Selasa, April 01, 2008

Rahsia menjadi seorang jutawan

Anda ada cita-cita mahu jadi jutawan? Tahniah, itulah langkah pertama untuk menjadi jutawan, iaitu memasang niat. Tanpa niat semua kerja tak akan jadi.

Apakah rahsia untuk berjaya dalam hidup? Rahsia untuk menjadi jutawan. Pasang niat, kemudian usaha dan buat apa yang perlu untuk jadi jutawan. Cari duit dan simpan duit . Itu saja. Jangan berhutang dengan riba. Sebenarnya tidak ada apa rahsia sangat pun. Semua pun tahu. Tapi ramai tak kaya? Tahu tapi tak amal?

Ramai orang bercita cita untuk menjadi jutawan. Namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ada suatu pepatah lama yang mengatakan, "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Ternyata ianya adalah amat tepat sekali.

Tuan tuan sekalian, RM 1 Juta adalah nilai yang banyak. Amat2 banyak sekali. Dan untuk orang biasa, untuk mengumpulnya adalah misi yang biasanya hampir mustahil seumur hidup mereka. Tapi ada yang berjaya setelah berusaha sepenuh daya.


Berikut saya ingin berkongsi 5 kunci menjadi jutawan berdasarkan apa yang ditulis oleh Azizi Ali dalam bukunya yang mahal itu, yang telah habis saya baca. 

1. MINDA dan FIKIRAN yang hebat - Fikiran membentuk tindakan. Apa yang anda fikir, itulah yang anda akan dapat! Anda fikir anda akan berjaya, anda sudah hampir berjaya! Fikirlah secara positif, dan fokus matlamat anda. Kenapa mahu kaya? Anda kena bebas, kena percaya, kena yakin, kena tajam, kena ligat. Kalau percaya dengan diri baru boleh berjaya. Amalkan selalu sikap minda positif. Apa yang anda fikir, itulah yang akan terjadi. Fikiran membentuk masa depan. Berfikirlah secara positif. Anda akan dapat apa sahaja yang anda mahu. 

2. PERLU BERSIKAP EKSTREM - Perlu usaha lebih sikit. Anda kena melampaui batas sedikit. Maksudnya kena buat lebih dari orang biasa biasa. Kena usaha betul betul. Baru dapat lebih. RM 3 ribu lebih menyimpan setiap bulan adalah ekstrem. Berusaha dengan tekad untuk berjaya, baru menempuh jalan susah tak mengeluh, bukannya tercari cari skim cepat kaya atau skim loteri yang terbaru di pasaran. 

3. Tetapkan IMPIAN atau MATLAMAT- Apa matlamat anda? Kaya sampai macam mana? Nak berapa juta? Jangan ketawakan impian sendiri, anda kena percaya pada apa yang anda impikan, dan ikut serta buat seperti yang di rancang. Berusaha sepenuh daya. Jangan mudah mengalah. Buat rancangan perniagaan dan ikut. Belajar dari orang-orang yang telah berjaya. 

4. MENJALANKAN PERNIAGAAN- Nak jadi jutawan kena berniaga bang! Itu je jalannya. Tidak ada pelan B. Jangan harap makan gaji saja, makan gaji sampai bila? - Perkara ini nampak remeh dan biasa seakan semua orang pun tahu. Tapi bukan semua orang buat! Hadis nabi pun ada kata 1/9 rezeki adalah dari perniagaan. Berniaga adalah punca duit. Makan gaji ada batas, tapi berniaga tak ada batas. Buat perniagaan online contohnya tak perlu berhenti kerja pun. Boleh buat secara sambilan. 

5. APA MAKNA KEHIDUPAN? - Kalau kaya confirm bahagia ke? Tak ada kan? Kita kena hidup, hidup gembira dan tenang. Wang boleh beli hampir semua benda, tapi hidup ni tak boleh dinilai dengan duit. Duit hanya sekeping kertas sahaja. Maka kalau suatu hari nanti anda menjadi jutawan, jangan lupa memberi pada yang perlu. Carilah makna kehidupan anda. Duit bukan boleh beli segalanya, namun duit tetap perlu ada untuk hidup. Berusahalah dan janganlah putus asa. 

Itulah 5 langkah untuk menjadi jutawan. Jutawan yang tahu harga budi dan jasa. Jutawan yang tahu di untung. Dunia akan binasa, tapi hidup perlu terus! Jangan beri alasan!


Sekian, selamat berusaha menjadi jutawan. Jangan sesekali mengalah. Biarkan obor impian untuk menjadi jutawan terus menyala, walau apa jua rintangan yang datang! 

Jumpa anda di puncak kejayaan!!! 

Isnin, Mac 31, 2008

Perniagaan Internet NO 1 Malaysia


Berniaga adalah usaha yang baik untuk bebas dari cegkaman makan gaji. Makan gaji ni seronok juga tapi ada satu je yang tak seronok. Tiada kebebasan. Kena ikut peraturan. Semua ni bukan tak bagus, tapi entahlah, saya bosan hidup sebegini. Bosan tapi macam tulah, masih buat benda sama. 

Saya masih makan gaji dan mungkin akan makan gaji dalam tempoh yang lama. Sejak dari tahu 2000 saya dah kerja makan gaji di Toshiba. Sampai tahun 2013 (Toshiba pun kena jual) pun masih makan gaji. 13 tahun.

Sambil makan gaji saya cuba berniaga. Nasib baik saya jumpa bio-asli. Boleh juga berniaga secara sambilan walaupun makan gaji. Jadi saya mahu berkongsi peluang ini dengan anda. 

Masihkah anda mencari-cari syarikat yang hebat untuk disertai? 
Mahukah anda menjadi seorang usahawan secara online? 
Kini saya ada jawapannya. 

Ramai orang menyimpan impian hebat untuk menjadi usahawan, namun terhalang oleh faktor modal dan juga kekurangan ilmu dan pendedahan kepada dunia keusahawanan. Akibatnya, impian hanya tinggal impian sahaja dan kebanyakannya terus bekerja makan gaji walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga sepanjang usia terbaik dalam hidup kita. Gaji anda mungkin cukup, tapi tiada kebebasan dalam hidup.

Kini ada teknologi internet sudah berkembang pesat sekali, maka peluang untuk menjadi usahawan terbuka pada sesiapa yang kental dan berjiwa usahawan. Nak jadi usahawan internet tak semestinya kena berhenti kerja makan gaji. Inilah cara dan peluang terbaik untuk anda menjadi usahawan. Modal kecil tapi berpotensi besar.

Peluang untuk membuat online MLM dan menjadi usahawan berjaya kini terbuka luas. Rebutlah peluang berniaga yang simple tapi berpotensi menjadi lumayan. Kalau MLM biasa anda kena meeting dan cari downline secara face to face, kini anda boleh lakukan dari depan komputer anda sahaja. Mudah dan praktikal. Boleh cari downline serata Malaysia.

Kepada suri rumah, pelajar, pekerja kerajaan, pekerja swasta, penganggur, warga tua yang pencen dan semua rakyat Malaysia, jom kita menjadi usahawan, buat perniagaan online internet terhebat iaitu


BIO-ASLI.

Cuma buat jer ikut step by step. Inilah MLM yang paling mudah dan berbaloi. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Bonusnya amat lumayan, nak tengok? 


Produk BIO ASLI adalah sangat bagus untuk kesihatan. Berbaloi sangat kalau pakai..Puas hati..

Produk2 kesihatan berasaskan Kelapa Dara. Amalan pemakanan yang baik boleh mencegah penyakit2 jantung dan stroke. Kelapa dara adalah anugerah alam yang sangat berkhasiat. Suami perkasa isteri pun anggun. Kalau sungguh sungguh boleh jadi jutawan!

Syarikat BIO ASLI bakal mengegar pasaran Malaysia dan seantero nusantara. Jadi, jangan berlengah lagi.

Sertailah syarikat BIO ASLI hari ini

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Selamat Maju Jaya, Ikhlas dari.

Ahmad Sadli
Ahli dan usahawan online:
Desaku BIO ASLI
Maju Marketing
(SA0012702-A)
NO 1 Bangunan IKS, Tmn Seri Nakhoda
45200 Sabak Bernam Selangor Malaysia

Ahad, Januari 27, 2008

Cara nak jadi kaya raya.


Boleh dikatakan semua orang bercita-cita nak jadi kaya dan hidup senang. Itulah lumrah kehidupan. Hampir semua orang juga ada cita-cita nak hidup bebas dan senang lenang dengan duit dan harta yang melimpah ruah. Memiliki rumah banglo besar, ladang sendiri dan kereta yang berjenama bagus lagi gah. Hidup bebas. Bebas dari segi masa.

Kita kena insaf, bukan senang mahu dapat kesenangan dan kekayaan. Juga bukan susah mahu susah. Itulah hukum kehidupan. Tak salah mengejar kekayaan tapi jangan sampai lupa diri. Fikir dulu niat kenapa nak jadi kaya? Apa definasi kaya? Berapa banyak harta perlu ada baru dipanggil orang kaya? Kaya yang sebenar bukanlah kaya harta, tapi kaya jiwa.

Rezeki dan jodoh pertemuan semuanya sudah tertulis. Tidak terlebih dan terkurang. Tapi kita mestilah berusaha. Mari kita sama-sama belajar bagaimana mahu jadi kaya. Ada macam-macam cara nak jadi kaya. Ada cara baik, ada cara jahat. Ada cara mulia ada cara hina. Ada yang beruntung dah lahir memang kaya. Ada yang berusaha mati-mati tapi tak juga jadi kaya. Apa yang tak kena?

Jodoh pertemuan dan rezeki adalah ketentuan dari tuhan. Tapi tuhan suruh kita berusaha. Kalau nak jadi kaya, berusahalah cari duit dan kumpul harta. Contohnya, ada yang kahwin dengan mak janda kaya, terus jadi kaya. Ha nampak, senang kan nak jadi kaya? Nampak senang tapi kalau tak usaha megurat mak janda tadi memang tak jadi.

Untuk jadi kaya dengan berkat kita tentulah mahu cara yang baik, contohnya dengan berniaga dan menyimpan duit. Berniaga perniagaan yang halal dan jujur. Barulah berkat dan hati tenang. Kaya tapi hati resah gelisah buat apa? Jadi jangan makan rasuah untuk kaya.

Cara nak kaya macam mana sebenarnya? Usahalah bersungguh-sungguh di jalan yang betul dan mengikut lunas perundangan. Usahalah gila-gila, mati-mati. Itu saja. Rajin bersedekah agar ada bantuan ajaib dari langit.

Tengoklah apa orang kaya buat dan tirulah apa mereka buat! Makan gaji pun boleh kaya, tapi janganlah asyik puas hati dengan makan gaji saja. Kalau harap makan gaji, sampai ke tua pun susah nak kaya. Kalau anda simpan RM seribu sebulan, selama 30 tahun tanpa miss walau satu bulan,(tidak melaburkan di mana-mana), tahukah anda jumlah terkumpul itu tidak sampai pun setengah juta?

Boleh dikatakan kalau macam tu, kalau anda makan gaji, hampir mustahil anda akan kaya, kecuali anda simpan duit gila-gila dan mati-mati. Jadi, apakah langkah-langkah yang betul untuk menjadi kaya?

Pertama sekali anda kena ada masa yang banyak dilaburkan. Benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kalau tak percaya cuba letak RM 10 ribu dalam akaun ASB. Dalam masa 10 tahun, kalau anda tak usik berapa anda ada? Kalau anda ada masa selama seratus tahun bagaimana? Tentu boleh jadi jutawan kan? Tapi bukan semua orang ada masa yang banyak macam tu. Paling kuat pun 30 tahun, jadi anda kenalah simpan lebih sikit, itu saja. Kenapa saya cakap macam tu?, sebab kita pun tak mau lah asyik simpan jer tanpa menuai hasil. Tapi tuai hasil bila tiba masanya, bukan dengan berjoli masa muda. Bila dah tua apa hasil yang ada?

ASB tu baru untung 7-8 % sahaja setahun. Ada dana yang mampu beri 10- 15 % pun setahun, tapi kita macam malas berusaha nak cari. Kita tahu, sedar dan ada ilmu, tapi malas nak bertindak, suka tunggu dan lihat.

Public Mutual adalah contoh pelaburan yang baik. Pulangan lumayan jika tahu menguruskan risiko pelaburan. Insuran juga bagus untuk melabur. Ia mendisiplinkan diri sebab duitnya susah nak keluar, tak macam ASB.

Kalau nak kaya, tentukan matlamat berapa duit anda nak kumpul dan kemudian usahalah. Dengan adanya matlamat barulah kita akan berusaha denga jelas. Usaha kena ada. Cara kena betul. Sistem kena ada. Bukan hanya berangan angan kosong. Cari jalan dan buat. Fikir.

Bukan sehari dua boleh terus jadi kaya. Kita kenalah buat sesuatu yang mendatangkan keuntungan. Berniaga adalah jalan yang terbaik. Masa, sesuatu yang perlu kita laburkan juga.

Modal tak ada? Itu alasan yang tak boleh di terima. Kalau nak jadi kaya, kenalah berusaha cari modal. Sedikit pun tak apa. Mula - mula memanglah susah, nak jadi kaya bukannya mengambil masa sehari dua. Lainlah kalau anda nak main Jackpot. Lagi satu ialah skim cepat kaya. Janganlah terlalu mudah sangat tertipu. Yang peliknya, benda yang betul tak nak buat pulak, benda yang tipu pulak yang kita terkejar kejar nak buat.

Berniaga kena ada barang nak jual, barulah berniaga namanya. Ada secara jelas dari mana duit untung, berapa modal berapa untung. Kalau bayar duit kemudian tiap tiap bulan duit masuk, mana datang duit tu? Duit bukannya macam daun. Mana ada orang senang senang nak bagi duit?

Berniaga macam mana nak kaya? Jual nasi lemak? Jual burger? Jual goreng pisang? Itu tak kisah, yang penting kena jual secara besar, setiap masa dan meluas baru boleh kaya. Kalau jual kat taman anda saja, boleh, tapi lambat la nak kaya.

Kenyataannya, hampir semua orang mampu menjadi jutawan jika rajin menyimpan duit setiap bulan. Setiap bulan tanpa terlepas, simpan duit. Bunyinya macam senang dan nampak juga senang, tapi tak semua orang buat. Tak semua orang menyimpan duit setiap bulan dengan penuh disiplin. Lebih teruk lagi apa? Bukan saja tak menyimpan, malahan berhutang lagi. Kalau macam ni jangan haraplah nak kaya.

Macam mana cara bijak untuk cari duit?

Lihat orang-orang yang sudah berjaya dan belajarlah dari mereka! Buat apa yang mereka buat. Mereka biasanya berniaga.

Ada macam-macam cabang perniagaan di Malaysia. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Kalau terus makan gaji, sampai bila nak kaya? Buka mata buka hati dan bertindaklah dengan berani!

Anda boleh jadi ajen insuran kalau mahu. Ada banyak syarikat insuran yang hebat hebat di Malaysia. Anda juga boleh buat MLM kalau yakin. Apa pilihan anda jika ingin membuat MLM?

Tentulah dengan menyertai MLM yang hebat dan global. Di Malaysia bukan saja ada beratus, malah beribu syarikat MLM. Ada yang betul dan ada juga yang tak berapa betul. Ada yang senang dan ada juga yang susah, contohnya jual tuala wanita. Tapi payah, macam tu pun ada juga orang yang buat, ada juga yang berjaya jadi jutawan.

Sekarang ini zaman komputer dan internet, lagilah senang nak buat MLM. Tapi anda kenalah cari MLM yang sudah mantap dan terbukti melahirkan ramai jutawan.

Anda boleh juga menjual secara besar dan meluas. Bagaimana? Guna internet untuk menyebarkan pada ramai orang tentang barang yang kita nak jual. Cari downline, sebab ia umpama staff anda yang akan bekerja untuk anda. Ini bukan skim cepat kaya, ini perniagaan jual barang secara online di internet. Konsep MLM cari downline.

Kebanyakan usaha untuk menjadi kaya adalah usaha untuk berjumpa dan berberniaga urusan dengan manusia. Urusan jual beli. Jika anda tak mahu berurusan dengan manusia macam mana mahu kaya? Berurusan dengan syarikat Sport Toto sahaja boleh jadi kaya ke? Jiran saya jual komik pun kaya juga.

Kata Ustaz Zahazan, kalau nak kaya kena rajin sembahyang sunat Dhuha.

Lagi satu la, kalau nak kaya kena rajin bersedekah. Kena selalu infak harta ke jalan Allah. Kena tolong orang susah, orang miskin dan anak-anak yatim. Yang ni bukan saya yang cakap ya, ini saya belajar dari ustaz-ustaz dan dalil dari Al-quran.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.