Khamis, Mei 20, 2021

Day 5 puasa 6

Bi nak gi sekolah.

Aku masih mengantuk. Tak tau nak buat apa.

Check PG punya income lah. Bulan ni mama dapat anugerah perak. 

Tengahari lepas zuhur aku dengan Bi keluar jap cari lauk. 

Siapa nak buat bisness boleh register dulu.

Rabu, Mei 19, 2021

Day 4 Puasa 6

Bi nak gi sekolah jap lagi, katanya. Tapi last last tak jadi pula. 

Irfan ada kelas online pagi2. 

Aku layan youtube je.

Keluar tengahari sekejap saja, keringkan baju dan cari lauk. Lepas zuhur suasana gelap mendung macam nak hujan.

Aku tenang tenang saja tapi dalam hati tetap gundah, berfikir hal hal masa depan.

PKP ni aku duduk rumah jer. Sekali tengok macam best kan tapi dalam hati Ya Allah macam. Nak gila la. Ya lah, sebab rasa macam diri ni tak berguna. Makan tido makan tido. Apa lagi nak buat? 

New weekly target : 500.
Hu hu. Anda boleh tolong ya. 
Share. Like. Komen. 

Jom buat business online dengan aku. 

Selasa, Mei 18, 2021

Day 3 puasa 6

Pagi2 Irfan ada kelas online.

Firas birthday hari ni.

Beli kek dari jiran Hazami. 
Kaki aku kenapa tiba2 gatal semacam.
Nak zuhur cuaca bertukar gelap macam nak hujan. 

Harga perak dan emas nampak seperti sedang menaik. Harga bitcoin pula nampak semakin kendur. 

Petang aku rasa macam kena buat sesuatu la. Hantar barang ke. Hilang sikit boring. Tapi tu lah, bahaya pula kat luar. 

Jom buat business online dengan aku. 

Isnin, Mei 17, 2021

Day 2 Puasa 6

Tengahari hari jadi mendung tiba2.
Aku duduk saja. 
Panas sekejap tengahari. 
Nak repair motor pun malas. 
Bi pergi sekolah. 
Petang dah mendung semula. Macam nak hujan. 


Jom buat business online dengan aku. 

Ahad, Mei 16, 2021

Day 1 puasa 6

Puasa 6 hari ni start. 

Teruknya mimpi selepas tidur (tertidur) lepas solat subuh. 

Terkandas di tempat yang jauh dengan kenderaan yang sukar dan tak pasti bila sampai rumah, dengan cuaca tak menentu. 

Tengah hari ke Evo cari lauk. 

Petang ke rumah Iza ambik ketupat yang ma kirim dari kampung melalui Cik Yah. Lepak sekejap saja rumah Iza. 

Lidah masih sakit. 

Tayar motor pancit. Balik dari rumah Iza, nasib baik boleh jalam sikit sikit. 

Tunggu berbuka puasa. 

Jom buat business online dengan aku. 



Sabtu, Mei 15, 2021

Raya ke 3

3 Syawal 1442.

Pagi pagi aku keluar jogging dengan Bi kat Tasik Chempaka. Lepas jogging beli sarapan kat Mc D. Ramai beratur kat pandu lalu. Lepas makan baru teringat Mc D ni ada kaitan dengan Israel? 
Salah ke aku? 

Lidah aku masih sakit. Tengok kat cermin nampak ketara dia punya bengkak. Nak makan punya la seksa. 

Macam orang tua gitu, sebab terpaksa kunya perlahan2 dan kalau boleh gigi depan saja. 

Daging langsung tak mampu la nak kunyah. Ayam pun siksa. Tak tau la macam mana.

Badan pun dah rasa macam nak demam ni sebab lama sangat tanggung sakit.

Ya Allah.

Petang aku ajak Bi gi klinik Assalam. Doktor bagi ubat tahan sakit dengan ubat sapu. 

Jumaat, Mei 14, 2021

1 Syawal 1442


Kenangan di pagi 1 syawal 1442. 
Hari Raya jatuh pada semalam iaitu khamis. 

Hari jumaat aku sempat jadi seorang yang terawal jadi sempat la solat jumaat. 

Petang aku sakit lidah. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.