Ahad, Mei 17, 2020
Bateri kereta buat hal lagi
Tadi lepas asar nak keluar beli lauk, tiba-tiba kereta dah tak boleh start. Nampaknya bateri buat hal lagi. Baru December lepas aku tukar, ni baru Mei, tak sampai setahun pun, bateri keretaku dah "kong" semula.
Sebenarnya aku dah syak benda ni akan berlaku bila hari tu lampu belakang kereta aku tak padam. Walaupun aku dah pastikan lampu aku dah padamkan, tapi entah ada short kat mana, lampu belakang ni dia tetap menyala. Bila nampak tu aku dah risaukan bateri.
Dengan seminggu lagi nak Raya, dan motor pun masuk bengkel. Esok aku dah kerja nampaknya kena la cari kenderaan awan seperti GRAB. Aku tak punya banyak pilihan nampaknya. Nasib baik jugalah, pasar tempat aku dan isteri nak pergi tu tak jauh sangat, jadi kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.
Untuk lebih jimat, aku rasa baik aku order bateri secara online dekat Lazada. Tapi aku kena pastikan dahulu saiz bateri sebab kalau beli salah saiz nanti masalah lain pulak akan timbul. Sebelum panggil pomen untuk repair apa salahnya aku cuba dahulu buat apa yang boleh kan, manalah tahu kan kalau jadi, syukurlah.
Begitulah, bila dekat nak Raya ni macam-macam ujian melanda. Aku perlu banyak bersabar dan berlapang dada.
Ramai degil nak balik kampung
Hari raya kali ini nampaknya berbeza dari biasa. Kali ini Hari Raya bakal disambut dalam keadaan kita masih berada dalam PKP (B). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Merentas negeri adalah dilarang oleh pihak kerajaan.
Namun hujung minggu ni begitu ramai yang masih cuba untuk balik kampung dengan merentas negeri. Disebabkan kedegilan ini maka kerajaan kini bertegas akan mengkompaun atau denda sesiapa yang tertangkap cuba melakukan kesalahan cuba balik kampung.
Ya kita faham hasrat anda mahu berhari raya di kampung bersama ibu dan bapa. Kita faham anda mahu berjumpa sanak dan saudara di kampung halaman. Tapi anda harus tahu yang kita bukan berada dalam keadaan normal. Kita masih berperang dengan virus yang mampu membunuh dengan ubat masih belum dijumpai.
Kenapa anda masih cuba juga melakukan perkara yang dilarang? Kenapa anda harus buat-buat tak faham? Kenapa anda berfikir semuanya akan OK? Kita selalunya berfikir begitu. Kita fikir semuanya akan OK. Tapi hakikat hidup bukan begitu. Dalam hidup ini kadang-kadang ada ujian yang datang. Kadang-kadang ada tragedi yang berlaku. Dan kadang-kadang benda itu menimpa kita.
Kita tidak seharusnya berfikir untuk kepentingan diri sendiri. Ya hari Raya cuma setahun sekali. Tapi bukankah selama ini sudah bertahun-tahun dan sudah berkali-kali kita menyambut hari Raya dengan sempurna. Kalau sesekali kita terpaksa berkorban demi negara dengan hanya kali ini sahaja kita tak balik kampung, apa salahnya? Takkanlah pengorbanan yang sebegitu kecil itu pun kita tak mampu lakukan?
Lihatlah selama ini pasukan hadapan saban tahun sudah biasa berkorban bekerja pada hari Raya. Polis, askar, jururawat, mereka ini sudah biasa bekerja pada hari Raya. Jangan lah kita ini begitu manja dan begitu pentingkan diri sendiri.
Negara kita masih belum tamat berjuang untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Marilah kita sumbangkan apa saja yang kita mampu. Janganlah kita pula menjadi selut yang mahu mengeruhkan lagi suasana.
Jumaat, Mei 15, 2020
Jangan alpa
Hidup ini penuh dengan cabaran. Keadaan di Malaysia ini masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga. PKP B ini pun masih belum tamat lagi tempohnya. Aku sendiri masih merasa takut untuk keluar dengan sewenang-wenangnya.
Harga emas hari ini kembali naik ke paras tertinggi dalam ringgit malaysia. Harga GAP ialah 159.
Keadaan ekonomi Malaysia nampak masih OK secara luarannya, namun kita tahu banyak juga yang terkesan dan kehilangan pekerjaan.
Jangan kita alpa. Keadaan pandemik yang melanda belum pulih sepenuhnya. Namun sudah banyak premis-premis yang sudah mahu beroperasi sepertti biasa. Semasa saya cuba masuk ke Tesco Semenyih tadi, ramai orang yang beratur untuk masuk maka saya batalkan hasrat untuk masuk.
Minggu depan ada seminggu lagi saya akan bekerja sebelum menyambut Hari Raya. Hari Raya kali ini sedikit berbeza kerana tiada lagi amalan kunjung mengunjung. Kita mesti terus berjaga-jaga dan jangan alpa.
Jumaat, Mac 06, 2020
Nak jadi jutawan dengan ASB? Ini faktanya
1. Anda hanya boleh membeli unit ASB hanya sehingga RM 200 k sahaja. Kalau dah capai 200 k maka apa yang anda boleh buat ialah tunggu sahaja ia berkembang sehingga ke angka sejuta unit.
2. Untuk menunggu sehingga sejuta anda perlu menunggu sehingga 26 ke 27 kali pembahagian dividen asb atau bersamaan jangka masa sekitar 26 hingga 27 tahun!
3. Jika anda bermula dengan 200 k simpanan semasa berumur 20 tahun, anda akan mempunyai harapan menjadi jutawan semasa beumur 50 tahun.
4. Kiraan ini adalah tepat dengan syarat kadar dividen ASB mestilah paling sikit 6 peratus dan ke atas.
5. Segalanya adalah matematik dan ini bukanlah khayalan untuk menjadi jutawan.
6. Sekiranya ada orang bersembang nak jadi jutawan, pastikan dia ada duit 200 k dan masa sekitar 26 tahun untuk mencapainya.
7. Untuk capai lebih cepat dari 27 tahun, anda bolehlah berniaga contohnya dengan syarikat pg mall.
Rabu, Februari 26, 2020
Tempoh sukar buat Malaysia
Ini adalah satu tempoh yag sukar buat negara Malaysia.
Sejak isnin lepas negara tiada Perdana Menteri bila Tun M meletak jawatan secara mengejut, tanpa diduga oleh sesiapa. KDYMM Agong telah berkenan menerima perletakan jawatan Tun M tetapi terus melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim.
Sebagai rayat biasa aku hanya berdoa yang baik baik saja.
Aku pun sokong dan ada pendirian. Sayangnya aku bukanlah seorang MP jadi aku tak boleh nyatakan sokongan pada mana2 pihak. Maksud aku, buat masa ini hanya pendirian seramai 222 orang MP yang bakal diambil kira untuk membentuk kerajaan. Semoga kerajaan selepas ini adalah antara yang terbaik juga.
Ahad, Februari 09, 2020
Best ke Lazada ?
Saya percaya ramai yang sudah biasa membeli di laman e dagang tersohor Lazada. Pelbagai barangan ada di Lazada. Dari yang murah hingga paling mahal seperti motorsikal, ya ada semua tu.
Bagaimana pengalaman anda membeli di Lazada? Pasti best bukan? Saya sendiri sangat suka membeli di Lazada. Antara paling besar pernah saya beli ialah hand phone sebanyak 2 kali.
Ada seorang rakan kerja saya ni bila dia dah mula kenal Lazada, macam ketagih dia nak membeli. Kalau tak membeli boleh ushar-ushar saja pun dah jadik, hu hu.
Dia dulunya seorang yang skeptik dengan pembelian secara online. Tapi selepas dia kenal Lazada, semunya berubah. Malah dia ni, berani saya katakan kini telah menjadi antara pembeli tegar barangan dari Lazada. Kalau dalam masa beberapa lama tak beli dari Lazada, macam tak sah, hu hu.
Lazada adalah antara website e commerce yang tersohor di Malaysia selain dari Shopee. Saya biasa beli Lazada tapi Shopee tak biasa lagi. Dengar cerita Shopee ni pun hebat juga, maklumlah Ronaldo kot yang jadi duta Shopee, jadi memang powerlah.
Tahukah anda, selain dari 2 laman sesawang e commerce tersebut, terdapat satu lagi laman e dagang yang bagus iaitu PG Mall. Apa itu PG Mall? Konsep dia sama jugak macam Lazada, iaitu laman web e dagang, bezanya ialah ia adalah syarikat Malaysia.
Saya percaya suatu masa nanti PG Mall akan mampu bersaing, lalu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Lazada dan Shopee. Untuk makluman anda, PG Mall ini ialah anak syarikat kepada Public Gold yang berpangkalan di Pulau Pinang. Kalau anda sebagai rakyat Malaysia mahu menjual produk anda sendiri, maka platform PG Mall juga adalah satu pilihan yang bagus.
Apa yang bagi saya best tentang PG Mall ialah ia berkolaborasi dengan sebuah kedai buku yang kebetulan memang saya suka kedai itu. Kedai yang saya maksudkan itu ialah bookxcess. Bookxcess mendakwa mereka adalah kedai buku terbesar di negara ini. Di Tamarind Square ia di buka 24 jam guys! Saya suka bookxcess sebab harga buku dia murah tetapi berkualiti.
Saya selalu juga lepak di kedai bookxcess Cyberjaya. Tempat itu bagi saya memang happening jugak. Harga buku di bookxcess bagi saya murah sangat dan sangat berbaloi-baloi. Kalau anda kaki buku atau ulat buku sangat rugi kalau anda tak pernah sampai ke bookxcess. Serius saya berani katakan setakat ni saya belum jumpa lagi kedai buku yang lebih best daripada bookxces, dari sudut tawaran buku dan harga.
Bookxcess cawangan Cyberjaya terletak di dalam Tamarind Square Cyberjaya. Ada macam-macam kedai yang happening kat dalam Tamarind Square ni guys. Kalau tak percaya try lah ushar dalam tweet berkenaan Cyberjaya, nama Tamarind square pasti naik.
Saya cerita panjang pun tak guna, anda kena selidik sendiri lah ya. Ok Ciaow.
Khamis, Mei 30, 2019
Kelebihan Akaun Emas GAP Public Gold
Produk Public Gold yang paling bagus untuk anda yang mahu melabur emas tetapi mempunyai kekangan dari segi modal, ialah dengan membuka akaun emas GAP. Akaun emas GAP ni lebih kurang sama macam akaun deposit bank, cuma baki anda di update dalam bentuk gram emas. Anda boleh keluarkan duit sama ada dalam bentuk tunai atau boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal, tertakluk kepada baki simpanan anda dengan syarat baki minima mestilah 1 gram.
Anda boleh membuka akaun dengan modal minima serendah Rm 100.
Dengan adanya kemudahan akaun emas GAP ini, ia membolehkan lebih ramai orang awam memiliki emas 24 karat dengan lebih mudah. GAP ialah singkatan kepada Gold Accumulation Programme.
Pemilik akaun diberi 2 pilihan.
1. boleh keluarkan emas fizikal 24 karat LBMA
2. simpan terus dalam unit gram emas sampai bila-bila (namakan pewaris).
3. boleh terus jual (tanpa perlu ambil emas fizikal) kalau rasa nak jual, terutama bila harga naik.
4. harga GAP adalah bersandarkan harga "spot" emas sedunia.
Tiada upah simpan dikenakan selagi anda belum keluarkan emas daripada akaun anda.
Boleh jual balik emas fizikal atau tanpa fizikal. Boleh beli top up gram secara online.
Dengan adanya akaun GAP, anda ibarat berada di barisan depan untuk melakukan transaksi emas, tidak kira jual atau beli. Anda berada di barisan hadapan untuk bertindak bila berlaku perubahan besar pada harga emas dunia.
Boleh keluarkan emas fizikal dengan berat yang anda pilih sendiri, terdapat pelbagai saiz yang boleh dikeluarkan dari serendah 1 gram sehingga paling berat 1000 gram (sekilo), tertakluk kepada baki gram anda.
Kadar minimum untuk membuka akaun GAP cuma serendah rm100.
Syarat yang dikenakan untuk kekal aktif cuma anda perlu tinggalkan baki minima 1 gram sebagai tanda aktif. 1 gram terakhir ini pun boleh dikeluarkan kalau anda sudah tidak mahu menyimpan melalui GAP.
Cara buka: bank in kepada akaun public gold, nombor
5571 3923 8048 (Maybank). Simpan bukti resit (kalau guna ATM) download resit transaksi kalau guna maybank2u.
Hubungi dealer anda untuk dia register. Bila dah dapat password sementara, login dan tukar password sendiri, kemudian dah boleh buat sendiri. Boleh rujuk dealer anda bila ada persoalan.
Rujuk harga di laman rasmi Public Gold berikut
www.publicgold.com.my
Ahmad Sadli Ibrahim
Authorised Dealer Public Gold
PG00073921
www.wasap.my/60129108905
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.