Sabtu, Ogos 22, 2026

rambut ku menipis

Hantar Firas ke Bandar Tek. 
Bawa Irfan ambil gambar. Lepak EVO sampai Firas siap dalam kol 3.

Khamis, Ogos 20, 2026

Di klinik

Bawa Irfan buat medical check up. Settle satu satu. Lepas ni kena ambil foto pula. 

Rabu, Ogos 19, 2026

Selasa, Ogos 11, 2026

sampai Malaysia

Alhamdulillah sampai sempat subuh di surau KLIA.
Terus ke Putrajaya dengan tren KLIA transit. 

Dari Putrajaya panggil Grab, terus ke Kajang. Kena 30 lebih juga. Abang Grab banyak kali tanya aku dari mana. Akhirnya beritahu oversea je. 

Sempat masuk kerja lepas kelam kabut mandi. Pakai baju tak bergosok. Kulit gatal teruk. 

Isnin, Ogos 10, 2026

last day @sumiyoshi

Hari ni tak buat apa. Kemas2 nak balik saja. Pagi berdobi. Lepas dobi minum kopi. 

Plan nak spend masa di Library Toyosu sebelum gerak ke airport petang nanti. Dari library aku terus ke airport. 
Sampai awal sempat lagi solat maghrib dan Isyak. Malam aku habiskan duit Yen dalam kad suica. 
Alhamdulillah dalam flight dapat tidur lena. 


Ahad, Ogos 09, 2026

ahad.

Lepak minum kopi. Hari ni tak ada apa aktiviti rasmi dah, acara bebas.

Jadi aku ke Pasar Karat Tokyo di kawasan Lumba Kuda Oi. Kali ni sampai dalam keadaan ok dan ia buka. Tahun lepas hujan dan tak ada orang.

Memang besar dan tak larat layan semua. Apatah lagi aku sampai dah nak tengahari. Dia tutup pukul 2 lebih. 

Dapat kasut Nike dan jam cincin untuk Bi. 

Sabtu, Ogos 08, 2026

ke Yokohama second itenary

Lepas habis di Buntai aku ke World Porters sebab situ ada tempat solat di Level 6. Kena minta code dari kaunter informasi.

Ada perpustakaan juga dekat bangunan JICA berdekatan World Porters.

Kawasan pelabuhan Yokohama ni menarik juga kalau datang bersama keluarga. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.