Selasa, Julai 06, 2021

Rizal paid compensation

Rizal call aku. Ganti duit cermin rm200.

Aku ucapkan terima kasih. 

Mungkin kah akan ada lagi kisah seperti ini? Aku harap ada. Kejujuran maksud aku. Kejujuran yang menyentuh hati. Dia juga tepati janji tarikh 6 hb. That much. 

Isnin, Julai 05, 2021

sumak

Pagi2 hidung sumak. Adoi la.

Sabtu, Julai 03, 2021

Day 1 pkpd. no cycling

Dilanda bersin kronik tahap hilang akal.

Jumaat, Julai 02, 2021

esok akan mula pkpd

Pkpd 3 july 2021 - 16 july 2021 adalah pkpd untuk banyak tempat jugak kat Selangor ni termasuk la mukim Kajang.

So kena reda jelah. Tak boleh buat apa. Nak kayuh ke apa ke, kalau berani tanggung boleh. Kalau tak duduk diam diam jer la kat rumah.

This is after 1 June - 28 June pkp (with extension) and then a Pemulihan tahap 3 if Im right which rendered the supposed Irfan going to TUMPAT on 15 June 2021 do not happen yet. 

Petang ni aku tak berapa sedap la gatal hidung kronik.

Selepas layan pokok baru ok sikit.
Live to write.
Dare to ride to morrow? 

Selasa, Jun 29, 2021

Basel III

Akhirnya pada 28 June 2021, polisi Basel III mula dilaksanakan di Bank2 Eropah. UK pula hanya akan mula melaksanakan Basel III pada 1 Januari 2022. 

Bagaimana UK boleh menunda hingga 2022 bolehlah kita cuba meneka. 

🇬🇧Adakah sebab London ialah market terbesar emas? 

🇬🇧Adakah sebab UK masih power?

🇬🇧Adakah ada campurtangan pihak LBMA London Bullion Merchant Association? 

Basel III telah dirangka pada 2010 dan akan dilaksanakan (plan) secara berperingkat 2013-2017 tetapi selepas beberapa kali penangguhan dan tolak ansur sehinga 2021 baru jalan? Dan 2028 adalah target ia akan diikuti oleh semua bank. 

Apa itu Basel III ? 🏦

Ia adalah polisi bank yang mana ia dibuat bagi mengelak berlaku sekali lagi kes seperti Lehman Brothers yang memberi kesan buruk pada ekonomi.

Pada 2008 Lehman jatuh bankrup dengan "orang luar" tahu pada saat paling akhir sahaja walaupun ia bank internasional (investment bank). Akibatnya hampir saja ekonomi terus "collapse".

President pada masa itu, George Bush Jnr terpaksa tampil menyelamatkan keadaan. Impaknya kepada US masih kekal sehingga hari ini, rujuk usdebtclock.org

Secara asas Basel III telah mengubah klasifikasi emas dari aset kelas 3 kepada aset kelas 1. Keadaan ini membuat bank terpaksa mengikut piawai lebih ketat dengan bank kini perlu memiliki emas yang bernombor siri (allocated).

Sebelum ini emas tanpa nombor siri ialah sebab utama emas milik bank hanya perlu cakap mereka ada emas, tanpa bukti. 

Sebab itu bank boleh menjual emas melalui "buku" tanpa menjual emas sebenar. Dengan emas bernombor siri, emas beraudit ini perlukan ketelusan dan kejujuran lebih tinggi dari pihak bank. Bank tidak lagi boleh mendakwa secara "mulut" tetapi mesti tunjuk emas itu benar benar ada secara fizikal.    

Apakah impak dari Basel III ? 
🥇Paling besar ialah bank kini tidak lagi dapat menjual emas secara "atas angin". Kalau jual sekalipun, mesti "mark up" gila2 ataupun mereka akan rugi. Tiada siapa akan buat kerja gila. 

🥈Impak kedua ialah emas fizikal yang ada dalam pasaran akan mula "pergi" kepada bank2 yang lebih besar dan power. 

🥉Impak ketiga ialah dari segi harga yang saya rasa anda sendiri boleh agak apa akan jadi? Truth is, this is only surface story.

Peristiwa ini adalah bukti kebenaran kata2 JP Morgan iaitu "gold is money, everything else is credit" 

Nota : Ini hanya analisa asas, sila buat rujukan sendiri. Sumber : kitco.

Ahad, Jun 13, 2021

Tulisan pada duit dollar

Anda mungkin perasan tulisan pada duit US Dollar yang tertera "This note is a legal tender for all debts, public and private." 

Apa yang anda mungkin tak perasan ialah tulisan itu bukan lah terus menjadi begitu semasa duit dollar berada pada zaman awal ia keluar. 

Pada tahun 1928, tulisan pada duit dollar ialah "Redeemable in gold on demand at US Treasury or in gold or any lawful money at any federal reserve bank" 

Pada tahun 1934 tulisan itu bertukar, atas arahan President D. Roosevelt kepada 
"This note is legal tender for all debt public and private, and is redeemable in lawful money at any us treasury or at any fed bank" 

Pada tahun 1963, ia semakin pendek bila ayat yang tinggal ialah 
"This note is legal tender for all debt public and private."

Akibat perubahan tulisan pada 1963 itu menyebabkan individu sudah tidak boleh menukar dollar kepada emas. 

Namun pada peringkat negara, wakil negara luar masih boleh menukar duit dollar kepada emas. Sebab itu negara selain US menyimpan dollar sebagai rizab (sehingga kini). 

Ini akibat perjanjian lama selepas perang dunia kedua bila US adalah pemenang maka US menjadi ketua hatta bab ekonomi. 

Mereka (negara dunia) membuat perjanjian Bretton Woods yang mengikat semua matawang kepada dollar atas alasan dollar diikat kepada emas. Sebab itu tukaran matawang wujud atas kadar tertentu mesti berbanding Dollar. 

Sehinggalah pada tahun 1972 bila president Richard Nixon menutup pintu tukaran dollar kepada emas. Bermula tahun 1972 maka duit dollar tidak ada apa2 hubungan lagi dengan emas. 

Begitulah kisahnya. Pada asalnya duit ialah boucher yang mewakili emas. Pada zaman awal, manusia menggunakan emas sebagai duit. Saya ada tulis sebelum ini kenapa emas sesuai jadi duit. 

Bila ekonomi semakin berkembang manusia mula menyimpan emas di tempat selamat seperti bank. Mereka yang menyimpan emas akan diberikan baucher ini supaya boleh dituntut kelak. 

Baucher ini semakin meluas dan baucher ini secara perlahan2 menjadi wakil kepada emas atau duit. Baucher inilah menjadi asas kepada duit pada tahun 1928, jadi tak hairanlah tulisan pada duit tahun 1928 adalah sedemikian rupa. 

"Redeemable in gold on demand at US Treasury or in gold or any lawful money at any federal reserve bank". Perhatikan bagaiman duit kertas di panggil "note", ya kerana ia memang nota bertulis atas kertas sahaja, tak lebih dari itu. 

Duit terputus hubungan dengan emas kerana pelbagai sebab, antaranya ialah (kononnya) ikatan pada emas menyukarkan duit itu untuk berkembang. Namun ia memudahkan "hutang". 

Akibatnya manusia tewas pada godaan hutang. Hutang US kini sudah sampai kepada tahap "kick the tin" maksudnya tiada apa yang boleh dibuat kerana terlampau besar. 

Apa yang mereka buat ialah teruskan saja membayar hutang dengan menggunakan hutang. Anda mungkin tidak percaya, maka anda boleh membuat kajian sendiri.

Negara moden kini menggunakan duit kertas bercetak. Kertas itu ada nilai hanya kerana ada jaminan kerajaan. Kerajaan memang boleh menjamin nilai duit tetapi tidak boleh menjamin kuasa beli duit akan kekal. 

Telah banyak kes realiti yang berlaku hiperinflasi sehingga duit terpaksa disapu ke longkang. Terkini dilanda inflasi teruk pasca pandemik ialah Lubnan. 

Dahulu pasti anda dengar kisah Zimbabwe, Greece dan Weimar (German). Semua negara boleh diserang inflasi. Bila inflasi teruk, nak beli roti kena bawa duit dengan wheel barrow. 

Walaupun negara US nampak kuat tetapi realiti ekonomi berjalan atas hukum ekonomi. Buat masa sekarang ia masih berpusing. 

Jika anda ambil perhatian sedikit saja pun mungkin anda sedar bahawa sekarang tampuk ekonomi dunia sedang berubah di mana China cuba mengambil alih kerusi "king" daripada negara US. 

Semasa saya kecil saya cuma bawa sedikit duit. 50 sen cukup membeli nasi. Tapi hari ini anak saya kalau beri 50 sen, tak pasti apa yang boleh beli. Itulah maksud duit hilang kuasa beli. Inflasi adalah musuh yang tak nampak. 

Kalau anda faham kitaran ini, pasti akan simpan emas waima 1 gram. 

Nota: anda boleh semak hutang negara US di laman usdebtclock, dot org. 

Sabtu, Jun 12, 2021

kenapa manusia (kuno) menjadikan emas dan perak sebagai duit.

1. Emas ialah logam yang berharga (precious) kerana ia sukar di perolehi dan ia juga jarang (rare). Manusia perlu melombong dan ada yang membahayakan nyawa dalam terowong bagi menggali emas.

2. Emas secara umumnya bagi manusia ialah logam yang diingini (mahu) dan seronok dikumpul. Manusia punya sifat semula jadi mahu memiliki emas. Ayat ke 14 surah Ali Imran membenarkan kenyataan ini secara mutlak. 

3. Emas punya sifat unik dan tersendiri. Emas walau di mana pun ia dilombong akan memiliki ciri2 khusus yang mana ciri ini standard dan universal. Dari segi sifat, emas lama tidak ada beza dengan emas baru. Emas ialah emas, semudah itu.

4. Emas boleh di bahagi samarata dalam ukuran tertentu yang standard seperti gram atau aun. Artisan dan tukang2 sejak zaman dahulu kala telah lama faham bahawa emas boleh ditempa, dibentuk, dilarik, dicanai dan sebagainya. Bahkan debu emas tetap kekal berharga bila dikumpul semula ia kembali. 

5. Emas tidak boleh dimusnahkan atau di hilangkan dari muka bumi. Sifat emas kekal. Tidak seperti besi yang akan berkarat lalu hancur, emas kekal dengan sifatnya yang begitu.

6. Emas cantik bila dipandang dan kecantikan wanita akan menjadi lebih sempurna bila memakai emas.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.