Isnin, Ogos 07, 2017
Lelah
Hari ni penyakit lelah datang lagi. Mungkin sebab semalam aku pergi layan minum air root beer float AnW. Maklumlah konon nak test saja kedai AnW baru kat Kajang ni. Tak lah banyak sangat rasanya aku minum tapi badan aku memang agak sensitif kalau bab minum ais ni.
Dah lama jugak rasanya aku tak diserang lelah tapi kali ni diserang dengan agak teruk juga hingga aku terpaksa ambil inhaler sampai tiga pam pada sebelah pagi tu. Itu pun masih batuk dengan teruk gila.
Tempat kerja aku tak banyak buat kerja, cuma duduk saja sebab aku masih terasa kepenatan. Mata pun agak mengantuk, jadi terpaksalah aku tahan.
Sebelah petang TTO Zawani datang cari tanya pasal 7 segment bilik tingkat 14. Katanya tinggal dua unit saja. Aduh, ini baru di namakan masalah sebab 7 segment memang dah tinggal sikit. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Buntu.
Petang Lan ajak main ping-pong, aku diam saja sebab agak penat lagipun aku puasa sunat. Sebenarnya alasan ini tak boleh diterima. Alasan yang sebenar ialah aku tak bertenaga sebab malam sabtu dan ahad aku tak buat amalan senaman nafas. Aku buat senaman BDK.
Sebelah malam diserang gatal pulak kat kaki. Aduh, macam-macam penyakit aku ni. Tapi aku ni jenis degil agaknya. Aku tetap layan makan nasi kerabu dengan budu. Ha ha bila lagi kan nak merasa, bukan selalu wife aku buat nasi kerabu ni. Nampak gayanya gatal ni mungkin lambat lagi lah nak hilang. Aduh.. gatal memang gatal. Kalau garu memang sedap tapi kulit jadi koyak. Ah, garu sajalah. Sakit jugak, garu tempat yang gatal gila.
Perniagaan emas masih slow, nampaknya tak ada pertambahan pelanggan baru lagi sejak Khairul buka akaun GAP. Khairul adalah customer aku yang ke 9.
Ada sesiapa nak beli emas? Boleh wasap aku untuk panduan dan bimbingan segera.
Sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk membeli emas.
Aku masih bersemangat untuk menjual emas Public Gold.
Sementara itu aku harap esok duit syiling perak aku sampai.
Gaji lambat lagi? Hmm... 20 haribulan ni macam mana? ada rezeki atau tak, sangat mendebarkan.
Jumaat, Ogos 04, 2017
Jamuan Raya IE
Walaupun sudah agak lewat dan sudah habis bulan Syawal namun jamuan Raya peringkat IE tetap diadakan.
Pagi-pagi lagi abang Naz sudah kalut nak turun buat deco katanya. Aku pada mulanya tak setuju sebab macam dah lewat nak buat kerja.
Jamuan start pukul 10 tapi nampaknya berjaya siap juga decoration walaupun buat dengan kelam kabut. Siap menang tempat pertama lagi. Wow, cayalah.
Aku makan sikit sahaja, lagipun masuk majlis agak lewat lepas lepak bilik Tengku.
Khamis, Ogos 03, 2017
Khamis yang normal.
Pagi-pagi TTO Azriin cari. Masalah server yang sama macam dulu, tapi lepas turun naik ke tingkat 11 sampai 3 kali tak settle jugak. Sampai aku pun give up dan tak tahu nak buat apa dah. Camner ek? Esok aku try lagi lah.
Sebelah petang Abg Naz pergi Subang ada saudara meninggal katanya. Cik Fiza pulak time macam ni lah dia nak cari. Ha ha.
Layan ping pong dengan Abg Lan, kalah dengan agak teruk juga.
Malam tak ada apa-apa yang menarik.
Sejarah post terbanyak like FB 80 like lebih wow... betul apa yang cik Zul ceritakan. The power of leverage. Leverage on other people power.
Bila nak ada hand set ni? Kasihan aku tak ada hand set yang boleh ambil gambar 16 Mega pixel. Hu hu. Susah nak selfie dengan orang power.
Esok macam mana nak pergi jamuan raya? Pastinya agak segan dengan Cik Fiza setelah hari ini tak jawab whatsapp dia? Macam mana tu?
Kita tunggu dan lihat sajalah, harap tak ada apa-apa yang teruk sangat lah ya.
Rabu, Ogos 02, 2017
Masalah
Bila saja alarm berbunyi di waktu pagi, perkara pertama yang aku akan buat ialah matikan alarm lalu sambung semula tidur. Inilah masalah aku setiap pagi. Akibatnya waktu pagi aku akan selalu kelam kabut.
Tertinggal kunci lah. Pergi kerja pun tergesa-gesa. Bayar minyak motor RM 2 saja.
Hari ni aku call Azlan mintak dia tolong repair L11-005B tombol pintu dan L11-001 selak pintu rosak.
Ada berita tournament ping pong di Beranang. Agak menarik juga. Hari ni tak main ping-pong. Rehat dan balik awal.
Ambil Irfan dari sekolah.
Public Gold pun tak ada acara dekat Bangi. (Dekat tempat lain ada)
Tunggu Jumaat ni lah Insya Allah aku turun Ampang. Harap Khairul boleh turun juga?
Target August : 7-10 unit
Selasa, Ogos 01, 2017
Selasa full
Bangun agak awal juga, 6 am jer pun. Esok awal lagi boleh? Hmm..Bangun 6 am pun masih ngam ngam saja. Sempat minum jer. Makan nasi sikit la kat rumah.
Repair motor sporcket habis rm67. Sedap sikit la, rantai pun baru. Serius best, walaupun motor buruk jer.
Petang layan ping-pong. Kalah dua kali ngan Pie. 2-1. Menang dengan Lan 3-2.
Lepas tu berkejar ke Ampang. Mujur ada MRT. Waaupun badan penat gia masih mampu pergi ke Ampang yang jauh sana.
PG 1 System yang sangat best. Ceramah yang power lagi berapi dari Master Dear cik Zulkifli Shafie.
Isi ceramah : Leverage on other people power.
Sangat membuka mata aku.
Reputasi sendiri tak ada, tumpang reputasi orang lain.
Masuk bakul angkat sendiri tak jadi punya.
Pujilah orang.
Makan malam pun tak sempat, punya la full. Beli roti saja bila balik. Last last roti keping tak usik pun lagi.
Isnin, Julai 31, 2017
Isnin yang kelam kabut
Sebagaimana yang dijangka aku bangun lewat juga pagi isnin ini iaitu pukul 6 lebih dekat 6.30 pagi.
Jadi segalanya bermula dengan kelam kabut. Dengan sarapan yang ala kadar sahaja, sebiji telur separuh masak. Cuma bila sampai ke tempat kerja barulah bertenang. Tengahari tak makan. Dah terbiasa begitu.
Petang geng biasa ajak main ping-pong. Layan jugak walaupun kelaparan, ha ha.
Lepas layan ping-pong apa lagi, badan pun penat gila. Sampai rumah azan maghrib berkumandang. Cepat-cepat mandi sebab badan pun berbau hapak, kata wife aku.
Sepatutnya malam ni aku turun Bangi untuk hadir ceramah Puan Suzy, tapi biasalah bila badan dah penat, aku pun lepas makan duduk saja di kerusi sofa. Walaupun otak memberi arahan agar aku bergerak, badan tetap tak mahu bergerak. Akhirnya begitulah hidup aku. Semuanya hancur.
Ahad, Julai 30, 2017
Ahad pun kerja ya, bukan aku.
Hari Ahad pun masih ada ceramah Public Gold. Hari ni Cik Zulkifli ada buat ceramah di Penang. Aku pula tak mampu buat apa-apa dan memang tak ada agenda. Sepatutunya aku kena pergi kenduri rumah mak cik sebelah ma. Tapi lokasinya agak jauh, iaitu di Kuala Kubu Bharu. Bukan aku tak mahu pergi, tapi jaraknya agak jauh. Jadi aku kira ianya sebagai luar kawasan.
Aku pula pagi Ahad agak flat sebab kepenatan pergi ke Sungai Buloh masih belum hilang. Tengahari makan di restoran Berlauk Kelantan di seksyen 7 Bangi. Lepas makan terus sebelah petangnya keluar dengan keluarga ke IOI Mall Putrajaya. Makan malam kat kedai ala-ala Jepun. Esok terus kena cirit-birit, ha ha. Tidur pun lewat juga padahal esok isnin nak kena kerja, adoi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.