Selasa, Februari 28, 2023

contoh senyum paksa

Contoh senyum paksa. Nampak tak. Mulut je senyum. Mata tak senyum.
Sabtu Ahad aku demam. 

Semalam isnin, pun tak berapa sihat juga. 
Hari ni baru la ada semangat sikit. 
Harap dapat buat video tengah hari nanti.

Malam tadi aku mimpi ikut ustaz Azhar Idrus masuk ke kedai buku ikut jalan rahsia di belakang kedai. Siap ada darah turun dari atas. Tangganya sempit. Akhirnya dapat masuk. 


Jumaat, Februari 24, 2023

tak lelah tapi tekak gatal


Masa ni aku tak demam lagi. Kiranya ni muka happy lagi. Sabtu Ahad bermula episod demam. Tekak aku gatal. 

Khamis, Februari 23, 2023

lelah tak boleh tidur


Dalam pukul 5 terjaga. Terus tak boleh tidur sampai la ke subuh. Hanya tidur dalam keadaan tegak je. Pun boleh mimpi jugak tu. 

Petang ajak Lan, tapi dia nak pergi Gombak ambik bet. Fuh semangat tu. Jauh kot. Bet Joola

Lawan Mai pun aku kalah 2-3. 



Rabu, Februari 22, 2023

mimpi iza pulak

Test buat mode auto smile dengan phone Honor x7

Dekat waktu subuh aku sesak nafas, asma. Teruk tak teruk tapi tak boleh tidur la. Kena 2 kali pum. Lepas pum macam biasa mimpi ngeri...deep sleep.

Iza adik ku.
Mimpi kami berada di kampung. 

Selasa, Februari 21, 2023

mimpi Long sepupu aku


Aku diserang asma lagi malam tadi. Neb sampai 4 kali. Wife aku kata kena 4 kali saja paling banyak. 

Kalau lebih dah kira emergency dan kena pergi hospital. Alhamdulillah lepas 4 kali dia reda. 

Pagi mampu lagi jump rope. Petang layan Mai dan Lan. Dengan Lann tewas game akhir. 

Isnin, Februari 20, 2023

mimpi aneh bila lelah

Ya malam tadi agak teruk juga asma aku. 
Terpaksa pakai neb. 

Lepas pakai neb macam biasa, aku akan alami mimpi yang aneh2. Tidur pun sambil tegak je sekejap sampai penat barulah aku tertidur. 

Mimpi anak. 
Mimpi berkait emosi yang mendalam. 

Aku hanya bersyukur. Masih di panjangkan usia. 
Bosan la main fb tak boleh cari makan. Pelik apa yang tak kena. Semua orang buat apa ya. 

Kereta masuk bengkel lagi, semput. Sebenarnya malas aku nak ke bengkel. Emosi tak kuat. 

Balik naik basikal. Nasib baik la boleh lagi angin dah kurang, pam basikal pulak jiran dah rembat. 

Dalam pukul 5 turun. Lan dengan Mai ada. 
Petang mendung macam nak hujan. Balik kena gak hujan sikit.

Bila malam menghampiri aku mulai takut. 

Ahad, Februari 19, 2023

pokok lada

Lada hasil tanam sendiri.
Pameran keris di muzium kesenian Islam
Kalau gayat tak boleh. 
Lukisan yang berharga 6k.



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.