Rabu, Mei 07, 2008

Usaha dan Ketekunan


Orang berjaya akan berusaha mencari jalan untuk berjaya. Orang yang gagal pula akan berusaha untuk mencari alasan! Sebetulnya, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.


Kalau berhadapan sesuatu situasi, cara setiap orang mengatasinya pasti berbeza. Tahap kesabaran setiap orang juga tidak sama. Adakah orang2 berjaya itu memiliki "something special" yang tidak dimiliki oleh orang2 biasa? Sebenarnya dalaman mereka sama jua dengan orang biasa.

Mereka juga bernafas udara yang sama, punya rasa letih, punya rasa jemu, tapi yang membezakan orang biasa dengan mereka ialah keazaman mereka yang tinggi dan juga kepercayaan mereka terhadap apa yang mereka perjuangkan. Mereka bayar apa2 harga yang perlu dibayar. 


Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. 

Berikan masa pada benda yang anda mahu berjaya. Masa adalah satu benda yang mahal. Sesetengah kita tak sanggup beri masa. Masa itulah sebenarnya yang mahal. Ada yang nak kaya sekelip mata jadi itulah ramai yang beli loteri dan sebagainya. Tapi ramai yang nak jadi begitu, nak kaya cepat, yang untung pastinya tauke loteri itu! 

Ambil contoh mudah, nak faham sesuatu kena dalami dan kena beri masa, berapa banyak masa yang kita sanggup beri untuk pelaburan kepada diri dengan membaca contohnya? 

Fikirlah.

Ahad, Mei 04, 2008

Pronoton Diharamkan Kementerian Kesihatan

Satu hari seorang kawan memperkenalkan pil Pronoton pada aku. Bila aku try, wow pill ni agak power juga. Sekejap je lepas makan kelelakianku mula terangsang. Kawan ni ajak aku berniaga pil ni. Hmm....aku pun tanpa soal selidik terus setuju walaupun aku takde bakat berniaga.  

Jadi inilah berita terbaru pasal pronoton. Pronoton telah di haramkan oleh kerajaan. 

Sila maklumkan pada semua rakan yang belum tahu bahawasanya Pronoton telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Pronoton adalah pil untuk menambahkan kekuatan kelelakian dikeluarkan oleh syarikat Mayfirst. Ia didapati mengandungi bahan aktif terlarang yang melebihi had yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Dato' Jalaluddin Hassan adalah duta kepada produk ini. Syarikat ini adalah milik bumiputra.


Pengajaran dari episod ini ialah kita jangan mudah terpengaruh dengan kata2 hebat dan janji2 luarbiasa sesuatu benda. Dalam dunia ini semua benda ada harga, kalau nak sesuatu kena usaha dengan kaedah yang betul, jangan cari jalan pintas. 

Aku sendiri dulu pernah ambil pil Pronoton ni, saja nak tau. Ya lah sebab masa kempen tu diaorang promote bukan main bagus lagi. Siap ada testimoni pakar doktor tuan tersohor Malaysia iaitu Dr Ismail Thamby. Kalau dah pakar yang kata bagus, kita pun percaya lah. Katanya bahan-bahan yang diguna adalah herba-herba asli yang bersumber alam semulajadi. Dr Ismail pun bukan main lagi promote ya. Banyak dapat komisyen agaknya.

Kesan dia memang hebat la. Kejap je tindakbalas pil lepas makan beberapa minit memang akan terasa "tegang" semacam. Tapi aku rasa benda ni tak betul.

Kalau asyik dok amal benda ni effect long term mesti tak bagus punya. Dah la harganya mahal yang amat. Dua biji je dah nak cecah RM 50. Kiranya macam Viagra jugak la ni.

Tau tak kes kat Singapore ramai yang masuk wad gara2 pil kuat ni? Hu hu pelik2. Apasal ni? Lelaki dah tak kuat lagi ke semua nak kena pakai ubat? 

Aku ada satu teknik yang semulajadi nak bagi "kuat", tak payah makan ubat. Ianya adalah teknik nafas jer. Tapi kena tau lah cara amalan dia. Bersenam la, kasi badan fit, mesti ok punya. 

Kalau dah power tak payah pakai ubat pun kan. Kalau nak juga power, pakai la tongkat ali yang asli pokok punya.

Sabtu, Mei 03, 2008

Shichida Methods dari Jepun


Pernahkah anda dengar Shichida method? Shichida method adalah teknik yang diperkenalkan professor Jepun bernama Makoto Shichida yang mengamalkan latihan menggunakan otak kanan. Ia bertujuan memberikan keupayaan luarbiasa pada anak.

Shichida method bertujuan menghasilkan anak dengan keupayaan berikut; 
keupayaan artistik, IQ hebat, memori / ingatan hebat, keupayaan bahasa, personaliti, muzik, imaginasi, gerak hati dan insan terhebat.  

Tak ramai yang nak hadir kelas ni sebab yurannya tersangat lah mahal. Orang Cina ramai yang hantar anak2 masuk belajar. Yang melayu cuma beberapa kerat saja.

So kat sini saya kongsi lah beberapa teknik supaya semua orang akan dapat manfaatnya sedikit sebanyak..

1. Sewaktu anak nak tidur atau tengah tidur2 ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia..dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia bijak belajar dan apa2 lagi sikap positif yang kita harapkan. Buatlah dengan seikhlas hati sambil ramas2 dan picit jari dan tangan dia.Tenangkan hati kita dan buat lah sekerap yang mampu.

2. Guna kad untuk ajar huruf dan nombor serta gambar. Buat kad banyak2 dan tunjuk cepat2. Ini akan membuat otak kanan bekerja keras.

3. Latihan kerja tangan seperti melukis, origami, main tanah liat, water colour dan lain2 kerja kreatif akan menggerakkan otak kanan.

4. Jangan marah2 atau tengking anak.Sebab ini akan disimpan di otak kiri. Kalau dah termarah tu sila patah balik ke step 1 kat atas.

5. Imaginasi boleh dikembangkan dengan bercerita dengan anak2 dan berinteraksi. Suruh dia sambung cerita kita atau minta pendapat dia.

6. Main teka teki seperti teka barang dalam kotak. Ini boleh kembangkan dia punya deria sixth sense.

Semua step ni tak perlu buat lama2, setengah jam sehari pun dah cukup, yang penting ialah istiqomah atau konsisten.

OK, Selamat mencuba.

Jumaat, Mei 02, 2008

Mengandung dan memandu


Hari ni Tie dah start kelas untuk ambil lesen L. Pagi2 lagi aku dah hantar dia. Kesian dia mesti mengantuk. Malam tadi dah la tido kol satu pagi.

Sekarang ni dah 6 bulan mengandung, dah nampak sarat. So boleh ke belajar memndu ek? Rasanya tak ada apa2 kot, kena tanya doktor lah nanti . Sekarang ni dah macam2 prosedure untuk ambik lesen. Setakat ni dah keluar duit pun banyak.

RM 50 - Register
RM 100 - Test Komputer
RM 10 - Gambar
RM 100 - Kelas Amali


Untuk setakat ni, bila dah start belajar amali nanti kena siap lagi la dalam RM 800 lagi. Mahalnya harga sebuah kad untuk memandu kereta.

Rabu, April 30, 2008

Esok 1 May Hari Pekerja

Lagi satu malam aku akan kerja, lepas tu cuti Hari Pekerja.Hem, apa nak buat ya?
Aduhai mata pun dah pedih nie. Hari ni pukul satu nak hantar Ti pegi ambik ujian Komputer JPJ kat Puchong. Alahai kenapa lah jauh sangat. Takpe lah harap2 Ti akan lulus ya. Markah lulus tinggi lak tu .84 markah. Masa practise dia selalu dapat atas2 pagar je. Hu hu maklumlah soalannya payah2 jugak. Hu hu macam nak ambik SPM lah pulak. Nak bawak kereta pun susah. JPJ, can you make it easier?
And as it turn out, my wife has made it!! Shes got 88. OK ar ...
Cayalah lah Tie :)
Anyway, kepada pekerja2, selamat bercuti sempena Hari Pekerja.
BIO ASLI tak pernah cuti ya ..he he.

Khamis, April 24, 2008

Peluang Perniagaan Online yang bagus


Saya pernah buat perniagaan MLM dengan syarikat CNI. Bagus syarikat CNI ni. Kalau anda join banyak benda boleh belajar. Tapi saya tak lama dengan CNI atas sebab kelemahan saya sendiri yang tak pandai. 


Selepas CNI saya buat dengan Bio-Asli pula. Konsep lebih kurang sama macam CNI bezanya ialah yang Bio-Asli ni boleh buat secara online.

Bagi saya Bio-Asli adalah perniagaan internet paling senang dan berbaloi pernah saya buat.


Saya baru je join syarikat ni bulan 11 tahun 2007, iaitu tak lama lepas kawin (bulan 10). Mulanya secara suka-suka tapi tak sangka pulak sekarang dah jadi bisnes yang serius dan beri duit tiap-tiap bulan.

Nak join free sahaja. Kalau beli barang lak order je kat website, senang dan jimat masa. Maintain tiap2 bulan RM 25 dah cukup untuk makan komisyen sampai 5 generasi. Kalau beli RM 100 makan komisyen sampai 20 generasi!!

Pernigaan MLM secara maya macam BIO ASLI meberi kita kebebasan, apa yang penting ialah diri kita sendiri samada nak buat atau tidak.

Tapi ada satu lagi saya nak tambah, dalam hidup ni semua benda ada harga, kita sendirilah yang pilih mahu bayar atau tidak harga itu. Harga kejayaan itu bukan murah! Kena usaha dan sabar tekun.

Kenapa semua orang perlu buat BIO ASLI?

1. Peluang berkembang guna internet. Ikut trend semasa. Rekrut downline seluruh dunia!!

2. Sistem bonus yang simple dan tak membebankan.

3. Tak perlu bimbit barang. Website tersedia ada. Kamu cari pelanggan, syarikat uruskan penghantaran.

4. Sistem "automaintain". Jika jualan anda bagus, anda boleh beli untuk bulan ke hadapan, menjadikan bonus bulan berikutnya maintain secara auto.Sekali beli dah layak jadi VIP, iaitu layak dapat bonus kalau anda beli produk dan ada downline macam sistem kat atas tadi.

5. Ada jualan topup untuk mencairkan bonus anda tanpa perlu claim cash dari syarikat.6. Bayaran bonus direct ke akaun bank anda !! 
(Maybank dan CIMB)

Nak join boleh register di SINI. SILA KLIK SINI




Sabtu, April 05, 2008

Bulan ni aku dah beli tanpa duit.


Yahoo. (control) 

Bulan ni dah start boleh beli barang-barang BIO ASLI free of charge, tanpa guna duit sebab e-wallet aku dah ada RM 30 lebih. Bulan lepas pun sebenarnya dah boleh tapi aku claim je duit e-wallet aku. So aku harap dapat maintain macam ni. 

Untuk bulan2 berikutnya tak payah la nak keluar duit lagi. Seronok apa beli barang tanpa guna duit. Kalau dapat jual pulak lagi untung. Bayangkan betapa banyaknya faedah yang dapat diperolehi.

Aku harap masalah2 dari segi teknikal yang aku hadapi dulu tak akan berulang lagi. Benda2 tu dulu memang betul2 menguji tahap kesabaran aku. Sampai aku hampir-hampir nak menangis bila fikirkan balik.

Sekarang baru aku sedar. Ya lah, kat kilang aku pun Kak Ita sampai nangis2 kat line sebab follow up pakej 2 in 1 tu. Hem, pakej out in tu memang penting sangat sebab ianya akan dinilai oleh jepun sendiri. Baik atau buruk, semua orang akan rasa. Semua orang akan tanggung akibat.

Aku pun tak selesa bila banyak masalah yang melibatkan dari input berlaku. Aku faham semua orang pun bekerja keras. Technician input boleh dikatakan semua OK, cuma sesekali je bermasalah. Itu pun bukannya semua.

Aku harap kitaorang akan berjaya memberi imej yang baik pada Jepun. Sebab selama ini pun IC1 dah banyak mencapai kemajuan. Harap2 semuanya akan berjalan lancar.

Kalau IC1 success, semua orang pun akan dapat faedah. Maaf, aku dah agak tersasar bercerita pasal kerja kat kilang aku pulak.

So bulan ni aku order Minyak Kelapa campur madu. So cubalah dulu macam mana. Mungkin kalau campur dalam masakan ia akan jadi lebih sedap lagi.
Ti (isteri aku) walaupun agak kekok memasak, tapi dia seorang yang rajin berusaha. Selalu dia call mak dia untuk tanya resepi2 masakan dan petua2 yang perlu dibuat.

Aku pun akan cuba luangkan masa untuk belajar sikit2..

Susah jugak kalau tak tau masak ni, kalau makan kat luar tu, sekejap la duit melayang. Pasal minyak suami power tu, aku ingat tak mau cakap banyak sangat, semua orang kena cuba baru tau hebat tak hebat.

Syukurlah hari ni banyak gak yang dah settle walaupun grid belum update lagi. Takpelah, benda tu sekejap je aku ingat. Jap lagi aku nak makan sup ayam yang Ti buat..Hem harap2 sedap lah ya. Ok lah semua selamat berjuang..

Wassalam.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.