Isnin, Ogos 07, 2017
Lelah
Hari ni penyakit lelah datang lagi. Mungkin sebab semalam aku pergi layan minum air root beer float AnW. Maklumlah konon nak test saja kedai AnW baru kat Kajang ni. Tak lah banyak sangat rasanya aku minum tapi badan aku memang agak sensitif kalau bab minum ais ni.
Dah lama jugak rasanya aku tak diserang lelah tapi kali ni diserang dengan agak teruk juga hingga aku terpaksa ambil inhaler sampai tiga pam pada sebelah pagi tu. Itu pun masih batuk dengan teruk gila.
Tempat kerja aku tak banyak buat kerja, cuma duduk saja sebab aku masih terasa kepenatan. Mata pun agak mengantuk, jadi terpaksalah aku tahan.
Sebelah petang TTO Zawani datang cari tanya pasal 7 segment bilik tingkat 14. Katanya tinggal dua unit saja. Aduh, ini baru di namakan masalah sebab 7 segment memang dah tinggal sikit. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Buntu.
Petang Lan ajak main ping-pong, aku diam saja sebab agak penat lagipun aku puasa sunat. Sebenarnya alasan ini tak boleh diterima. Alasan yang sebenar ialah aku tak bertenaga sebab malam sabtu dan ahad aku tak buat amalan senaman nafas. Aku buat senaman BDK.
Sebelah malam diserang gatal pulak kat kaki. Aduh, macam-macam penyakit aku ni. Tapi aku ni jenis degil agaknya. Aku tetap layan makan nasi kerabu dengan budu. Ha ha bila lagi kan nak merasa, bukan selalu wife aku buat nasi kerabu ni. Nampak gayanya gatal ni mungkin lambat lagi lah nak hilang. Aduh.. gatal memang gatal. Kalau garu memang sedap tapi kulit jadi koyak. Ah, garu sajalah. Sakit jugak, garu tempat yang gatal gila.
Perniagaan emas masih slow, nampaknya tak ada pertambahan pelanggan baru lagi sejak Khairul buka akaun GAP. Khairul adalah customer aku yang ke 9.
Ada sesiapa nak beli emas? Boleh wasap aku untuk panduan dan bimbingan segera.
Sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk membeli emas.
Aku masih bersemangat untuk menjual emas Public Gold.
Sementara itu aku harap esok duit syiling perak aku sampai.
Gaji lambat lagi? Hmm... 20 haribulan ni macam mana? ada rezeki atau tak, sangat mendebarkan.
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.