Sabtu, November 15, 2014

Kemenangan yang manis

Aku terlebih dahulu ingin meminta maaf pada kalian kerana catitan ini tidak penting pada kalian tapi terlalu penting untuk diriku. Maafkan aku kerna mementingkan diri.

Ya cuma nak catit yang hari ini aku menang bergaya single dengan Shurhazli dan kemudian menang pula double bergabung dengan Hafizi melawan Shurhazli dan Awe. Game double ini sampai ke set ke 3 di mana set pertama kami kalah.

Time nak balik aku tak dapat sembunyikan kegembiraanku bila berselisih dengan Boboy aku tersenyum sampai dia tegur, "senyum nampak."

Ya kemenangan ini terlalu manis buat diriku dan aku tak mampu sembunyikan kegembiraanku.

Akan ku kenang dalam tempoh yang panjang dalam hidupku. Tak sia-sia training dengan brader otai di Bangi.

Akhir kata, sambutlah kata-kata motivasi yang pernah aku dengar ini, iaitu , "defeat is not from what happened or what people say but from what you say to yourself".

Jumaat, November 14, 2014

Saatnya hampir tiba


Bulan 12 ni adalah bulan terakhir department tempat kerja aku DD7 membuat pengeluaran produk. Kemudian ia akan ditutup dan mesin-mesin dibawa ke Thailand. Rileks, kilang tak tutup yang tutup cuma department DD7 sahaja. Banyak lagi department lain yang masih berjalan kat Amkor ni.

Tapi ramai juga yang bimbang maklumlah nasib tak menentu samaada nak diserap ke department lain atau bagaimana nasib kami. Maklumlah yang terlibat tu ramai juga. Kalau serap pun sampai berapa orang yang muat? Lagi satu kena masuk department baru of course la tak best kan.

Dah 14 tahun aku kerja sini, daripada namanya Toshiba dan kemudian bertukar kepada Amkor. Sejak Amkor take over, banyak juga perubahan berlaku terutama dari segi peraturan yang lebih ketat dan kewangan yang lebih berkira.

Kerja kat Amkor ni sebenarnya OK tapi aku agak penat berulang-alik dari Kajang ke Telok Panglima Garang sejauh 47 km setiap hari. Campur kos minyak, tol, masa dan tenaga kira agak banyak yang perlu aku korbankan. Kalau gaji aku kat Amkor ni 5 ribu ok la kot. Ini cuma cukup untuk selesa sikit jer. Tambah keadaan sekarang zaman harga mahal maka gaji 3 ribu pun macam tak berapa cukup.    

Aku cuma harap Amkor akan keluar offer VSS. Kalau ada offer VSS ni Insya Allah aku akan ambil dan cabut dari kilang ni. Tapi masa dah makin suntuk ni Amkor pulak diam jer membisu seribu bahasa. Kita pun tak tahu apakah permainan Amkor seterusnya. Tunggu dan lihat je lah.

Info: Amkor adalah singkatan nama American Korea. Amkor telah membeli kilang Toshiba (E) Malaysia secara keseluruhan pada tahun 2013. Department DD7 bagaimanapun kekal milik Toshiba.  


Khamis, November 13, 2014

Aku lelah


Pagi tadi bangun aku kena serangan asma lagi. Tak de la teruk macam dulu sampai terbangun dan tak boleh tidur tapi tak tahan aku kena pakai inhaler gak walaupun aku tak suka.

Sepanjang pagi lendir banyak keluar effect pakai inhaler tu agaknya. Dah nak masuk tengah hari hidung aku masih tak tahan. Gatal dan berlendir.

Apa ubat aku nak makan lagi pun aku tahu. Sangat seksa. Ingat nak cuba ubat kampung tapi aku jauh dari kampung.



Sakit pun aku tetap layan jeruk pelam asamboi ni. Tak ingat dunia.

Malam aku turun training ping pong dalam keadaan batuk batuk. Main dengan Lan seri, nampak cam dia bagi can jer. Main lagi 2 game dengan mamat yang aku tak kenal, dan satu budak Cina. Dua dua aku gigit. Dengan otai pimple tak sempat pulak main. Pasal otai ni la aku dah tak takut nak chop balik bola chop.

Pengajaran, kalau nak maju mesti lawan dan terima kekalahan dengan hati terbuka. Jangan la bila kalah jer terus bengkak. Tengok macam Lan, aku tahu dia terer tapi rilek je dia bagi can aku menang.

Terima kasih ya, otai2 termasuk presiden yang tak jemu tunjuk ajar aku walaupun pukulan aku tak senonoh katanya. Hu hu.

Terima kasih juga pada Mentri Besar Azmin Ali, jalan Reko dah ok tapi cepat la sambung sampai Kajang, kesian kereta aku asyik berdentum naik bumper.

Rabu, November 12, 2014

Tak training


Hari ni aku tak turun training ping pong. So esok khamis last day untuk training minggu ni. Badan rasa lemau semacam. Penat kerja malam belum habis kot. Atau aku cuma memberi alasan bila keadaanku low self esteem.

Masalah pun banyak belum selesai. Motor tersadai entah sampai bila. Aku pun tak ada mood nak layan motor ni. Hampa. Bukan apa, aku jadi lemah semangat tambah lagi ongkosku tak berapa nak ada.

Mungkin aku patut join tournament bulan 12 ni baru ada motivasi sikit nak turun training. Duit lagi tu walau cuma RM20.

Esok aku cuba berehat seadanya. Jumaat dah nak start kerja pagi.

Bulan 12 bulan terakhir aku bersama DD7. Lepas itu apa nasibku? Masih di Amkor atau menjadi seorang blogger?

Adoyai. Boleh ke jadi blogger full time kalau nuffnangku macam sekarang ni cuma 68 sen?

Khamis, November 06, 2014

Mencari bahagia


Petua mencari bahagia.

Semua orang ingin hidup bahagia. Semua orang mencari kebahagiaan. Lihatlah betapa ramainya orang keluar rumah setiap hari. Apa yang mereka cari? Meredah traffic jam, mengadap boss, kena marah, berusaha keras mencari duit kerana mencari apa?

Manusia secara fitrahnya mahu hidup bahagia dan kerana itu manusia berusaha mencari kebahagiaan.

Jadi di mana letaknya bahagia? Adakah terletak pada wang ringgit? Adakah dengan pangkat dan kuasa? Atau dengan isteri cantik boleh bahagia? Kalau anda pilih yang paling akhir (isteri cantik) itulah paling bahaya. Kenapa?

Cantik punca bahagia?
Cantik bukan punca bahagia kerana cantik tidak kekal. Semua orang akan tua. Kalau macam tu datuk dan nenek kita tak bahagialah? Hilang cantik hilanglah bahagia kalau kecantikan itu sandaran bahagia anda. Bahkan jika isteri anda cantik maknanya umur anda pendek. Lagi cantik isteri anda lagi pendek umur anda, sebab? Sebab ramai orang berdoa bila la dia ni nak mati, boleh aku kahwin dengan janda dia. Kalau ramai sangat berdoa macam tu, macam mana? Ya makbul kan?

Wang ringgit punca bahagia?
Adakah bahagia ada pada wang ringgit yang bertimbun-timbun? Pun bukan terjamin bahagia juga. Buktinya adalah artis yang mewah dengan duit berjuta-juta kenapa mereka tak bahagia, ada yang bercerai-berai, ada yang stress, bahkan ada yang bunuh diri (macam Kurt Cobain)? Ada yang ambil dadah. Bahagiakah begitu?

Pangkat dan kuasa punca bahagia?
Adakah bahagia ada pada kuasa dan pangkat besar? Manager yang duduk dalam bilik air cond itu bahagiakah mereka? Betapa ramainya anak buah mereka yang dengki pada mereka, membuat bermacam rancangan jahat untuk menjatuhkan mereka. Ada yang guna sihir dan ada yang guna fitnah. Bahagiakah bila ramainya orang yang ingin tengok kita jatuh?

Adakah duduk dalam istana mewah itu bahagia? Semua protokol kena jaga. Susahnya mahu berjalan seorang diri tanpa gangguan kerana terlalu masyhur, sehingga apa yang dibuat semua orang perhatikan. Nak minum teh di kedai kopi pun susah, maklumlah dah jadi wakil rakyat yang satu Malaya kenal kita. Rumah kena ada pengawal 24 jam maklumlah kereta mewah dan harta perlu diawasi selalu. Bahagiakah begitu berbanding orang di rumah setinggan yang tak pernah kunci pun rumah dia malah kunci pun letak dalam kotak pos saja bila keluar.

Di mana terletak hakikat bahagia yang sebenarnya?

Sebenarnya ada satu perkataan yang memberikan kesimpulan untuk bahagia. Tak kiralah miskin atau kaya, cantik atau tidak, muda atau tua, manager, tukang kebun, atau apapun keadaan anda, anda boleh kecapi bahagia kiranya anda memiliki satu benda ini yang memberikan kesimpulan untuk bahagia.

Ya bahagia boleh disimpulkan dalam satu perkataan. Apakah satu perkataan yang menyimpulkan bahagia itu.

Perkataan itu adalah....


tenang. Tenang itulah bahagia...

Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, bahagia itu datang dari dalam hati dan terpancar ke persekitaran luar, bukan dengan segala macam material dari luar boleh masuk je ke dalam membahagiakan hati.

Jadi jagalah hati kerana ia lantera hidup ini. Baik hati baiklah seluruhnya.

Semoga bahagia. Amin.



gambar hiasan.

Sumber rujukan: Segmen motivasi pagi, radio Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM FM.

Ekspo buku islam


Sabtu yang lepas kami turun Putrajaya. Ada Ekspo buku Islam. Kalau tak silap ini kali ke 3 Putrajaya menjadi tuan rumah ekspo buku islam. Kali ini ia berkembang menjadi sebuah Festival yang besar. Sila rujuk gambar kat bawah.   

Antara yang menarik ialah pameran keris dan al-quran lama. 
Inilah naskah al-quran yang kelihatan sungguh pelik, di mana anai-anai hanya makan bahagian tepi sahaja seolah-olah anai-anai itu tahu apa yang ia makan?  

Sebelum balik kami singgah di Dewan Chempaka Sari, tempat buku. Ada banyak buku macam biasa dan majalah-majalah islamik. 

Sempat juga dengar suara Siti Nurhaliza dan Mawi dari jauh yang sedang menyanyi pada malam itu. Irfan pula sempat beli buku komik islamik dan t-shirt I am irfan. 

Ahad, November 02, 2014

Liga sukan untuk semua Daerah Sepang


Pagi ahad 2 November 2014, telah berlangsung Liga Sukan untuk Semua daerah Sepang bagi acara ping-pong. Program Kementrian Belia dan Sukan ini sangat baik kerana memberi peluang pada orang yang berangan nak jadi bintang sukan tapi tak berdaya nak menjadi nyata macam aku ni.

 Tempat acara ini ialah dekat dewan MPKj di Bangi Seksyen 2. Aku cuti semata-mata mahu datang event ini. Irfan ikut sama pada waktu pagi. Acara ni lebih kecil berbanding Liga Sukan Untuk Semua daerah Hulu Langat kerana ia cuma melibatkan acara individu sahaja untuk single dan double. Pun begitu ia tetap menarik dan berbaloi.

Yang sebelum ni Liga Sukan Untuk Semua Daerah Hulu Langat (pun kat sini juga) adalah untuk acara berpasukan jadi masa tu ia lebih gah dan ramai naga-naga jaguh yang turun. 


Walaupun tak banyak naga yang turun tapi gigitan otai pun tetap berbisa. Habis semua orang muda kena pukul. Kelihatan berbaju biru Encik Azizi - juara single sedang beraksi. Otai 6 serie adalah orang-orang yang masuk final. Mereka juga adalah penholder dengan getah bintik (pimple).  

Stamina yang tinggi diperlukan untuk melawan orang pakai pimple. Silap-silap kalau main dengan pimple boleh pengsan tu. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.