Pagi ahad ni sesekali nak jugak kan makan pagi atau sarapan kedai mamak. Salah ke aku nak ada hajat macam tu?
Jadi kat Kajang ni antara kedai mamak yang paling common atau biasa yang mampu aku pilih ialah kedai Ayza yang terletak dekat dengan Kajang Centre Point yang juga dekat dengan pasar Kajang. Lokasi yang biasa sahaja. Tak ada apa-apa yang istimewa.
Jadi isteri aku order nasi goreng ayam. Salah ke?
Kami cuma rakyat biasa. Harga dia ialah RM 8 boss.........
Kami cuma 4 beranak saja makan.
Total semua dekat RM 29 sekali dengan satu coklat bulat satu jer untuk anak aku yang kecik. Salah ke?
Itu baru sarapan boss..........
Kau cakap Malaysia ni negara makmur? Kau fikir lah sendiri. Aku bukan nak merungut atau apa. Jauh sekali nak jadi tak bersyukur dengan rezeki. Aku cuma nak cakap kehidupan tiba-tiba menjadi perit disebabkan harga makanan semua naik. Makan boss, bukan beli baju. Aku ni beli baju dalam setahun belum tentu beli lagi.
Hakikat ini kalau tak percaya cuba tanya mana-mana pengusaha makanan. Adakah mereka bercadang nak naikkan harga, maka majoriti akan kata kalau tak naik mereka akan susah. So macam mana tu boss?
Ini semua adalah fenomena yang berlaku di Malaysia yang satu masa dahulu tidak berlaku.
Percaya atau tidak satu masa dahulu gaji seorang cikgu berkelulusan diploma keluar maktab lagi cuma dekat-dekat RM 600 sahaja. Hari ini dengan RM600 kau boleh habiskan dengan sekali makan sahaja di restoren mewah boss, serius aku cakap.
Fenomena ini berlaku amat perlahan tetapi tak pernah berhenti, percayalah.