Selasa, Jun 10, 2008

Krisis minyak, ke mana haluan Malaysia?

Harga minyak di pasaran dunia terus melambung. Suatu ketika dahulu kita melihat prospek untuk minyak dinilai pada harga 100 us dollar setong dengan ketakutan dan ngeri, kini harganya sudah pun lebih 130 dollar setong. Ini bukan lagi tahap ngeri, ini tahap dah tak boleh bernyawa. Malah ia bakal terus naik lagi hingga sampai 150 dollar setong dan yang terkemuncaknya 200 dollar setong. Kerajaan Malaysia pun tak mampu lagi untuk meneruskan pemberian subsidi jika tidak mahu kekeringan wang dengan kadar terbanyak dalam sejarah. Namun usaha kerajaan untuk membendung krisis ini masih dipertikaikan oleh rakyat.Kerajaan pula di saat ia sedang bergelut dengan pelbagai krisis dalam negara terpaksa pula berdepan krisis minyak antarabangsa yang melambung ekoran permintaan minyak yang amat banyak dari Cina dan India. Keadaan ini amat sulit kerana kita semua suda terbiasa dengan minyak murah dan tanggapan negara kita pengeluar minyak. Tapi hakikatnya kita tak punya kuasa ekonomi yang mapan untuk mengemudi krisis ini. Kita bukan negara maju yang boleh menentu haluan ekonomi dunia. Kalangan rakyat masih menunggu langkah selanjutnya dari kerajaan.

Ahad, Jun 08, 2008

Coffee Mate haram?

Emulsifier 471 atau E471 yang terdapat dalam senarai bahan bahan perasa makanan adalah haram kerana ia dibuat daripada lemak babi.Itu adalah maklumat daripada mel yang baru aku dapat dari abang ipar aku. Kalau tengok pada label Coffee Mate memang ada ditulis senarai bahan E471. Tapi ada pulak tanda cop halal. Sebenarnya ianya agak meragukan, tambahan pula ada tulisan thai pada cetakannya.Maaf kalau ada yang marah sebab coffee mate ini popular, aku tahu, tapi kita haruslah menjaga pemakanan yang syubahat.

Rabu, Jun 04, 2008

Harga minyak naik lagi.


Harga minyak naik lagi. Kenaikan yang begitu banyak iaitu sebanyak 78 sen. Sebagai rakyat biasa, tak mampu nak buat apa-apa. Malahan nak balik kampung kena fikir berpuluh kali sekarang ni.

Kenapa kerajaan gagal berbuat sesuatu untuk menghindarkan kesempitan ini?

Kenapa asyik bagi alasan dengan kata2 harga minyak malaysia antara termurah di asia tenggara?

Kenapa suruh rakyat ubah gaya hidup. Aku memang dah lama ubah dah, pergi kerja naik motor je, kereta pakai bila nak bersiar2 jer. So nak ubah apa lagi? Naik basikal? Bukan tak boleh, tapi kat kilang aku yang naik basikal ialah bangla, kiranya rakyat malaysia kena ubah dan jadi macam bangla la? Macam tu ke? Kalau ya pun nak naik, kenapa banyak sangat?

Lagi satu, kenapa buat keputusan melulu? Sama macam buat keputusan tarikh pilihanraya dulu. Kenapa suka cakap2 yang manis, lepas tu tiba2 naikkan harga barang? Macam ni susah la rakyat. Asyik nak kena main teka teki jer. Semua harga barang dah naik, bila dah naik ni jangan mimpi la nak turun, tak akan adanya.

So inikah pengurusan ekonomi yang cekap dan berhemah?

Kenapa semacam terdesak sangat? Sebab Selangor ke? Sebab Penang ke? Aku tak nampak lagi apa2 kemajuan yang boleh dibanggakan, yang ada cuma sungutan sebab ada saja harga naik. Hidup menjadi susah. Bila minyak naik, benda lain pun ikut naik.

Jumaat, Mei 23, 2008

Orang kaya semakin kaya


Inilah senarai orang-orang kaya di negaraku Malaysia- dahulunya Tanah Melayu

1. Tan Sri Robert Kuok US$ 10 billion
2. Tan Sri Ananda Krishnan US$ 7.2 billion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng US$ 5.5 billion
4. Tan Sri Teh Hong Piow US$ 3.5 billion
5. Puan Sri Lee Kim Hua n family US$ 3.4 billion
6. Tan Sri Queck Leng Chan US$ 2.4 billion
7. Tan Sri Yeoh Tion Lay n family US$ 2.1 billion
8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary US$ 1.8 billion
9. Tan Sri Vincent Tan US$ 1.3 billion
10. Tan Sri Tion Hiew King US$ 1.1 billion

Ada tak dalam senarai nama kat atas yang jadi kaya dengan makan gaji? Makan gaji susah la nak kaya bang. Makan gaji ni mana cukup nak jadi kaya.

Semua orang orang kaya di atas menjadi kaya dengan berniaga. Lagi sekali, B-e-r-n-i-a-g-a. 1 billion tuan tuan, bukan 1 juta. Dalam senarai top ten ini, hanya ada seorang sahaja melayu. So fikirlah sendiri di mana silapnya.

Kenapa orang melayu tak boleh berjaya dengan hebat dalam perniagaan. Mungkinkah sikap melayu itu sendiri yang menjadi puncanya? Orang melayu yang takut untuk berusaha gigih untuk maju atau melayu yang memang layu? Atau orang melayu memang diasuh sejak kecil agar makan gaji. Pilih jalan yang selamat. Pilih jaminan hidup, jangan cari risiko. Adakah pilihan ini tepat?

Anda ada modal ke nak berniaga? Ada ilmu? Ada contact? Kalau takde modal dan semua tu, jangan la bermimpi.

Tapi boleh berangan angan. Kalau nak kaya dengan berniaga, caranya kena betul. Jangan pula terjebak dengan skim cepat kayap. Orang melayu memang suka skim cepat kayap tak tau kenapa.

Khamis, Mei 22, 2008

Kebaikan Teh Herba



Teh adalah antara minuman paling popular di dunia. Di Malaysia pula pastinya yang paling terkenal ialah teh tarik. Pun begitu teh tarik ni kelemahan dia ialah kandungan gula yang tinggi maka ia kurang baik untuk kesihatan. Maka alternatif terbaik ialah teh herba. 


Pesanan teh herba kini semakin mudah. Apa itu teh herba?

Teh herba pastinya lebih baik dari segi kesihatan untuk diminum setiap hari jika di bandingkan dengan teh tarik. Khasiat teh herba memang terkenal sebagai pembasmi toksin dan juga pembersih semulajadi saluran perut manusia.

Teh herba keluaran
Bio Asli contohnya, mengandungi bahan2 semulajadi yang baik untuk kesihatan. Ia akan memberi banyak faedah jika diamalkan secara tetap. Didalamnya terdapat herba Misai Kucing, Mas Cotek dan Stevia.

Stevia ialah sejenis pemanis asli. Bila diminum, tidak perlu ditambah gula kerana rasa manis semulajadi dari stevia sudah cukup untuk menyedapkan rasa teh.


Mas Cotek
atau nama saintifiknya FICUS DELTOIDEA mengandungi bahan aktif yang baik untuk tubuh. Bahan2 tersebut ialah, Flavanoid, Triterpenoids, Proanthocyanins, Phenols, dan Tannis. Bahan bahan ini berfaedah untuk memperbaiki peredaran darah, mengeluarkan toksin di dalam badan, memecahkan lemak dan membuang kolestrol dalam darah, memperbaiki daya fokus dan ingatan, baik untuk kencing manis dan darah tinggi, lemah jantung, sakit pinggan, mengurangkan keletihan, meningkatkan keinginan seks, serta menguatkan otot2 kelamin. Kelebihan lain mas cotek:

1. Ramuan ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Amat popular di pantai timur terutama kelantan.

2. Menurunkan kolesterol dalam badan,

3. Mengelak angin ahmar,

4. Menyembuhkan dan mengubati urat saraf yang rosak

5. Mengembalilkan rahim kepada kedudukan asal

6. Mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin

7. Merawat darah tinggi

8. Merawat Kencing manis

9. Merawat Keputihan

10. Merawat Paru-paru berair

11. Awet muda.

Pemanis asli Stevia atau nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA pula mengandungi bahan aktif berkhasiat, steviosid yang berfungsi sebagai pemanis tanpa kalori dan boleh menurunkan tekanan darah. Ianya baik untuk pesakit kencing manis disebabkan sifatnya sebagai gula tanpa kalori. Ianya dapat membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan keradangan.

Misai Kucing
atau nama saintifiknya ORTHOSIPHON STAMINEUS pula mengandungi bahan hebat seperti Cirsimaritin, Myoinositol, Orthosiphon, Pillion, Rhamnasin, Bmlt oioidsalvegenin, Kerotinoid, Kerotin, Flavanoid, Glukosid, Glikoprotien, Terpenoid, dan Saponin.

Bahan bahan tersebut baik untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. Ia membantu mengelakkan jangkitan pada saluran kencing. Kencing menjadi lawas dan ini membantu mengelakkan sakit batu karang.Selain itu ia boleh meransang kesihatan prostate dengan menggalakkan rembesan hormon testeron. Asid urik yang menjadi punca gout juga akan disingkirkan. Lain lain faedah ialah untuk pesakit athritis, reumatik, nephritis, arteriosclerosis, penyakit berkait kardiovaskular dan jantung melalui penyingkiran kolesterol dan melancarkan peredaran darah. Ia juga meransang sistem imunisasi tubuh selain sifatnya yang anti kanser.

Jadi apa salahnya meminum teh herba digantikan dengan tabiat biasa minum teh tarik yang tak berapa bagus walaupun saya tahu ianya memang sedap, tapi demi kesihatan cubalah untuk mengubahnya secara perlahan lahan.

Teh herba, sedap lagi menyihatkan. Dapatkan hari ini teh herba melalui pesanan terus!

Untuk Tempahan Teh Herba Bio Asli sila hubungi: 012-9108905 @ 017-2976164. Kos penghantaran percuma seluruh Malaysia Harga RM 40.

Ahad, Mei 11, 2008

Kekayaan dalam hidup


Ada suatu pepatah yang menyebut, kalau hilang harta anda kehilangan sesuatu. Tapi kalau hilang kesihatan, anda hilang segala-galanya. Kesimpulannya, kesihatan itu lebih berharga dari harta. Sebab kesihatan tidak boleh ditukar ganti dengan harta. Jadi jagalah kesihatan ketika ia masih ada. Kalau dah hilang kesihatan, harta banyak pun tak memberi erti.

Tengoklah ramai orang muda hari ini, kesihatan yang ada patutnya gunalah untuk manfaat diri sendiri dan bangsa. Tapi sedihnya asyik sangat dengan nikmat dunia, melepak2 minum teh tarik dan hisap rokok. Buang harta, buang kesihatan, buang masa. Tak sadis ke?

Maaf sebab aku bukan nak berceramah, aku ni bukan orang berpangkat pun tapi sekadar ingat mengingat. Hidup ini terlalu berharga untuk dibazirkan begitu sahaja. Buatlah sesuatu yang hebat dalam sekali hayat ini. Janganlah pasal benda yang remeh seperti putus cinta, kena tinggal dengan makwe dan sebagainya dijadikan sebab untuk merosakkan diri. Ya cinta itu penting, tapi hidup ini lebih penting lagi. Ada banyak sangat benda yang kita tak tahu. Jadi belajarlah.

Kadang kadang dalam kesedihan itu ada tersembunyi suatu hakikat yang kita tak sedar kalau tak mahu lapangkan hati. Hidup ini amat berharga dan penuh makna. Kekayaan bukan ada pada BMW atau Merc, tapi pada hati kita.

Khamis, Mei 08, 2008

Kegembiraan dan WANG, apa kaitannya?


Ada wang yang banyak anda akan gembira, betul ke? Duit boleh beli segalanya? Mungkin ya mungkin juga tak.

Sebenarnya ini adalah topik lama zaman berzaman yang telah banyak diulas oleh ramai orang. Tapi ia tetap menarik kerana ianya amat dekat dengan kita. Ya, hidup ini perlu ada wang. Wang amatlah perlu. Nak masuk tandas pun kena ada duit. 


Tapi ada juga yang cakap wang bukan segala galanya. Yang penting ialah gembira. Ada duit hati tak gembira buat apa? Itu pun betul juga.

Tapi hakikatnya, kita hidup di bumi nyata.

Nak sesuatu apa pun kena ada wang. Kalau pakai baju yang baru yang cantik2 (orang perempuan lah) hati pun jadi gembira. Kalau langsir bertukar baru, perasaan pun gembira. Kalau sesekali hulur duit kat mak dan tengok muka dia gembira, oh alangkah perasaan itu amat sukar nak diungkap dengan kata2.

Jadi wang sebenarnya memang boleh menggembirakan. So ramai yang berpegang dengan prinsip ini. Mereka tak salah. Tapi kerana prinsip inilah ada yang sanggup buat apa saja demi wang. Sanggup menjual prinsip , sanggup menggadai maruah, tanah (untuk bergaya) beli kereta, sanggup guna cara salah yang macam2 tak perlu saya sebut pun. Perompak merompak bank pun supaya dia boleh bergaya beli kereta mahal dan sebagainya. Pelik kan? manusia sanggup buat apa (makan rasuah, contohnya) sahaja agar dia kelihatan bagus walaupun hakikatnya dia keji?

Betul ke macam tu? Ini lah yang jadi barah kepada kebendaan itu sendiri. Yang menyebabkan orang jadi jelek kepada orang2 kaya yang berlagak, walaupun tak semestinya perasaan itu betul.

Kerana itulah timbul kata2 wang bukan segala galanya. Wang tak boleh beli kegembiraan.

Walau apa pun tanggapan yang dibuat, tapi kita kena akui usaha untuk cari duit itulah yang perlu. Usaha jujur sekeras kerasnya.

Bukan berselindung dengan kata2 wang bukan segala galanya. Wang memang segala galanya! Akuilah saja hakikat itu walaupun ianya pahit. Tapi saya ada ubatnya. Yang akhirnya akan dinilai ialah isi bukan kulit luaran, so tak perlu bergaya macam orang kaya pun, yang penting ialah diri sendiri, minda dan jiwa yang ulung. Itulah yang sebenarnya menggembirakan dan menyempurnakan nilai insan itu sendiri.

Berusaha untuk jadi kaya tak salah. Cuma jangan lupa diri bila dah kaya. Bersyukurlah dan ingatlah asal usul kita.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.