jadi boleh la baring sikit. 

Sambil menunggu nak masuk KS dalam pukul 4.

Singgah life beli beberapa barang. 

Selasa, Ogos 04, 2026

leaving today

Hope everything will be fine. 
I know I'm full of weakness, but really I tried my best.

Sampai Haneda sepatutnya cari Kekyu Line tapi terus gamble ambik Monorail, sekali salah arah da. Monorail dia jauh sikit. 

Sampai Tenkubashi agak gelap dan sunyi teruk. Aku risau anjing je. Sayup sayup je dia menyalak. Tapi ok dapat juga sampai.

Check in di Plate Hostel pun nasib baik senang, kebetulan ada orang lagi. Perut memang lapar tapi malas dah nak keluar walaupun Family Mart dekat je. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.